Wah! 7.15 pagi sampai office! cayalah!
Pagi ni bangun awal dan ceria je.
Takde ngantuk-ngantuk pon.
Nak kejut Abam pon senang pagi ni.
Biasanya, dia bangun dan termenung dulu.
Termenung sambil tersengguk-sengguk. heh..
Nak kejut Abam pon senang pagi ni.
Biasanya, dia bangun dan termenung dulu.
Termenung sambil tersengguk-sengguk. heh..
Tidur banyak kot semalam. Kahkah..!
Dengar panggilan hangit pon masa dah nak sampai office dah.
Biasanya, nak gerak dari rumah baru dengar panggilan hangit. Heheh..
Pagi ni mahu makan apa ya?
Tak yah nak pikir panjang-panjang,
Kompem nasi goreng dengan sambal ikan bilis di gerai budak comei di kafe bawah ni. Heheh..
Em, cakap pasal makan ni kan, saya perasan, saya ni suka buat perkara yang berulang-ulang la..
Kalau saya suka sesuatu benda tuh, mesti saya akan suka. Anda paham ape yang saya cakap? hahah! Saya pon konfius. Oka, contohnya macam ni la, dulu, saya suka sangat makan spageti. Mana-mana saya pergi, mesti akan oder spageti. Kalau kedai tu takde spageti, akan cari restoran yang ada spageti juga. Sampai saya muak, tengok pon tak lalu, baru saya akan betukar menu yang lain. Haritu, kat kafe office ni, ada satu gerai tu, dia jual makanan berlauk. Orang Kelantan kan suka makan nasi putih pagi-pagi. So, setiap kali time breakfast, memang saya akan beli kat situ, "nasi putih separuh+daging goreng+kuah gulai ikan". Setiap pagi memang lauk tu je saya makan. Biarlah kawan-kawan dok nasihat kata tak elok makan daging hari-hari, tapi, tak boleh juga nak tukar. Sebab tu la kau gemuk Chepah oi! Tskkk.. :'(. Sehinggalah, gerai tu dah bertukar owner. Saya stop! Bukan stop saje-saje, tapi sebab dah memang takde orang jual lauk tu, terpaksa la stop. Aduh, sedey gila. Susah wo nak terima makanan lain masa tu. Rasa dah takde ape dah nak makan kat kafe tu. Sampaikan rasa nak masak sendiri pagi-pagi biar ada selera. Tapi, dah bangun pagi 5.30 pagi pon tak sempat nak buat apa-apa, inikan pula nak masak? Kena bangun kol 3.00 pagi la jawabnya. hahaha! So, terpaksa la telan makanan lain dengan redha. Tidak beberapa lama lepas tu, ada sebuah gerai jual lontong yang sedap, maka tiap-tiap pagi juga la saya rembat lontong kat situ sampai dia stop jual lontong. Adeyy.. Sekarang ni pula, tengah ketagih sup ekor. Setiap kali keluar makan ngan Abam, mesti nak sup ekor. Syedapppp! Banyak la lemak kau terkumpul nanti (-_-")
Kalau versi dengar lagu pon sama juga. Kalau saya dapat satu lagu best tuh, saya akan dengar sampai berulang kali. Apa yang saya buat, saya akan letak satu lagu tu dalam playlist dan akan repeat sampai lah 3, 4, or 5 hari dengan satu lagu tuh saja. Maka bergema lah lagu tuh sampai orang office ni muntah! :P. Sometimes, kalau ada masa berlebihan kat rumah, kalau ade masa nak bukak laptop untuk editing ke online ke, ape-ape je lah, saya akan sambung repeat pula lagu yang kat office tadi di rumah. Sampai Abam muntah. hahha! Agak-agak saya dah boring lagu tuh, then, saya akan tukar lagu lain pula dan repeat for the same song sampai 3,4 hari pula. hehe.
Begitu lah tabiat unik saya. Unik? ohhh!hehe.. How about you? let's share with me! :)
alaaaaa... rinduuuu nak makan nasi ayam dara gerai 'pakcik'.. hari2 lunch menu tu jugak.. hari2 beli sampai le gerai 'pakcik' dah diambil alih oleh 'perempuan comei'
ReplyDeleteoooo sedih nyeeeee...
kesimpulan: habit kita lebih kurang sama hehe =D
hiks. lebih kurang sama lah dgn tabiat ijah. kalau suka satu lagu tu dgr smpi pitam.. hahaha.. hiks
ReplyDeletehahahaha akak ni...
ReplyDeletexjemu tu!
macam wanie xsuka makan benda sama.
kalau makan nasi pun tengah hari petang xkan makan nasi lagi.
kalau semlm dah makan spegeti pas sebulan baru leh makan..hehe
liza:
ReplyDeleteeh, ada nasi ayam dara ek kat cafe.? xpasan? xpelah, kan dah gnti ngan 'ayam dara' comei kat situ.. :) makanan kat gerai dia sedap semua!
Faihash:
ya, Allah! sampai pitam faihash dengar? kesian neh! hahahha!
wanie:
heheh..wani perut kecik! mcm akak ni sekarang, boleh je sumbat apepon..hahahha!selera bermusim.. :)
ekekeke..haruslah smpi pitam kak pah..ekeekek..sbb time dgr lagu tu time nk tidur..lepas tu terus pitam..ekeekek
ReplyDelete