TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Monday, July 5, 2010

Chepah kembali manual...

Di suatu petang yang hening semalam, my Abam and me went to Alamanda to have some shopping.. Shopping ape? Cari sandal untuk abam.. Nak cari sandal yang senonoh sikit untuk beliau.. Sandal yang menampakkan beliau sudah berkahwin... Hhahah! Boley tak gitu..? (macam queen control le pulak!) Heheh... Dah on the way balik rumah, abam minta saya bawak kereta. Try belajar bawak manual pulak.  Nanti, kami akan pergi kerja sama2. So, kalau2 abam sakit pening tak leh nak drive, boleh saya tolong drive kan? Sebab tu nak kena belajar manual and auto. Saya dah lama betol tak bawak manual. Saya punya kereta sekarang auto, abam punya manual. Sejak kerja, saya memang bawak auto je. 


Dulu, masa zaman UiTM, saya dikenali dengan Chepah rempit. Rempit kereta okay bukan motor! (Rempit la sangat ye..ngeh3). Dulu pakai kereta kancil warna merah. Agak2 macam berturbo la tapi takde pon. Sebab ade 'hidung' kat bonet depan ditambah dengan ekzos yang besaqqq. Memang ayah saya beli yang dah make up macam tu dah. Kereta manual tau.. Dulu, expert gila drive keta manual.. Keexpertan saya tu, mengakibatkan saya pernah eksiden.. :P.

Saya taktau sape punye kereta ni.. Gambar saya ambik kat sini. Cuma nak bagitau, lebih kurang macam ni kereta saya dulu.. heheh..


So, bila bawak tu, agak bising gak lah keta tu.. Masa tu kan darah masih muda..Bila tekan minyak, "vrooooooooooooooommm"... Pergh, rasa semangat gila bawak keta. Tak kira la, nak masuk kampus ke, dalam kawasan UiTM ke, nak pi pasar malam ka, nak pi beli nasi ka, asik nak rempit je... emmm..Mintak maaf kepada penduduk Permatang Pauh dek kerana kebisingan kereta kecilku itu ye.. :P. K


Kadang2, kalo sesape potong saya di jalan raya, saya rasa tercabar...maklumlah, darah muda.. Saya potong dia balik! hahahh! Dan ada juge kadang2, kalau stop kat traffic light, ada kereta yang agak sporty sikit kat sebelah kereta saya, bila lampu isyarat dah hijau, saya tekan minyak kuat2, terus meluncur pergi...tak kira lah  yang sebelah tu, lelaki ke, pompuan ke.. kadang2 ada gak kereta yang mengejar saya. Itupun kalau ada housemate dalam kereta saya sekali la. Kalau saya sorang2,  saya tak buat la.. Kang kejar sampai ke rumah, naya... Rempit tak saya? Hehheh! Begitu la sikap ketidakmatangan saya masa itu.


Sekarang saya dah berubah..(sebab kereta sekarang dah tak mampu nak meluncur  laju macam dulu.. auto ni lembap sikit.., kalau tak, tak berubah lagi kot.. :P)


Isu sekarang, saya rasa, saya nak jual la kereta saya sekarang..Ada sesapa nak beli tak? (macam nak jual baju je tanya macam tu..) :P

1 comment:

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!