Today, hari ke-12 saya berpantang. Alhamdulillah, semakin hari semakin banyak benda saya belajar. Haihh, you know what, rasa macam tak percaya saya telah menjadi seorang ibu. Rasa macam dapat mainan baru. Bahagia sangat! :)
Dah banyak kali try nak update blog ni tapi, keadaan sangat tidak mengizinkan. Time Ayesha tidur ni baru boleh nak update. So, saja lah nak buat catatan pengalaman bersalin puteri sulungku. Nanti, Ayesha boleh baca, Ayesha kan? :'). Lain orang, lain dia punya pengalaman kan?
Diikutkan, tarikh bersalin sepatutnya 24/12/2011, tapi, sehingga hari tu pun, saya masih belum rasa sakit dan tiada sebarang tanda-tanda saya akan bersalin. Dah la ambik cuti sebulan sebelum bersalin, penat juga menunggu kelahiran baby yang tak kunjung-kunjung tiba. Makan pun banyak. Doktor minta saya jumpa dia balik 28/12/2011. Tapi, 27hb tu, saya dah rasa tak sedap hati sebab baby dah kurang bergerak. Tak boleh nak tunggu 28hb dah. Doktor kata baby sihat. Alhamdulillah. Dia bagi pilihan, samada nak tunggu je sampai 10 hari or nak induced. Kalau nak induced pon, time baby sihat macam ni la boleh induced. Setelah difikir semasak masaknya, kami bersetuju untuk induced memandangkan baby di dalam perut semakin membesar. Memang lah orang kata induced ni lebih sakit berbanding beranak normal, tapi, bila saya fikir, beranak normal saya tak pernah rasa. So, better induced je la. Sakit pun time tu je kan.
Malam tu, saya dan Abam buat sembahyang hajat, pohon dipermudahkan segala urusan untuk bersalin esok. Keesokkan paginya, jam 10.30 pagi saya dimasukkan ubat kat bawah tuuuut. Then, doktor suruh saya balik rumah dahulu memandangkan rumah saya dekat saja. Sakit atau tak, doktor minta saya datang balik kol 2.30 petang. Risau juga, kalau kalau saya masih belum rasa sakit, nanti, kena masukkan ubat kedua. Ternyata, lebih kurang jam 1.30 petang, saya dah tak boleh duduk, berjalan. Contraction semakin kerap. Saya solat Zohor dan bersiap-siap untuk ke klinik. Saya diminta rehat di bilik dahulu, lebih kurang macam wad la. Jam 3.00 petang, saya dah tak tahan sakit sangat. Setiap kali contraction, tangan saya menggigil-gigil. Abam yang sentiasa ada di sisi tidak putus-putus sama-sama membaca doa Nabi Yunus dan ayat Kursi sambil menggenggam tangan saya. Surah Yasin juga dibacanya berkali-kali. Mana yang saya boleh ikut, saya ikut sama membaca. Sekarang, baru saya tahu bagaimana sakit contraction ni. Saya cuba untuk kuatkan diri sebab tak nak bagi Abam sedih tengok saya sakit. Tapi, ada satu masa tu, saya termenangis juga. Kesian tengok Abam risaukan saya. Dalam pada tu, saya rasa mengantuk sangat. Juga kesan dari ubat induced. Sampai tak boleh nak celik mata..Bayangkan, dengan nak tahan saki contraction lagi, nak tahan maa dari mengantuk lagi. Jam 3.30 petang, doktor datang untuk cek bukaan rahim. Masa tu, saya ingat, dah 4cm/5cm la kot. Sebab dah kerap sangat sakitnya. Bila doktor datang, diseluknya tangan dalam tu, "baru nak bukak 1cm ni..". I was like..sedih gila kot. "Ya, Allah, lama lagi la nak kena tahan ni..takpelah, sabar" cuba memujuk hati. Sambung doktor, "Kalau macam tu, saya tolong buka sikit". Dah diseluknya, dikembangkan jarinya dalam tu. Rasa macam dia garu-garu kat dalam tu. Aduhh, memang sakit, hanya Allah saja yang tahu. Hasil bukaan tu 3cm. Lega sikit.
Jam 5.00 petang, doktor minta saya solat Asar dulu dan dia akan cek bukaan sekali lagi. Masa tu, saya dah tak boleh sembahyang berdiri dah. So, solat duduk je la. Selesai solat, kulihat Mama ada dibelakangku. Dibawanya telur masak separuh 1 biji untuk tambah tenaga. "Ma, kakpah rasa letih sangat dah, takut takde tenaga masa nak meneran" aduku pada Mama. "Jangan gitu, Mama kan pesan dah, kakpah kena kuat semangat, ingat baby dalam tu..". Rasa sebak nak menangis. Tapi, kutahan jua takut Mama pun menangis sama. Lepas solat, doktor datang cek bukaan sekali lagi. Baru 5cm. Kecewa, sebab ingat dah bukak 6/7cm. Sabar lagi.
Dalam jam 6.00 petang, tiba tiba saya muntah dengan banyaknya. Nasib baik Abam sempat ambik paper, tapi, terburai juga atas karpet bilik rehat tersebut. Bila doktor tahu saya muntah, dia minta saya segera ke labor room. Apa? Labor room?Alamak, adakah ini masanya? Rupanya, muntah tu adalah sebahagian kesan dari ubat induced untuk cepatkan bukaan. Saya disuruh berbaring secara mengiring dan doktor mula manyapu minyak selusuh di belakangku dan di peha sambil menunggu saya sakit contraction panjang sedikit. Masa tu baru 9cm. Doktor tersebut tidak henti-henti membaca ayat-ayat Al-Quran dalam apa jua yang dilakukannya. Mama juga dibenarkan masuk bersama Abam ke labor room. Even mak saudara kalau nak masuk pun dia bagi.
