TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Tuesday, June 28, 2011

Sale..sale...sale...

“Lunyai dah tengok tudung feveret aku ni” getus hatiku sambil berkira-kira ingin mencari tudung yang baru.


Kebetulan pada hari tersebut kawan cakap first day sale kat Ariani. Dari 23 Jun – 28Jun. Lepas kerja, ajak officemate, terus pergi Ariani, Bangi. Sale yang julung-julung kali diadakan. Tak pernah rasanya diorang buat discount sampai 45% untuk kesemua jenis tudung macam tu. Ada yang beli satu, percuma satu. Ada yang beli 5 helai dapat murah, mcam macam lah. Saya dah ter’rembat’ 3 helai haritu. Tak sangka pula mak mertua nak pergi juga. So, berjumpa la kami kat sana. Erm, boleh tahan juga shoppingnya. Heheh..Saya ambik 3 helai, Mak pun ambik 3 helai. Buat dalam 1 bil, dapat pula gold card membership. Sebelum ni, card pink je. Syok sebab masih banyak lagi stok tudung yang cantik-cantik dan saiz yang kecik, makna kata, yang tak perlu pakai brooch la. Kadang-kadang, ada juga saiz M pun ketat semacam je. Tssk (T_T). Taknak lah nampak muka ni tembam sangat sampai boleh ngam dengan saiz M atau kadang-kadang SAIZ L!!(-_-")


Hari isnin lepas, kami pergi lagi ke Ariani memandangkan haritu macam tak puas je dan sale dah nak habis. So, terembat lagi sehelai. Tssk.. Kononnya nak cari pengganti SEHELAI JE tudung favourite yang selalu saya dok pakai, kalau korang perasan, memang asyik pakai tudung tu je dalam gambar. Heheh.. Ehhh, saya okay lagi 3 helai tau! ehh 4 helai la. Salesgirl Ariani ada tunjuk pada saya, ada yang beli sampai RM6000. Gila banyak dia borong tudung. Kalau takde discount ni, mahu capai RM10,000 kot.


Ok kot sidai kat tepi katil macam ni? Hehhe..Nak gantung kat hanger, susah nak snap gambar la..



Hmm..bukan nak cakap saya ni suka pakai tudung mahal. Tapi, memang tudung Ariani ni best. Selesa dan tak panas. Yang penting sesuai dengan bentuk muka saya. Walau dah cuba beli tudung kat pasar, yang murah sedikit, tudung Ariani juga yang jadi favourite. Last-last, tudung yang beli kat pasar tu, dok tergantung dan berhabuk je kat hanger, tak pakai-pakai pun. Jelous juga tengok orang pakai selendang ke, tapi, saya tak boleh nak masuk. Jenis muka bulat (padahal pakai tudung yang biasa ni pun dah tersedia nampak bulat macam doraemon dah..at leasttttttt, kurang la sikit kan? :).





2 comments:

  1. da bley bukak kedai tudang da che pah nie :) hehehe...

    ReplyDelete
  2. A'a..Meh meh umah..nak bli stok tudung... :P

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!