Yooo ooo oooo....!! Haih..lama betoi tak update blog ni. I'm still in raya mode...ngeh3.. Saya masih di KB.. esok akan belayar ke kampung abam di Kedah plak. Sampai hari Jumaat or Sabtu..
So, macam mana raya korang? Mesti happy happy punya kan? Saya? Emm, sangat happy..meriah..Ye la, sebab first time raya dengan suami tercinta nih.. Cuma, this year, kami tak banyak jalan jalan pi rumah sanak saudara.. Banyak lepak kat rumah jek. Tengok movies, bercerita satu family.. Mesti abam terkejut dengan family saya sebab family kami ni happening sangat. Bab gelak, toksah cerita la, satu kampung kot dengar. Layan je la abam ekk.. Memang family sayang macam tu...
Pasal duit raya.. Sangat sedih oke. Ni nak cerita sikit nih. Last day kat office hari Khamis haritu, saya dapat pelepasan awal. Bos kasi balik awal. Consider kampung jauh kan. Saya kemas2 handbag kat office, pasal banyak sangat barang dalam tu. Termasuklah duit raya yang dah dimasukkan dalam sampul untuk kanak2, mak ayah, adik2, semualah! Then, masa pagi raya, cek2 duit raya, takde dalam handbag. Cuak gila. Rupa-rupanya, tertinggal kat office.. Adoyyy la! Loklaq nya saya....Nasib baik la abam ade duit spare kat dalam wallet. Kalau tak, tak beraya budak2 ni... Kang kata mokpah dia mengelat nak kasi duit raya plak..
Jom layan gambar jap..
Banyak mama masak.. Tak sempat pon saya nak tolong apa2 pasal saya sampai KB betol2 time bukak pose hari Khamis tu. Dan Alhamdulillah, jalan tak jem pon. Kami ingatkan dah sampai pagi raya dah. Semua dah siap dah masa saya sampai kat kampung haritu. Kuah kuzi ayam dah siap. Cuma mama tak sempat menjala pon.. Mama pon lupa macam mana nak buat adunan untuk roti jala. Saya terus bukak internet cari resipi, then DONE! Siap dengan menjala lagi. Sedappp!
Macam macam ada. Satay, nasi himpit, kuah kacang, and of course, nasi dagang. Every year, memang mama akan buat nasi dagang. Ada jugak ketupat palas, tapai, and all of the food is done by mama je.
Gelagat di pagi hari raya.. Kak Jed and my lil bro, Ajam..
3 serangkai..
"Ampunkan sayang abang..."
Jangan konfius dengan gambar ni. Saya yang bagi duit raya kat papa ye, bukan papa yang bagi kat saya.
Laaa...mintak ampun ngan papa dulu, baru boleh tengok kamera ok!
Last dapat duit raya ye..Next year dah takde dah..
Our big family. Family abang saya takde, hari raya kedua baru balik.
Ololololo....Selendang ni first time saya pakai. Biaq pi la nampak bulat pon. Saya beli secara online kat Butik Sunlay. I like the tone color of the tudung very much! Now, I'm addicted to online shopping! haih~~~
Apa tenyum tenyum ni Ammar?
Ngan mama...
Hmm.. tak ramai yang datang rumah musim raya ni. Sebab kebiasaannya, kitorang memang selalu takde kat rumah. Selalu dok attend open house kawan2 papa je. Tapi, tahun ni tak banyak plak jemputan open house. Tu yang banyak lepak kat rumah. Teringat ada dua orang budak dari mana entah datangnya datang nak raya, sambil jerit kat pintu rumah kami, "Assalamualaikum orang kaya! Mari nak duit raya nih..!". Kurang ajar kan budak budak sekarang..? Mama ngan papa malas nak layan. Biar je dok kat luar. Geram betol ngan budak budak macam ni. Sian kat mak ayah diorang. Wat malu je kan?
Ok la, setakat tu je lah cerita raya... Nak tdo ah! Esok nak kemas2, nak balik kampung Kedah plak...
Bye!
:)
0 budak cumil mengomel:
Post a Comment
Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!