TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Tuesday, March 27, 2012

Nasi Goreng Ala La La La Tok

Malam tadi Suami nak makan nasi goreng. So, saya buatkan. Saya masak, Suami jaga Anak.


Tapi kelihatan poyo nasi goreng ni kan? Poyo sebab buat bentuk mangkuk dan siap ada hiasan bawang goreng bagai. Suami gelak je. Dia kata macam kat kedai ni. Kahkah! Ala, kasi can lah weh. Sekali sekala nak buat special sikit untuk tersayang, apa salahnya kan?

Resipi? Alah, takkan resipi nasi goreng pun nak kena bagi? Takyah la ek. Lagipun, bukan apa, sebab saya masak main campak je. Ikut selera kat mulut tuan badan je. Hehe...

Cuma nak sharing la. Mungkin ada yang dah tahu, dan ada yang belum tahu. Tapi, saya memang tak tahu. Hehe. Dulu, saya tercari-cari resipi nasi goreng ala Siam. Kan kalau kita makan nasi goreng kat kedai, tukang masaknya orang Thailand, ada satu bahan dia guna, memang jadi sedap nasi goreng tu. Mak mertua kata diorang letak ajinomoto banyak sebab tu jadi sedap. Ok, yang mungkin betul. Tapi, saya nak cari juga kot kot ade bahan yang saya tak tahu kan. Rupa-rupanya diorang letak sos ikan. Masa duk kat Nilai dulu, susah juga nak cari macam mana rupa sos ikan ni kan. Saya cari memang takde. Balik kelantan, baru lah jumpa. Hehe..

Bila saya rasa sos ikan ni, macam pernah rasa je. Saya pon mengkaji mana datangnya sos ikan ni. Actually dari budu jugak, patutlah banyak sos ikan kat Kelantan. Kan kalau kita biarkan sekejap botol tu tanpa digoncang, akan terbentuk dua lapisan. Lapisan bawah pati ikan, lapisan atas macam air warna merah+coklat skit. Yang lapisan air tu la adalah sos ikan. Memang sedap untuk digunakan dalam pelbagai masakan. Buat goreng sayur ke, ikan masak stim ke, dan macam macam lah. Try lah.

2 comments:

  1. Ahhha! Baru ni Baba balik dari Kelantan bawa banyak botol sos ikan, Mama bagi kita sebotol tapi tak pernah guna lagi (nampak sangat jarang masak HAHA). Nanti nak try lah, mana tahu jadi sedap macam restoran Thai ke kehkeh :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo..ye ke? banyak betul Baba Una bawak balik. Hehe..Try lah Una. Memang bau tu, busuk busuk skit. Tapi, sedapppppp... :)

      Delete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!