TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Wednesday, February 10, 2010

Ameera hilang di Lake Garden..

Sharp at 5.oo petang, saya dah terpacak depan pintu office, menunggu masa untuk punch card..Hahaha! Biasalah kerja goverment... :p. Alaa, hari ni je pun, biasanya, lambat la jugak, ada la dalam 5-10 minit..ngeh3x.. Hari ni dah janji dengan geng office nak pergi Lake Garden (Bear'ah, Wanie and Maira). Now, diorang tengah giat pergi jogging, mendaki bukit, mendaki gunung, as preparations dari segi mental dan fizikal untuk mendaki Gunung Kinabalu bulan Jun nanti. Kalau diikutkan, teringin jugak nak ikut pergi ke KK tu, tapi, masa tak mengizinkan. (Eleh, alasan je ni! padahal memang tidak gemar aktiviti lasak pon. Naik tangga 3 tingkat hari-hari pon dah mengah+pucat. Tak fit langsung badan ni. Hehhe..Lagipun, memang kebetulan diorang pergi pada date yang hampir sama dengan my wedding day. So, tak dapat la nak ikut. Time kritikal tu :p). Saya pon sibuk jugak la nak ikut diorang petang ni. Saja nak bawak Ameera pergi main-main kat playground. Kesian Ameera, sejak daddy die dah mula bekerja di Jeddah 2 minggu lepas, almost everyday dia dok mintak dengan Apah (gelaran pada saya oleh Ameera) bawakkan dia pergi main-main di playground sebab kebiasaannya, daddy dia la yang rajin bawakkan.

"Apaaahhh, esok Apah nak bawak Meeya pegi pay gound kan?" tanya Ameera dengan penuh harapan setinggi gunung.

Soalan tu je la yang selalu bermain di mulutnya. So, hari ni baru ada peluang nak bawak Ameera pergi ke tempat yang telah lama dia idami and I have to pick up her at nursery first. On the way to go home, saya terpaksa drift cket sebab nak elak jalan jem bila saya patah balik ke Lake Garden nanti. (Hehe..macam la selama ni tak drift je.. :p) Sesampainya saya di perkarangan rumah, my C902 was ringing.

Kakjed : Kakpah kat mana tu? Dah nak sampai rumah?
Me : Kakpah dah nak smpai dah ni. Awat nya?
Kakjed : Kakpah nak pegi terus ke Lake Garden tu?
Me : A'a..Jed dah balik rumah ke?
Kakjed : A'a..Tadi Jed abis meeting awal. So, terus balik umah, tak pegi office dah.
Me : Kalo camtu, jom la pegi skali.
Kakjed : Boleh gak. Tapi, takut lambat la, Jed tak semayang lagi ni.
Me : Takpe lah, Kakpah tunggu. Kakpah ambik Ameera dulu kat nursery. Ammar tu, Jed ambik ye. Kakpah tunggu bawah ni.
Kakjed : Okay!

Kak Jed is my eldest sister. I live with her family since I started working in Kuala Lumpur on February 2009. She has two kids, Ameera and new baby boy, Ammar Yassir. Before this, saya bekerja di sebuah syarikat consultant and tinggal dengan my parents je. Kiranya, dah setahun saya tinggal di KL ni, semua episod kehidupan kami sekeluarga lalui, ditempuhi bersama. Mereka adalah sebahagian daripada kehidupan saya sekarang. So, since Abe Bal (her husband) have decided to work in Jeddah, telah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga mereka sekeluarga. :)

Meet my sis, KakJed...

Terbalikkan?? Kakjed panggil saya dengan 'kakpah', tapi saya panggil dia hanya dengan nama saja. Haha! Memang kitorang adik beradik ma cam tu. Semua orang panggil saya dengan 'kakpah'. Tak kira lah samada, datuk ke, nenek ke, mak sedara ke. Semua panggil saya dengan 'kakpah'. Malahan, semasa saya di sekolah rendah dan menengah, ramai jugak lah di kalangan cikgu-cikgu dan kawan-kawan memanggil saya dengan panggilan tu. Mama kata, semasa saya kecik-kecik dulu (lebih kurang masa umur saya 3-4 tahun), saya memang suka paksa orang panggil nama saya dengan panggilan tu, tak kiralah orang tu lebih tua berbanding saya. Hahaha! Kecik-kecik dah bersifat ke'kakak'an. :) That's why Ameera pun panggil saya dengan nama Apah sebab dia pon sibuk nak panggil 'kakpah' gak, tapi tak boleh, so, jadilah Apah. Hehe.. Sampai sekarang pun masih ada yang guna panggilan tu. Bila dah besar ni, terasa kekok untuk berbahasakan dir i dengan panggilan tu especially dengan orang yang lebih tua berbanding saya. Macam kurang ajar je kan? :p

One of the gang, Maira..cuba mengacau Ammar yang tak bangun-bangun dari tido..Heheeh..

