TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Monday, March 26, 2012

Meniarap


Sejak dalam pantang lagi, Ayesha suka tidur meniarap. Bukan dia yang suka, tapi saya yang letak macam tu. Bukan apa, macam kesian je tiap kali tengok dia tidur terlentang, selalu terkejut-kejut lepastu, menangis dengan kuat sampai kita pon rasa takut sebab ingat kena gangguan ke apa. Lagipun, bila dia tidur macam tu, dia tidur lama sikit dan perut pun kurang kembung. Bila dah tidur lama, mood dia pun happy. Bila anak happy, mak pon happy la. :). Tapi, agak merisaukan juga bila Ayesha sampaikan langsung TAK BOLEH NAK TIDUR TERLENTANG. Letak je terlentang bila dia tertidur, tak sampai 5 minit tidurnya. Terus terjaga. Bila bawak berjalan rumah saudara mara, semua pelik tengok Ayesha tidur macam tu. Agak tersentap bila ada yang cakap, 

“Kenapa bagi tidur macam tu, nanti anak orang lain molek comel je, anak kita jadi hodoh”. 

Sedihhhhhhhhhh kot cakap macam tu! Hati ibu mana yang tak terasa :’(

Even dalam stroller pon, kami terpaksa meniarapkan dia. Kalau orang tengok, macam ibubapa yang kejam pula. T_T. Maybe sebab dah ajar tidur macam tu dari kecik kot. Tapi kan, bila dia tidur meniarap, saya nampak Ayesha boleh angkat kepala sendiri agak cepat even baru beberapa hari. Dia boleh alih sendiri kepala ke kiri dan ke kanan masa tidur.

Bila orang tanya Ayesha dah boleh meniarap ke belum, saya tak tahu nak jawab macam mana. Ayesha memang selalu meniarap je. Hahha! Mungkin kena jawab Ayesha dah melentang kot pulak. Hehhe..Atau sebab tu Ayesha lambat meniarap? Rasa bersalah menyelubungi diri lagi T_T. Tapi, Alhamdulillah, sekarang Ayesha dah pandai tidur terlentang. Kena ajar ajar sikit. Nasib baik dia nak. So, takde lah kami risau lagi. :)

Sekarang, saya perasan, dia suka dok mengiring. Saya bagitau pengasuh, rupa-rupanya, Mama dia yang lambat tahu. wuu! Ayesha dah boleh meniarap Khamis lepas. Yeay! OOoo..depan Mama dan Abah tak pulak Ayesha tunjuk aksi ye. Nak kena ni..

Seronok betul bila dapat tahu setiap perkembangan anak kan? Ayesha sekarang dah boleh gelak tau! Kalau gomol gomol dia, dia boleh gelak. Tapi, tak selalu la dia tunjuk. Baru 2,3 kali. Ikut mood kot. Amboi, kecik-kecik dah ade mood ek. Tak sabar nak tengok dia meniarap, pastu merangkak,  pastu bercakap, berjalan, sekolah, kawin eh eh, dah jauh sangat tu. Patut pikir adik Ayesha dulu. Terskip tadi. Kahkah!

Tak best la entry kalau tak letak gambar kan?

Kalau dah buat muka garang macam tu, maka terserlahlah kelabuhan pipi tu.
Nape pipi Sayang Mama ni labuh sangat??! Kemam susu kat pipi ke?Hehhe..




3 comments:

  1. Alaaaaa comelnyaaaaaaaaa! *tumbuk-tumbuk meja*

    Ammar Yusuf pun meniarap tau, sejak umur seminggu lagi. Memang ramailah yang bising masa tu cakap nanti anak lemas la, athma la, apa la. Tapi tak pernah pulak dengar hodoh, sebab tidur meniarap la kepala cantik sebab tak terpenyek je kat belakang.

    And yes, baby yang tidur meniarap memang leher cepat kuat, sebab dia angkat kepala alih kiri kanan kan. Don't worry too much about it k.

    P/S: Rambut pacak nampak? HAHA. Eeeii gewam!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Tu la pasal. Sebenarnya, Nenek kita sendiri yang cakap macam tu. Katanya takut penyet muka. Sedih tau!!!

      OOoo..Ammar Yusuf pon tidur meniarap ek. ingatkan Ayesha je yang pelik. Hehe..

      Delete
  2. pah!! luthfi pun tido niarap jugak since dlm pantang smpai skang. sbb die asek terkejut2 je kan. kalau blk kampung mmg tak best, sbb diorang sume pelik tgk baby kite tido niarap. tp bagus rupenye, leher diorang cpt kuat. luthfi arituh masuk 3 bulan terus pandai niarap sendre. skang dah 6 bulan, die boleh dah tdo terlentang, tp kadang2 sbb die dh pandai berguling2, die nak jugak niarap sendre. lg seesa kot. jgn risau pah, mommy sentiasa tahu yg terbaik utk anak die. hehe

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!