Tagged by Cik Eliz si kaki panjang...hahah! jgn marah noh..
1) Saya boleh drive kereta AUTO dan MANUAL. Saya memang hebat! Kah kah!
2) Saya boleh hangkut kereta sorong dari kereta Abam by myself sebab masa tu Abam takde nak tolong. Oleh itu, saya memang kuat! hehe..
3) Addicted to capati sekarang!
4) Bila ada orang call nak kempen insurans ke, credit card ke, minyak gamat ke, saya tak berani nak menolak. Bukan menolak untuk accept barang tapi untuk dengar kempen. Apa yang saya akan buat, saya loudspeaker hp, buat kerja macam biasa, then, agak-agak kempen dia dah nak habis, tutup balik loudspeaker tu, then, "Sorry, saya tak berminat''. Dah!
5) I love photography so much! I love to take pictures of babies. Sekarang bercita-cita nak beli lens lain tapi takde duit. Ada sesiapa yang banyak duit nak belanja saya?
6) Rasa cemas dan kalut bila sampai di tol. Mana nak pegang smartag lagi, mana nak stereng lagi, mana nak pegang gear lagi. Silap-silap, kaki yang naik nanti. Itupon kalau saya yang drive kereta MANUAL. [loh..tadi kata hebat sangat!!]
7) Saya sebenarnya berketurunan Cina. Belah mama. Moyang rasanya yang pure Cina. Sebab tu mata saya sepet [saya tak cakap, orang yang cakap..]. Cuma, warna kulit je yang tak menunjukkan sebab tak berapa nak cerah, mendung berarak kelabu je..! =P
8) Kecewa tak dapat berhoneymoon untuk second time. Tiket flight burn begitu saja... Tskkk :'(
9) Teringin GILA nak jumpa Siti Nurhaliza.
10) Walaupun saya takut bila Abam drive laju-laju, tapi, bila saya drive, saya rasa, saya drive lagi laju kot.
11) Kenapa computer office saya punya ni hampeh sangat? Waktu lunch, semua orang boleh bukak FB, tapi computer saya tak boleh! Bengong kan? [Maybe nak bagi peluang untuk saya tidur kot].
12) Kurang gemar dengan blog yang suka nak cerita pasal "macam mana nak tarik trafik?", "macam mana nak tambah pengunjung?", "macam mana nak dapat duit nuffnang banyak macam aku?", "i follow u, u follow i". Kalau pasal tips nak jaga kecantikan ke, mekap ke, tutorial for photoshop ke, tips nak pikat suami ke, layan la jugak! Huh!
13) Dah berjaya beli buku "Ketuk-ketuk Sheila Rusly" kat pameran buku di Dewan JKR tadi. Susah tau nak cari buku tu. Memang buku pilihan ibu mertua. Katanya, kalau nak cari buku resipi, cari buku tu. Simple dan senang. Jenis masakan kampung. Ye la, kadang-kadang taktau nak masak apa. Kebetulan pula tadi, Abam pun ada sama di situ. Dia suruh saya beli buku masakkan negeri Kedah dan Negeri Sembilan juga. Kena belajar masakkan Kedah dan N9 la lepas nih.
Ini bukunya. :)
14) Sedang cuba mengelakkan diri untuk makan waktu malam. Kenapa before kahwin dulu, senang aje nak buat? Sekarang dah susah gila. Nafsu makan makin menjadi. Sedih betul dengan diri ini... :'(
15) Bright colors is my favourite. Nampak suci gitu. Tapi, warna cerah menampakkan diri ini begitu chubby!
16) Datang keinginan untuk nak buat cake or muffin or cookies sekarang ni. Tapi, takde orang nak makan pula. Setakat saya dan Abam je, jenuh nak habiskan. Eh, baru teringat, oven Kak Jed punya tak pulangkan lagi la.. Dah jadi macam harta sendiri pula.
17) Suka benor nak masuk contest pasal photography. Kalau ada, boleh kamu bagitau saya?
18) Nak mengemas rumah, perlu ada mood rajin. Kalau mood tu tak datang juga, jangan harap saya nak mengemas. Pemalas betul. Tapi, kalau ada 'orang tu' mau tolong, terus jadi rajin tiba-tiba. =P
19) Pernah makan belut mentah-mentah siap dengan darah sekali masa darjah berapa entah. Macam raja bersiong pula. Bila teringat sekarang, bluweksss..
20) I am too honest and saya assume orang lain pun akan jujur dengan saya juga. Saya juga tak suka bila kena tipu..makes me very angry.
21) Lambat nak paham benda yang tersirat sampaikan budak-budak kat office ni suruh saya 'upgrade RAM otak' saya. Biar jadi cepat sikit. Hhehhe..
22) Saya tak suka pinjam duit dengan sesiapa melainkan kalau memang terdesakkkkkk sangat-sangat. Tapi, saya susah sangat nak menolak kalau orang nak pinjam duit. Sebab orang tahu saya ni jenis yang tak boleh nak cakap 'tak boleh', itu sebab saya yang dicari. Kalau dapat yang jenis yang tak bayar macam mana? Tak ke menangis? Nasihat saya, kalau kawan nak pinjam, better elakkan, sebab kemungkinan kamu akan terputus hubungan nanti. Lebih baik tak bagi. Percayalah. Tapi, kalau jenis rekod bersih okey aje.. :)
23) Level of confidence very low. Macam mana nak buat?
24) Suka shopping sorang-sorang sebab tak suka buat orang tertunggu-tunggu.
25) Suka kumpul shawl, tapi, pakainya tidak. keh keh!
Fuhhh! Dapat jugak tulis sampai 25. Sampai kering otak ni nak menyudahkan. Okay, saya dah. Kamu bagaimana pula.?
Ini pula magsa tag saya.
kelakar juga u nih...salam perkenalan ai follow ur belog yer :))
ReplyDeletengee , thx kak arifah sbb tag. nnt ijah buat ye. hehe. skang line internet mcm siput dkt tganu ni ha T_T hehe
ReplyDeleteLadyAyu:
ReplyDeleteHaiiii dear...!! Salam perkenalan juga.. Thanks! =)
Faihash:
Sama-sama Ijah.. Oh ye ke..Selamat bercuti! Jgn lupa bwk ole2 kat awisy. hahahah!