Ishh...kenapa cerah semacam je ni? Tengok jam loceng kat sebelah. It's 8.50 a.m. Dem!!! Kami terlajak tidur. Ish, tak pernah pernah macam ni nih. Saya bergegas kejut abang siap siap nak pergi office. Semalam kami pergi Shah Alam, kol 2 pagi baru bertolak balik dan pung pang pung pang kol 4.00 pagi tidur. Nasib baik abam dah makan sebelum tidur. Anggap sahur je la. Dah kunci jam pon masih tak tersedar jugak. Bunyi loceng dah serap ke bantal kot. Adeyy...dasyat sungguh.. Kol 10.30 a.m baru sampai office.
Hmm..beberapa hari lagi nak raya. Dengar kata, ramai yang cakap raya hari Khamis. Ye ke? Ish, tanya kome plak, mana la tau lagi kan? Saya dah takde mood nak kerja. Fikiran merewang-merewang kat kampung dah. Saya start cuti hari Jumaat ni. Hehhe..Sehari sebelum raya pon masih kerja. Kena jaga office la plak pasal lepas raya saya cuti lebih sikit. Ye la, nak balik 2 kampung raya ni. Dari Pantai Timur ke Utara tuuu.. Taktau la kami sampai KB kol brape... Ntah2 pagi raya kot. Pagi raya ok lagi, kalau lepas Jumaat? Adeh, sedih gile.. Sian kat mama, anak2 dia semua balik lambat. Kak Jed pon lepas kerja hari Khamis baru bertolak balik. Korang just imagine la macam mana jam nya jalan kalau nak balik KB kan.. Haru... Hope, harini dan esok orang dah start balik kampung la kan? At least, dah separuh rakyat Kelantan dah balik. Rakyat Kelantan ni memang ramai kan? Mana-mana pon, ade je diorang ni. Celah mana pergi pun, mesti ade je..(cakap ni macam aku ni bukan rakyat kelantan plak). Sebab tu jalan jem. Tapi, jalan tak besar2 gak.
Lunch tadi, saya pergi pasar kat bawah office ni. Nak cari roti favourite untuk sahur. Abam teringin nak makan. Abang, sori lah, takde la plak roti tu. Gerai roti tak bukak harini. Dia tengah kemas rumah nak raya kot :P. Saya turun sorang2 je. And... tau2 la kalau saya turun sorang2. Round2 sekitar pasar. Banyak sangat gerai tudung. Nampak ramai di kalangan mak mak budak tengah menggila borong tudung kat pasar tu. Masing-masing tengah busy cari tudung raya. Siap bawak baju raya masing-masing nak padankan dengan tudung yang nak dibeli. Saya pon, jenguk2 jugak la. Kot2 boleh cari tudung untuk raya ke..Hmmm, saya kan, suka sangat tengok orang pakai tudung syria. Comel. Teringin sangat nak pakai. Nampak senang je. Dah try pakai dulu, tapi, tak sanggup nak tengok muka sendiri. Nape tengok orang lain pakai comel je? Korang bayangkan doraemon makan dorayaki sampai penuh mulut. Ha, macam tu la keadaan muka saya. Kalau orang muka bujur, cantiklah pakai.
Tapi, sebab teringin sangat nak pakai, saya beli jugak. Satu jenis syria, satu jenis selendang dan satu tudung indon (nak pakai dalam rumah).
Boooolaaattttt sangat. Kira ok la ni sebab ambik gambar dari pandangan kiri. Kalau dari depan depan kang, bernanahhhhhh mata korang nanti..
(dah lama tak ambik gambar style friendster/facebook macam ni..masa zaman geletik gelenyar dulu dulu ade la...ngeh3..)
(dah lama tak ambik gambar style friendster/facebook macam ni..masa zaman geletik gelenyar dulu dulu ade la...ngeh3..)
Malam ni nak gi ambik baju raya. Yey! Tapi, tak pasti la dah siap ke tak baju yang saya nak buat raya tu. Sebab main hantar je semua baju haritu. Tukang jahit cakap, tinggal satu pasang je yang tak siap. Hope dah siap la yang tu.. Korang ape tema raya tahun ni? Saya, pink (itupun, kalau baju saya siap. Baju abam dah beli siap-siap warna pink. Jambuuuuu nye abam di pagi hari raya.. :)
Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN....
From,
Me and Abam...
kalo riso zsedar bangun..tepuk bantal..pesan ngan dia soh kejut..hehe
ReplyDeleteselamat hari raya..