So, petang semalam saya dan Suami membawa si pipi bulat ke Klinik for 1 month injection. Kiranya first time saya keluar masa dalam pantang. Lama betul tak lihat dunia luar. Suka dapat keluar macam budak budak happy dapat pergi swimming pool. hehe..Teringat pula nurse semalam, sedang dia memeriksa pusat Ayesha,
"Sebulan ni nak kene cucuk apa?"
"Err......hah?". Ish, nurse ni memang tak tahu ke aku nak cucuk sebulan ni?
"Sebulan ni untuk Hepatitis B la.."
Oh, rupa-rupanya, dia nak menguji saya. Poyo kot nurse ni, saya tahu la nak cucuk Heptitis B. (inilah yang dikatakan bodoh sombong, padahal nasib baik nurse bagitau, kalau tak, memang tak tahu. Menyesal Ayesha ada ibu macam ni.kahkah!)
Ingatkan Ayesha je yang nurse nak check, rupanya, mak dia pun kena checkup juga. Kena test air kencing dan check HB. Erm, result, tak pula diorang bagitau. Okay kot. Cuma, problem saya yang dulu, timbul balik. Ada sebutir ketulan in upper my breast. Before pregnant dulu, memang pernah timbul. Cuma ketulan sekarang tak sebesar dulu. Masa pregnant, ketulan ni takde. That's why saya biar je. Tapi, lepas bersalin, ketulan ni timbul balik. Agak besar juga. Dalam 2.5cm I guess. Sangat merisaukan. Tssk. Hopefully, bukan ketulan yang wanita takutkan tu. (-_-").
Ramai juga orang di klinik semalam. Makanya, lama juga kami menunggu. Lenguh juga memangku si pipi bulat nih, berat. Hehe..Bila Ayesha bangun dari tidurnya dan start menangis (lapar barangkali) keadaan kami laki bini kelam kabut. Ye lah, mana taknya, saya belum pernah ada pengalaman menyusu di tempat awam. Nasib baik ada 'sudut penyusuan' di klinik tersebut. Boleh la menyusu dengan bebasnya. Kalaulah bilik penyusuan tu takde, mau nya saya pergi masuk dalam kereta. kahkah!
Overall, check up semalam okay, cuma berat dia susut sedikit. Masa 20 hari, beratnya 4.6kg, sekarang 4.5kg. Apakah? Dalam otak, mula lah ligat dok fikir, Ayesha ni tak cukup susu ke apa? Mama bagitau, memang biasalah, baby susut sedikit dalam masa sebulan ni. Phew!
Apa yang saya tak suka bila checkup baby, nak kena buang segala baju seluar baby. Itu okay lagi, apa kejadahnya sampai nak kena buang sekali dengan PAMPERS? Dah la depan orang yang menunggu. Malu kot. Berapa sangatlah lari bacaan kalau tak buang pampers tu? Timbang berat saya pun main bundar je. Ada ke patut, bacaan 52.5kg dia pergi tulis 55kg? Accurate lah sangat! (tiba-tiba marah). Walau apepun, perkara tu jugalah saya kena lalui for next every month. (T_T). (mood tak puas hati sebab leceh nak kena pakaikan balik baju seluar barut segala. hehehe)
Lepas ukur panjang, timbang segala, time for INJECTION! Macam tau tau je dia nak kena inject, Ayesha start merengek rengek. Bila masuk jarum, dia menangis dengan kuatnya. Ya, Allah, tak sampai hatinya tengok dia menangis macam tu. Sampai merah padam muka. Rasa nak menangis sama. Rasa macam nak tarik jarum tu. Rasa nak peluk Ayesha kuat-kuat tak mahu bagi dia takut. Macam terasa-rasa nurse inject kat peha saya sekali. Sedih betul :'(.
Olololo...sedihnya anak Mama nih.
(sedih sebab kena paksa pakai topi ala-ala masterchef ni)
soooo comel!!!!!!teringat my baby Amani masa kecik2 dlu.. she was born with only 2.2 kg. masa g checkup 1 month tu kecik je lagi...=)
ReplyDeletePrincess Cindellyna:
ReplyDeleteTenkiu..:P oo, kecik pun tak kisah, asalkan sihat kan..so, bila 2nd baby plak?hehhe...:P
teringat time aleesya kne check sebulan dulu...yanie pn nangis skali...hehehe
ReplyDeleteYanie:
ReplyDeleteTu la pasal.sedih kan?tak sampai hati nak tengok dia sakit macam tu.
Che pah
ReplyDeleteGEWAMMMM!!!!
nak tarik bibir munchong itew.....
;p
Rayyan ms cucuk sebulan tu mmg nangis jugak, sampai x bunyi 3-4 saat. pastu waaaaaaaaaa..dgn muka merah..sian sgt..
ReplyDeletenak tanya chepah amik gambar ayesha jadi model guna camera apa?lawa gambar.
ReplyDeletenak tanya chepah amik gambar ayesha jadi model guna camera apa?lawa gambar.
ReplyDeleteSyak:
ReplyDeleteOlolo..sedihnya Rayyan ni. sebak gila kan tgk dia nangis smpai mcm tu.
Anon:
Hehe..thanks. Saya pakai DSLR Nikon D3000 je. :P