TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Friday, November 19, 2010

2 way cake foundation


Lunch semalam jalan-jalan ke Jalan Tar. Bukan jalan-jalan sangat pun, saje ikut officemate merayap. Boring gila duk office semalam. Bukan takde kerja, ade je berlambak ni ha. Tapi, disebabkan ade 3 ketul je dalam office ni (Kak Su dan Elly) membuatkan kami rasa meluap-luap untuk keluar merayap pada waktu lunch. Hey, waktu lunch aje tau! Bukan waktu kerja hokay!


Memandangkan Elly pengguna tegar barangan Sendayu Tinggi (ST),  beliau dan Kak Su mengajakku ke kedai tersebut di Jalan Tar. Saya ikut sama. First time masuk kedai Sendayu Tinggi tu. Cantik. Kemas. Macam-macam ada. Baik dari kosmetik, ubat-ubatan tradisional pun ada. Geram tengok alat-alat kosmetik kat situ. Tester pon banyak. Kah kah! Lagi satu, pekerja kat situ juga semua cantik-cantik..mekapnya. hihi.. Kami terpegun. Macam orang jakun jugak lah menyuruh promoter menunjukkan cara-cara pemakaian eyeshadow, blusher, eyeliner dll. Saje nak tahu cara yang betul, basicnya, actually, kami dah tahu. :P (nak cakap jugak kami tahu bermekap so, takde la nampak kami ni jakun sangat).


Memandangkan juga bedak muka saya dah habis, saya dok belek-belek juga lah bedak muka di situ. Kak Su and Elly dah rembat satu. Bedak yang sama. Saya cuba try test tengok 2 way cake foundation tu, best! Lembut. Halus.


Inil lah dia barangnya. 



Eh, macam mana saya boleh snap gambar ni? Opss, kantoi, saya dah angkat ini barang. RM40 satu. Dapat harga dealer, boleh la kurang 2 hinggit. Murah la. Ha, to my officemates, kalau mahu membeli barangan ST, boleh tempah dengan Kak Su atau Elly. Mereka dah jadi ahli ST. Keh keh! Promote nih. 


Sebelum ni, saya pakai bedak yang paling famous tu. Alaaa, bedak Miyami tu la..semua mesti tau kan? Bedak yang sangat murah dan best keluaran Cosway. Kalau offer, boleh capai dengan harga RM 13.00 satu tau. Masa tu, mama akan borong sampai 2,3 biji dan bagi kat saya. Alahai, bedak pun still mama kena beli lagi. Kah kah! Tapi, sejak bedak ni dah menukar kualiti span nya, saya sudah tidak meminatinya lagi. Spannya dah semakin nipis dan tak best. Span yang before ni, lembut dan sapuan menjadi rata. Span yang sekarang punya, sapuan jadi macam bertompok-tompok pula. So, saya dah tinggalkan Miyami. 

 Inilah bedak Miyami yang diperkatakan tu. 

Lepas tu, saya bertukar pula kepada Maybelline. Memang best bedak tu. Lembut juga dan sangat blend dengan kulit. Yang paling penting, span dia sangat best! Sebab tu la, span di bedak Miyami (rujuk gambar atas) hitam-hitam. Span Maybelline punya la tu. Saya, kalau pasal bedak-bedak ni, saya kena try span dulu. Lepas tu, baru tengok kandungan bedak tu. Heh.. Cuma, harga dia mahal la sikit dan cepat habis. RM50 satu. Mahal.

So, mahu cuba yang ST ni, tengok elok ke tak dengan muka. Setakat ni, okay la, lagi-lagi kalau tambah air.. Well-blend dan lebih tahan lama.. Best!!!


0 budak cumil mengomel:

Post a Comment

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!