TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Tuesday, January 24, 2012

Tempoh berpantang!

Assalamualaikum..

Baru siap tidurkan Ayesha. Sekarang ni pesen berjaga waktu siang plak. Dari Subuh tadi dia berjaga tau. Better la berbanding dia berjaga malam kan? Nak mandi, nak makan pun kena curi curi. Time dia tidur ni la baru boleh nak makan la, tidur la, blogging la, facebooking la. :D

Hari ini dah masuk 27 days confinement. Pejam celik pejam celik dah nak masuk sebulan. 27 hari bagaikan 270 hari. Nampak sangat tak best kan pantang ni? Bukan apa, mana nak jaga diri lagi, nak jaga baby lagi. Memang la time pantang ni kena rehat, tapi, tak boleh nak rehat sangat. Teringat masa 1-3 days after deliver of Ayesha, sekolah kan tak start lagi. So, semua benda Mama kena buatkan. Nak kena prepare air mandi dengan segala jenis daun la, siap mandikan saya sekali,  nak kena masak makanan, mandikan baby lagi, basuh baju baby, kerja rumah pun Mama yang setelkan. Almaklumlah, saya sorang je anak perempuan yang ada kat rumah. Kesian Mama. Lepas sekolah dah start, Mama pun dah start sekolah, memang saya buat sendiri la semua. Yang mana saya larat saya buat la. Cuma nak mandikan Ayesha, saya tak pandai lagi waktu tu. So, waktu rehat, Mama terpaksa lari balik rumah sebab nak mandikan Ayesha. Kesian Mama kan? Letih kot. Nasib baik ada Abam di sisi, boleh juga nak tolong mandikan Ayesha, masak untuk saya, bakar tungku, basuh baju baby. Kadang-kadang kesian juga nak mintak tolong dengan Suami. So, kadang-kadang tu saya buat je semua tu sendiri. *sobs*

Tapi, ada bagusnya berpantang ni kan? Boleh slim melim lah orang kata. Memang tak banyak pilihan makanan yang ada. Nasi pun kering je takde kuah. Air pun hanya boleh minum Horlicks, Susu, Milo. Nescafe ke kopi ke, memang tak dapek la. Yang tak tahan, SEMBELIT. Maybe selalu minum Milo O kot. Breakfast, biasanya saya minum susu dan oat je. Tu pun kalau sempat. Kalau tak sempat breakfast, memang tak lah. Lunch, saya makan nasi dengan lauk ikan selar bakar/ikan haruan goreng. Waktu petang, saya minum milo cicah biskut or roti gardenia wholegrain warna hijau tu. Even minum petang je, sampai 3,4 keping jugalah. HAHA! Lapar tau. Hehe.. Mama bagitau, saya hanya boleh makan roti jenis tu je. Kalau roti lain, takut angin or ada telur. Waktu malam, minum susu cicah roti juga. Teringat masa majlis akikah Ayesha, hari ke-9, macam macam lauk dan kueh ada. Tapi, terpaksa tahan diri. Rasa nak menangis je time tu sebab tak dapat makan. HAHA! Entah apa-apa.

Dah hujung-hujung nak habis pantang ni, tiba-tiba selera makan bertambah pula. Haishh. Macam mana ni, badan tak kurus kurus lagi ni? Tapi, walau macam mana lapar sekalipun, saya akan pastikan SAYA MAKAN NASI SEKALI SEHARI JE!. (Takut gemuk weh). Kalau ikutkan, saya naik 17 kg masa pregnant. Banyak gila kan? Berat maximum masa tu 67kg. Memang perut besar sungguh. Siap orang kata macam mengandung anak kembar je. Dalam hati, risau juga, kot kot twin betul. 2 kali teran la aku...hehe..Sekarang ni, tinggal 2 kg lagi nak sampai ke berat asal (berat before pregnant). Yey!

Sepanjang berpantang ni, emosi pun kena jaga tau. Stress juga nak nak kalau baby berjaga waktu malam. Kalau si ibu tak cukup tidur, memang penat la. Ada masanya baby menangis juga even dah bagi susu, dah letak minyak angin takut kembung. Sampai tak tahu nak buat apa lagi. Kadang-kadang ada juga rasa geram dan rasa nak menjerit je.

Tapi, bila tatap wajah si comel Mama ni, nak marah pun tak jadi. Apalah salah si kecil ni kan? Padahal dia tak tahu apa pun. Ada la sebabnya dia menangis tu kan? Tapi, Mama dia ni tak paham jugak. :'(


"Eh, opocot mak kau!"
kecik-kecik dah pandai melatah ni... :D

Nyenyak benor tidurnya


Oh ya, 29hb ni, Ayesha dah nak start cucuk sebulan. Oh, so scary. Takut dia demam, habislah. Kalut la Mama dia ni nanti. (T_T). Hopefully, Ayesha tak meragam. Ayesha kan budak baik :)

4 comments:

  1. hehe.. dah lain muka dia.. kejap je dh berubah.. hehe

    ReplyDelete
  2. What lens are you using? And do you use speedlite or not?

    ReplyDelete
  3. What lens were you using and did you use speedlite or not?

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!