"Allah...Allah..Allah...!!!" jeritku sambil menggigil-gigil setiap kali contraction. Bila contraction hilang sekejap, kupandang sekeliling, kulihat wajah Abam dan Mama, ku senyum. Konon tak nak tunjuk sakit. Doktor cakap, "Boleh lagi dia senyum-senyum. kalau orang lain, dah menangis dah..". Alhamdulillah, saya tak meraung benda yang bukan bukan. Memang saya sentiasa ingat pesan Mama, jangan sebut benda lain selain nama Allah/baca doa-doa.
Masuk waktu Maghrib, Mama dan doktor pergi solat bersama. Semasa ketiadaan doktor, tiba tiba bunyi 'pop' dan terasa air suam keluar. Rupanya air ketuban dah pecah. Saya menjerit, "Air ketuban pecah dah!!..Air ketuban pecah dah..!" konon nak kasi doktor dengar. Saya ingatkan, baby dah nak keluar. Pembantu doktor tu tiba-tiba datang, "Rilek r kak, baru pecah ketuban. Lambat lagi nak keluar..". (T__T)
Jam 7.45 malam saya disuruh meneran apabila rasa sakit contraction saja. Diingatkan, jangan main teran melulu ye. Takut tenaga habis begitu saja.. Doktor suruh teran senafas je. Tak tahu berapa kali saya cuba teran, tapi gagal.
"Awak jangan teran macam tu. Teran kat perut..bla bla..bla..bla". Saya rasa down sangat bila doktor cakap macam tu. Takde semangat. Ku mencari cari wajah Abam dan Mama untuk mengumpul kekuatan. Nasib baik Abam dan Mama tak putus-putus bagi kata-kata semangat dan doa waktu tu. Tsssk.
Rupa-rupanya contraction saya tak panjang. Sebab tu nafas tersekat-sekat. Doktor kemudiannya memasukkan ubat induced air pula sebotol untuk tambahkan rasa sakit. Masa tu, masyaAllah..sakit yang amat. Sampai taktahu nak gapai apa. Ku peluk Abam sekuatnya, pegang tangannya. Ada satu masa tu, saya menarik rambut sendiri untuk kurangkan sakit. Tidak seperti di hospital, saya tidak dipakaikan alat CTG or whatsoever alat di perut. Memang kena pandai rasa contraction dan teran sendiri. Betul-betul rasa macam bersalin kat rumah. (ceh, macam lah kau betul betul ada pengalaman bersalin sebelum ni).
Bila rasa sakit datang, saya tarik nafas sedalamnya dan pushhhhhhhhh. Memang kena pandai curi curi nafas masa meneran tu.
"Haa, macam ni lah, pandai...teran lagi, sambung nafas tu..sikit lagi, sikit lagi, dah nampak rambut dah.."
Bila doktor dah sebut nampak rambut, tiba-tiba ada satu kekuatan muncul dalam diri, saya teran dengan seluruh tenaga yang saya ada. Abam cakap, dia takut tengok saya meneran sebab tinggal mata putih je masa tu.
"Sayang,...Abang dah nampak kepala, kepala dah keluar, teran lagi Sayang, dah betul dah Sayang teran tu.." bisik Abam ke telingaku.
Tiba-tiba terasa sesuatu ditarik keluar dengan cepatnya. Sebaik sahaja keluar baby, doktor terus memotong tali pusat dan letak dalam bekas bayi. Saya dengan tidak menyedari sesuatu yang berlaku, menjerit
"Alhamdulillah..alhamdulillh..alhamdulillah!!!" jeritku sampai bising gila kot dalam labor room tu.
Saya lihat doktor sibuk menyedut lendir-lendir dari mulut dan hidung Ayesha. Keadaan macam cemas. Ayesha masih tidak bersuara. Saya ingatkan, biasa je macam tu. Ku lihat Mama. Pucat. Dalam hati, saya yakin, Ayesha akan SELAMAT!
Selama 15-20 minit Ayesha tidak bersuara. Bayangkan perasaan kami masa tu. Rupa-rupanya, Ayesha terbelit tali pusat. Doktor kata baby lemah. Abam pun tahu, tapi, dia tak bagitau saya takut saya risau. Bila dengar je suara Ayesha menangis, air mataku deras mengalir. Syukur sangat Ayesha selamat. Mama bagitau, Ayesha dah berak dalam perut cuma nasib baik belum termakan. Syukur lagi. Selepas 2 jam baru saya dapat pegang Ayesha. Sedey tak? (T_T)
Lepas Ayesha dimandikan, dikhatankan, dicucuk, kami terus boleh balik rumah malam tu. Tak bermalam pun. Malam tu memang saya tak boleh nak tidur pun. Maybe terlalu happy dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami. Rasa macam mimpi je. Dah ada anak dah pun :'). Tapi kan, memang betullah orang cakap, lepas keluar je baby dari perut kita, segala penat lelah, sakit masa bersalin terus lenyap. Ajaibnya perasaan tu. Perkara yang sering kebanyakkan wanita takutkan, alhamdulillah, telah berjaya saya lalui dengan selamat. Syukur kepadaMu Ya Allah..
Ayesha dah siap dimandikan. Masa ni, riuh kami anak beranakdalam labor room tengok pipi Ayesha.
Tembam sangat kot! Dah jadi bentuk elips dah :')
Day 2 - dah start main kamera dah :D
Sekarang, dah tak tembam sangat dah. Kecut kot. Tapi, mata tetap satu line je :)