Dah genap 20 hari saya berpantang harini. Pagi tadi juga dah selesai sesi mengurut dan bertungku. Menurut tukang urut, Kak Da, biasanya kalau hari ke-20 pantang tu, sesi mengurut dan bertungku perlu habis untuk kali yang ke-3. Tak boleh buat sekali saje, or 2 kali je. PERLU HABIS 3 KALI. Tak perlu 3 hari berturut-turut pun takpe. Asalkan kena habis 3 KALI. Itu minimum la. Kalau kau nak buat hari-hari sampai 40 hari pantang pun takpe. Saya ni sebab takde gaji, tak boleh urut banyak-banyak. Mahal tau tukang urut sekarang ni. Buat setakat mampu je. Baik punya alasan, padahal taknak sebab sakit. Hehe..Tukang urut pun dah kacip peranakan tadi. Tujuan kacip peranakan adalah supaya, peranakan tidak jatuh semula. Best juga mengurut ni. Ringan je badan. Tapi, time mengurut tu, memang sampai menggelupur lah. Nasib baik tak tendang Kak Da tu. hehe :D Almaklumlah, tak pernah berurut kan. Kalau pernah pun, kat spa. Memang la tak sakit. Kalau sakit, tak laku la kedai dia nanti. kehkeh!
Alhamdulillah..Ayesha pun behave saja time saya kena urut. Abam yang mengasuh. Memang tidur je dia sepanjang saya kena urut. Baik budak Ayesha ni. :) Meh nak tengok sikit budak Ayesha ni.
Haa, ni gaya Ayesha tidur sekarang. Ayesha ni kalau tidur terlentang, dia memang mudah terkejut. Ye la, dah la tak boleh nak bedung. Tangan dia kuat sampai boleh tertanggal bedung. Sebab tu saya letak dia secara meniarap. Risau juga. Takut lemas ke apa. Tapi, dia dah boleh angkat kepala, okay la. Cuma, kena careful juga. Selalu kena tengok tengok dia. Takut lemas ke apa. Tak boleh tinggal dia sorang-sorang. Tapi, memang dia nyenyak betul tidur macam ni. Bunyi bom pun tak terkejut kot. Hehehe..Pastu plak, yang comelnya, kalau dia meniarap, dia tak suka berlunjur kaki macam budak lain. Dia suka dok mengerekot macam dalam gambar tu. Geram Mama tengok! Rasa nak gigit
Harini pun last day nurse datang rumah. Nurse timbang berat Ayesha tadi, dah 4.6kg. Amboi, beratnya Ayesha ni. Baru 20 hari. Macam berat sekampit beras dah ni. Patutla Mama sakit pinggang everytime dukung Ayesha. Takpelah, asalkan Ayesha sihat sudah la ye..
Olololo..comey comey bucuk Mama nih!
Oklah tu dah habis mengurut & bertungku. Tapi jangan lasak2 lagi eak. Nanti peranakan turun semula. Mesti 'lemah lembut'. Rajin2lah bertungku sendiri untuk elakkan urat masuk angin & kebas. Tp jangan bertungku kat perut eak. Tak pasal2 panggil bidan pula. Take care & selamat berpantang..
ReplyDeleteOklah tu dah habis mengurut & bertungku. Tapi jangan lasak2 lagi eak. Nanti peranakan turun semula. Mesti 'lemah lembut'. Rajin2lah bertungku sendiri untuk elakkan urat masuk angin & kebas. Tp jangan bertungku kat perut eak. Tak pasal2 panggil bidan pula. Take care & selamat berpantang..
ReplyDeletecomei nye!!akak take care yep!!pantang betul2!
ReplyDelete