Lama dah tak dengar kisah si budak kecik ni kan? Boleh cuba klik sini la kalo nak tahu kisahnya. Kalau dulu, masa dok dengan budak kecik ni, Meeya itu, Meeya ini. Sejak dah kawin ni, susah dah nak dengar kisah budak kecik ni. How I missed her so much! :'(.
Hari Jumaat lepas, tengah saya dok tunggu abam oder KFC kat meja, I got a call from Kak Jed. Dah lama tak citer2 ngan Kak Jed. Katanya, taktau la kenapa, seminggu ni asik meragam je si Meeya ni. Tak nak pergi nursery, tak nak pi mengaji, buang2 barang, asik mengamuk2, pukul2 adik dia (Ammar) etc. Hari bila ntah, ada satu kejadian, Kakjed ada paksa Meeya suruh pergi mengaji, tapi, dia taknak. Kakjed dah marah2, dan dia terus gigit lengan Kak Jed sampai lebam. Berair gak la mata kak Jed menahan sakit akibat gigitan si budak kecik tu. Keesokkan harinya, masa Kak Jed hantar Meeya kat nursery, Kak Jed pi citer segala yang berlaku kat Kak Zah (pengasuh). Bila Kak Jed dah pergi kerja, Kak Zah pon cuba slow talk dengan Meeya. Kak Zah cuba memulakan perbualan.
"Nape Meeya buat macam tu kat mummy? Nape Meeya gigit tangan mummy? sian mummy..."
"Sebab Meeya nak daddy" bentak Meeya
"Hmm...kalau Meeya nak daddy, boleh...tapi, jangan buat macam tu lagi kat mummy ye..sian mummy..sakit mummy..."
Bergenang air mata Kak Zah di saat ungkapan yang diberikan oleh si kecil itu. Dalam amukan si kecil ini, rupa-rupanya si kecil ini sangat merindui daddynya. Kak Zah terus memeluk tubuh si kecil itu dengan linangan air mata. Dengan tidak disangka-sangka budak kecil yang baru berumur 3 tahun itu, turut menangis...Ya, Allah, dalam kelincahan dan perilakunya, tidak diduga si kecil ini mengerti erti rindu, perpisahan yang dialami olehnya.. Kak Zah cuba memujuk lembut,
"Hmm, takpe2, Meeya nangis la puas-puas.."
Mendengarkan cerita Kak Jed tu, tidak semena-mena air mata turut membasahi pipi saya (Dah la dok kat KFC. Malu dek orang kalo tengok. Buruk). Kak Jed menambah, ada satu kali tu, Meeya ternampak sebuah masjid dalam tv. Masa tengah azan gitu kot. Tiba-tiba,
"Cantiknya masjid tu...Mummy, ni masjid daddy...!" kata Meeya dengan girang.
Maybe dia teringat masa dia pi visit daddynya kat Jeddah dulu kot.
"Semua orang ada daddy, Meeya sorang je takde daddy.. Nanti, bila Meeya jumpa daddy, Meeya taknak kongsi ngan adik, ngan mummy.. Meeya nak sorang2 je" kata Meera dengan sayu.
Ya, Allah, kesian betol dengan budak ni.. Memang dia rindu sangat2 dengan daddy dia sekarang. (-_-")
"Cantiknya masjid tu...Mummy, ni masjid daddy...!" kata Meeya dengan girang.
Maybe dia teringat masa dia pi visit daddynya kat Jeddah dulu kot.
"Semua orang ada daddy, Meeya sorang je takde daddy.. Nanti, bila Meeya jumpa daddy, Meeya taknak kongsi ngan adik, ngan mummy.. Meeya nak sorang2 je" kata Meera dengan sayu.
Ya, Allah, kesian betol dengan budak ni.. Memang dia rindu sangat2 dengan daddy dia sekarang. (-_-")
Alahai kesian kat meeya, rindu sesangat kat daddy dia. Budak kecil, mana boleh faham semua perkara.
ReplyDeleteTapi meeya kan dah ada uncle sedara baru. Hihi. Manje2 dengan beliau lah. Hihi. Mak sedara jangan jeles2 tau.
=P
Fara:
ReplyDeleteItu lah, kesian kan? Sayu je tengok budak ni...Uncle baru plak jauh..takleh nak manje2 kerap sangat. Heheh!
alahaiii..
ReplyDeletesedihnya..
daddy jauh, apah pulak dah duduk rumah lain.
mesti meeya sunyi..
:(
Una:
ReplyDelete:'( rindu sangat si budak kecik tu..