TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Monday, November 8, 2010

Gila banyak balak dalam tuh!

Extreme tau tajuk! =P


Semalam saya baru pulang dari kampung. 10 hours in car! Great! Lenguh gila tau, even was not me yang drive. Hahah! Tak kisah lah, sebab bukan yang tu saya nak cerita..

Okay, lebih kurang kol 3.00 petang kami bertolak dari KB. Sepanjang perjalanan, hujan rintik-rintik dan agak menyukarkan kami untuk drive laju-laju. Eh, kami? okay okay, bukan kami, tapi Abam. =P

Kalau sape-sape yang dah biasa lalu di laluan antara KL-Kota Bharu ikut Kuala Lipis dan Gua Musang tu, tau la kut macam mana keadaannya kan. Dengan jalan berbukit bukau, lorong hanya 1 lane saja. Kereta agak banyak semalam, tapi, takde la sampai jam. Cuma, bila ada lori dengan muatan banyak, maka berderet-deret juga la kereta sebab nak potong tak boleh, sebab jalan berbukit-bukit, tak nampak kereta dari depan. Boleh imagine kot noh.

Dalam maghrib macam tu, area mana entah, memang tengah nak naik bukit, banyak jugak la kereta sebab banyak gila lori balak yang slow motion atas jalan. Nasib baik masa tu, 2 lane. Di papan tanda,


Kenderaan berat sila ikut lorong kiri


Cuma, apa yang kami cuak semalam, ada satu lori balak betul-betul depan kami tu, kayu balak dalam tu banyak sangat. Macam lebih muatan je. Bukan macam, dah memang lebih muatan dah pon. Ada sebilangan kayu balak dalam lori tu dah macam menurun, macam nak jatuh dari lori. Pastu pulak, lagi bertambah cuak, tayar depan lori balak tu dah terangkat sedikit disebabkan kayu balak yang terlampau banyak dan berat di belakang. Dah la tengah naik bukit masa tu. Abam cepat-cepat potong lori balak tersebut dan alhamdulillah, nasib baik Abam sempat potong dan memecut laju ke hadapan. Dan kami tak tau la apa jadi kat lori tersebut. Selamatkah ia?

Nasib baik kayu balak tak tertimpa atas kereta kami. Nauzubillah.. mintak jauh la dari semua tu..amin..

Kak Jed cakap,  pihak polis pernah check, memang 100% lori kayu balak ni semuanya lebih muatan. Agaknya, berapa batang je yang dibenarkan kan? Pihak berkenaan patut pantau la perkara ni. Sebab kalau dia sorang je yang kena takpe lah, tapi, ini dah boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain. So, korang, hati-hati la kalau dok belakang lori kayu balak ni. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...


Sharing is caring...

3 comments:

  1. budak comel mengomel nih~~~hahaha
    ....laaaa...smlm pon u all on the road ke GM ker?...hahaha..me too~~~kol 3 ptg gerak dr krai...ke GM......mmg lori balak byk amat~~~tp i slumber jer potong...sbb lorik balak tuh parking tepi kan.....2 3 buah gak i potong...haha...ok2..seyes2....smlm...punca2 kelewatan i lewat smpai GM smlm.....lori kontena n lori balak!jenuh nk memotong...haha...normal krai GM sejam suku kot..smlm sejam stgh gak....rugi2~~~haha~~~~

    ReplyDelete
  2. nash:
    ooo..patut la nampak myVi oren atas jalan..hahahha.. tu la psl, bnyak gila lori balak n kontena..tu yang 10 jam tu..hehe

    ReplyDelete
  3. hahahah~~~sian molep~~~gerok dr KB pulop pukol 3 doh demo nih~~~~smpai dr krai nk ke GM~~~mmg sah2 smpai time waktu puncak lori balak ah~~slamat~~~hahaha

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!