TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Sunday, August 22, 2010

Tepung pelita



Alhamdulillah, sejak start puasa ni, every weekend saya akan masak. Sahur plak,  kebanyakkan memang saya masak hari-hari.. Seingat saya, baru sekali saya pergi bazaar. Itupon, masa first day puasa sebab tak sempat nak balik masak after kerja. Tapi, kalau weekdays, memang kami berbuka kat kedai. Tak sempat  la nak beli-beli or masak-masak.  Elok-elok sampai rumah, dah berbuka dah. Lepas berbuka saya masak siap-siap untuk sahur plak.


Malas nak pergi bazaar sebenarnya. Anti sikit. Lagipon, nak elakkan pembaziran. Kalau dah pergi bazaar, memang la nafsu nak beli itu ini membuak-buak kan walaupun dah tahu tak habis.  Lagipun, bukannye elok sangat pon makanan kat sana. Kadang-kadang terkena yang basi la, tak sedap la..terus masuk tong sampah. So, baik kita tak pergi terus kan? Save! 


Mula-mula kahwin ni, memang excited la nak masak itu ini. Harini, saya try buat tepung pelita. Heheh.. Simple aje sebenarnya nak buat kuih ni. Try it yourself! :)

Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras *
1 cawan gula*
5 cawan air*
4 helai daun pandan dimesin dengan air*
4 sudu besar tepung beras (ratakan)
1 biji kelapa diperah santan jadi 4 cawan santan
Sedikit garam


Cara-cara penyediaan:

1) Bancuh bahan-bahan yang bertanda *.
2) Perah santan, masukkan tepung yang 4 sudu tepung beras tadi dan garam. Kacau hingga sebati.
3) Masukkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak berkilat (pekat).
4) Bila dah masak, masukkan dalam acuan.

 Hah, ini lah acuannya.
 
5) Masak santan yang diadun hingga pekat.
6) Angkat santan dan curahkan atas tepung (yang dalam acuan tadi).


7) Tunggu sejuk dan masukkan dalam peti. Siap!

Mudah kan? Agak banyak untuk dimakan oleh kami berdua aje. Boleh makan berhari-hari ni. Sedappp! Abam pon suka.. =P.

Selagi boleh masak ni, saya akan cuba masak la.. bak kata abam,


"Wahhh..sayang masak harini..? Semakin hari, semakin sayang...."

ngeee....hikhikhik...

me? winking all day :*)


3 comments:

  1. wah.memang byk..awat xanta selayang?ahaha..

    ReplyDelete
  2. Boleh try la buat cam ni...tak terpikir boleh letak dlm bekas cam tu hihi...

    ReplyDelete
  3. Mas:
    Hahha..nak kea? meh add. saya pos kan. Dah smpai yang basi. hehhe

    Kak Eynda:
    Ha, try la..Dah ramai yang buat dalam bekas ni. Mana nak cari daun pisang/daun pandan banyak2 nak buat acuan. Kalau ade pon, mahu sehari dok buat acuan saje.hehhehe

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!