Terkejut juga dengan penahanan laki bini yang anjur main kutu dalam paper harini ni. Besar gila keuntungan mereka sampai 30 juta. Diorang buat apa ngan duit tu ek? Kalau saya mesti nak shopping macam macam..henpon nak kena tukar, boleh beli lens yang panjang gedabak sampai boleh nampak ulat dalam jerawat, boleh tambah lagi satu kereta supaya senang nak pergi barang mentah bila abang keluar kerja masa weekend supaya saya tidak kebulur di rumah sorang sorang.. eh, apesal plak aku excited dengan 30 juta neh? ...okay okay teruskan dengan isu selanjutnya. Seronok betul diorang main kutu kan? Yang lagi seronoknya, laki bini ni dikenakan denda hanya RM5000 sahaja. Setakat 5 riban tu apelah sangat kalau nak dibandingkan dengan 30 juta yang depa dok kaut selama ni. Macam daki hitam bila garu kat belakang badan lekat celah kuku je, tak terjejas pun akaun bank diorang kot...*belakang berdaki yang saya cakap tu, bukan saya punya ye.. orang lain orang lain.. :P..fuh, seb baik ingat nak cover balik*
Ish, saya taktau la plak main kutu ni adalah HARAM di sisi undang undang dan mungkin ramai lagi yang berpendapat sedemikian kan? Pasal saya pun masa sekolah dulu selalu main kutu. Even kat office ni pun selalu main. Tapi, last year memang game yang terbesar jugak lah. Ye la, asalnya nak main sesama geng ronggeng saje. Alih alih, apabila kisah kami main kutu kami dah dibawa mulut ke mulut, dah tersebar.. Ramai plak yang nak join sekali. Even ketua unit pun turut join. Kalau ketua unit perempuan tu, takdelah kisah sangat, ini LELAKI. Keh3.. Nak tau anjuran sape? Saya lah...Hahah! Total ahli sampai 15 orang. Kami kutip RM50 for two weeks. So, every 2 weeks akan ada yang dapat duit kutu hampir RM750 seorang. Rotation pun sekejap aje, sebab hanya 2 minggu. Masa tu, masa mula-mula kerja, boleh nak simpan RM100 seorang sebulan. Tak banyak komitment lagi masa tu. Sekarang ni, nak bayar RM20 pun liat semacam ja..hahahha! Tapi, yang tak bestnya, SAYA yang kena pegang duit. So, bila turn saya yang dapat, duit dah habis. Ye la, mana tak habisnya, orang bagi, saya dah guna, saya tak kumpul pun sebab memang dah tau itu duit saya. Jadinya, saya tak terasa sangat la dapat duit kutu. Bila dah memikul tanggung jawab pegang duit ni, if ade sebarang kutipan duit untuk pergi event ape2 pun, sah sah mesti saya yang kena (-_-"). Tak kisah lah, lagipun, memang saya suka pun kerja-kerja macam tu T__________T. *Suka tapi duka*
In my opinion la, saya macam kurang setuju je dengan pengharaman main kutu ni (eh, macam ape je aku ni, berani nak lawan undang-undang pula). Bukan tak setuju langsung. Bukan ape, main kutu ni, macam simpan duit aje. Sape yang dapat cepat, seolah-olah macam buat loan sebab kena bayar balik. Dan sape yang undi terkena dapat yang turn last sekali, so, dia macam menabung je. Interest pun takde kan? Itu aje prinsip main kutu. Kalau sape yang nak kahwin, bagus main kutu ni (eh, promote pula). Tapi, dah diketahui umum, kutu ni HARAM, so, kita kena patuh pada undang undang je la. Ikut je lah......
Nota untuk ronggengdotcom: Kawan-kawan, mahu sambung main lagi? :P
Nota untuk ronggengdotcom: Kawan-kawan, mahu sambung main lagi? :P
Saya juga main kutu masa sekolah~ hehehe~ Seronok bila dapat duit, tp cukup stress bila ada yg malas nk bayar sb diorang dah dapat duit diorang, huhu
ReplyDeletekalau keuntungan MLM mcmane ye..
ReplyDeleteharam ke??
heehee.
waaahhh, kutu....
ReplyDeletedok dengar cerita2, main kutu ni tak de keuntungan pon, cuma simpanan tetap, dapat duit ikut giliran....katakanlah keluar RM 100 sebulan, selama 12 bln, bila dah sampai turn, dapat la RM1200...kan kan....so cmna yg suami isteri tu dpt keuntungan???...smpai bejuta-juta lak tu....
En/Cik/Puan/ Anonymous,
keuntungan MLM tak haram kot....kesian orang yang buat MLM, ke hulu ke hilir, promoto barang2 semua, kerja siang malam...tup tup orang nak kata keuntungan dia haram lak....ish ish ish..kesian depa...heheheh
nak komen benda lain tapi ternampak pasal MLM pula.
ReplyDeleteehem,
rasanya Baba pernah bagitahu Mufti ada keluarkan fatwa pasal keuntungan MLM yang diragui halal haramnya. dan rasanya lebih kepada haram. promote barang tak apa, tapi biasanya MLM mana promote barang sangat, just promote orang untuk jadi downline je, beli barang sekali je, tapi untung sampai bila bila disebabkan orang bawah punya usaha. kdg2 org MLM ni berani cakap pasal hukum panggil ustaz bagai, tapi ustaz pun yg sama2 join MLM. mungkin ustaz itu betul, tapi mungkin juga ustaz itu bercakap hanya utk justify perbuatan dia sendiri yg sama2 join. wallahualam.
well, pasal duit kutu, sangat setuju dengan Pah. org yg dapat awal tu kira macam loaning la, org yg dapat later dikira macam menabung. haram dari segi undang2, tapi bukan dari segi agama la kot :)
heh macam AJ pulak aku ni komen panjang2 padahal tak pernah main pun duit kutu :P
eh haram ke?jakim ke kata haram?tskk..siap beli heels kot pakai duit kutu..harama ke?x boleh pakai dah heels tu? T____T
ReplyDelete