Okey, berbalik kepada cerita tadi, setibanya kami di sana, my geng semua dah sampai. Diorang baru nak start jogging. Di raut wajah si kecil Ameera, terpancar keriangan di wajahnya apabila kami tiba di kawasan playground. My geng semua mula start jogging cuma Maira je tak ikut sebab sakit kaki katanya. Saya dan Kakjed menemani Ameera bermain di playground tu. Dia berlari ke sana, ke mari sampai makcik dia yang makin gemuk ni pon termengah-mengah nak kejar. Berpeluh-peluh dia main. Sekejap naik gelongsor, sekejap main buaian, sekejap main 'congek-cakdung' (atau dipanggil sebagai jongkang-jongket) dan macam-macam lah. Kami bergilir-gilir menjaga Ameera dan Ammar sambil dok posing-posing ambik gambar. Hahaha!

Tiba-tiba kami terlupa pasal Ameera. Kakjed cari Ameera di sekitar permainan, tapi takde. Last-last, dari jauh, ternampak dia dok pusing-pusing area parking kereta mencari mummy nya. Kakjed terus berlari mendapatkan anak kecil nya itu. Sian Ameera...Wajahnya nampak ketakutan dan berpeluh-peluh. Kami berehat di kerusi di tepi playground tersebut.

"Ameera seronok tak main kat playground, nanti, nak datang lagi?" tanya Kakjed pada Ameera sambil mengelap peluh di dahi anaknya.

"Meeya taknak datang dah la, Meeya takut, nanti Meeya nangis" keluh Ameera.

"Mummy, Meeya nak balik...Meeya nak balik. Meeya nak minum miyo" rengek Ameera.

Hahah..Kesihan betul budak kecik ni. Nampaknya, Ameera dah letih sangat la tu. Before this, kalau nak ajak balik, bukan main suusahhh lagi.. Tak puas main katanya. Hari semakin senja, kami pun berkemas-kemas untuk pulang. Sebelum balik rumah, singgah sekejap di kedai mamak, Restoran Mahboob di Bangsar. Kitorang suka makan kat sini. Dia punya kuah tosai sangat sedapppp! Sehingga menjilat jari ibu kaki. Everytime saya pergi situ, mesti itu je yang saya order. Hehehe.. So, try it! Bestttt..nyum..nyum..


Gambar di atas tidak ada kena mengena dengan ini tajuk..Heheh..

Sebahagian daripada pendaki Gunung Kinabalu nanti

"Pusing lagi..pusing lagi.."

"Mummy, cepat la tolak Meeya...."

"Laju lagi mummy..laju lagi.."

Tengok la si Ameera tu, dah buat hal sendiri dah..



Mokpah die pon sebuk gak nak main...

Ameera selamat ditemui..


p/s: Kawan-kawan, sorry tak dapat tunggu korang habis jogging tadi. Tak sempat kita nak posing-posing ambik gambar. Heheheh! Lain kali yuk!

4 comments:

  1. Apah, comelnye ur nick name...
    Apah lepas ni boleh bawak anak sendri gi main kat playground. n si Maira tu pun mcm x sbr je nk ade anak sndri...(ade talent, bagus3x)

    ReplyDelete
  2. HAHAHHAA...!! itu la, apah, apah..
    A'a, si Maira tu pon macam dah tak lama la je..Memang sangat sukakan budak2..memang dah SEPATUTNYA kena ada anak sendiri...heheh..

    ReplyDelete
  3. Cpah

    entry kau nie sgt menchumelkan diri kau. Sebijik novel! sesuai dgn level kesengalan kau (d best part of Arifah ;))

    Seriously, kau n kakak x sama muka
    (klu sama mcm photostat copy plak)
    Mcm aku n adik aku.
    Pasrah.
    Hehe

    ReplyDelete
  4. Hahahha..ye ke?tenkiu...tenkiu..
    eh, muka kitorg tak sama ek? eh, sama lahhhhh...(hmm, baru sorang je kot kata sama. Hehehe!) Cuma Kakjed berkulit cerah sedikit..hihih..

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!