TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Tuesday, September 28, 2010

Nak cerita ni...emmm...


Macam ape je kan? Padahal taktau nak cerita apa. Ok, saya nak cerita pasal kursus yang saya hadir semalam lah. Boleh? Aik? Nape plak tak boleh, suka hati saya la, nak cerita pasal ape pon, ni kan blog saya. Oke, poyo seketika. 


Nak dijadikan cerita, memang tersangatlah boring kursus semalam (eh, pernah ke saya cerita saya sangat suka pergi kursus? :P). Boring sampai tersengguk-sengguk. Dah beberapa kali bertembung mata dengan urusetia lelaki kat tempat kursus tu dengan dalam keadaan mata saya terkatup rapat. Kehkeh..malu seketika. Pastu plak, saya terasa, cameraman yang dok asik amik gambar pon, asik ambik angle saya je, konon2 nak ambik gambar saya tidur la tu. Cet! lantak hangpa la nak ambik gambaq cheq angle mana pon, kalau dah cheq mengantuk tu, memang tak boleh nak buat apa dah. Teringat plak kat mama sebab mama pon selalu tidur dalam kelas waktu mengajar. Macam cikgu shaari dalam cerita P.Ramlee tu. *eh, adakah aku telah membuka pekung mama?sorry ma..*


Kursus yang saya hadir ni pun, bukan dalam bidang saya sebenarnya. Itu yang jadi blur sikit dan mengakibatkan kebohsanan yang amat tinggi. Dah la kena attend sorang-sorang. Pastu,  diri ini kurang peramah plak tu. Nasib baik saya puasa. Kalau tak, takde teman nak pergi makan. So, lepak surau je lah.


Jomlah layan gambar yang saya snap using my sony ericsson C902 ...eh, perlukah saya mention camera apa yang saya guna..? Okay okay, mari kita teruskan dengan gambar gambar..



I've been given a cute small notebook..from ANGKASA MALAYSIA...comel..


Minuman ditaja oleh FELDA D'SAJI SDN. BHD.


Level air masih sama sebab penutup botol kelihatan masih tidak berbuka. Sebab apa? Kan dah bagitau tadi saya puasa. Heh..


Ini lah tajuk kursus pada hari semalam


Tak sangka plak my boss jadi speaker jugak. Patut lah nak mengikut pergi kursus ni sama. 
*Rasa bersalah terhadap bos.


Hasil gambar daripada camera henpon ni cantikkkan? (Just my opinion, saya tak tau korang macam mana). Actually, I'm thinking of nak beli henpon baru samsung android or BB or trade in dengan iphone abam..eh, banyak plak pilihan. Tapi, agak sayang lah dengan camera henpon sediada ni. Sebab dah banyak hp saya try baik nokia mahupun sony ericsson model lain, semua tak menepati citarasa saya. Kurang kualiti pada hasil gambarnya. (Macam lah before ni saya pakai macam-macam jenis hp).


Okey, itu sahaja isu yang mahu dipaparkan untuk kali ini. Ceruta dah habis. Esok sambung lagi kursus half day. Yey, boley tidur lagi.. :P



3 comments:

  1. eh, da tukar signature jd 'cepah123.blogspot' lak?
    lagi best yg lama..'chepah photography'....heheheh

    ReplyDelete
  2. Nash: Wah..nash ada BB rupanya..Best tak?


    Abam: Hahah..malas nak ambik pendrive. signature tu ada lam pendrive..guna yg tu sekejap. :P

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!