Suatu malam yang sunyi... Abam tiba-tiba meluru ke arahku, lalu menyuruhku membaca satu artikel di Iphone kepunyaannya,
"1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai hari Jumaat,jadi 3 August 2012 bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas ke bumi ). Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu. ALLAH sahaja maha mengetahui. Cuba kita lihat hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal huru hara 2012."
Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di sini. Dalam FB pon ada. Cuba la search..
**************
I am speechless. Sumpah, memang saya rasa takut sangat. Lepas baca artikel tu, saya terdiam. Membisu seribu bahasa. Saya hulurkan kembali iphone kepada Abam.
"Sayang takut" tiba-tiba saya bersuara.
Abam mengelus lembut dibahuku, "Abang pun sama sayang"
Macam-macam saya fikir masa tu. Tapi, saya memilih hanya untuk berdiam diri saja. Bersediakah saya untuk menghadapi saat itu? Cukupkah amal ibadat saya selama ni? Setakat manakah ibadat yang saya buat selama ni yang diterima oleh Allah SWT? Selepas itu, terus Abam ajak solat Isyak berjemaah sama-sama.
**************
2 hari berikutnya, selepas Abam menjemput saya di office,
"Abang ada terbaca berita tadi, ada 19 lagi gunung berapi di Indonesia dijangka akan meletus dan salah satunya dekat sangat dengan Bandung. 70km kot."
"Ya, Allah dekatnya.. Memang sahih kita tak pergi la ke Bandung tu kan?"
"A'a. Em, bila pikir-pikir balik, Indonesia ni dekat je kan dengan Malaysia?"
"A'a la.. bila-bila masa je kita ni nak kena kan?"
Diam sejenak...
"Abang... nak tahu tak apa benda yang sayang fikir masa mula-mula Abang suruh saya baca artikel tu haritu?"
"Apa dia sayang?"
"Em..abang pikir ape?" tiba-tiba rasa tak sanggup nak bagitau, rasa berat je mulut dan cepat-cepat saya alihkan perhatian. Namun, meleset.
"La..tadi sayang yang nak cakap, ni tanya Abang plak..ha, apa yang sayang fikir?" rayunya.
"Abang? Ape yang abang fikir?" Saya cuba lagi untuk mengelak perhatian dia. Tak sanggup nak bagitau. Mata dah mula bergenang.. tapi, saya cuba menahannya dari terkeluar.
"Sayang la bagitau dulu" nada Abam dah berubah. Mimik mukanya juga sudah mula berubah.
Diam lagi..
Saya cuba mengumpul kekuatan, "Sayang fikir, sekejap je sayang boleh hidup dengan Abang..." keluhku. Terasa panas di pipi.
"Sama lah dengan Abang..." kata Abam sambil tersenyum dan mengucup lembut jari jemariku.
Kami terdiam. Sunyi sepi. Masing-masing melayan perasaan. Akhirnya, saya terlena. Sedar-sedar, dah sampai rumah.
****Updated!!
Dapat maklumat dari Kak Ija, katanya, dia pernah terbaca,
Setelah dirujuk ke Lujnah Hukum ISMA, maka jawabannya adalah seperti berikut;
Hadith ini terdapat dalam kitab al-lali' al-masnuah fil ahadith al-maudhuah oleh suyuti, dalam bab al-fitan, sanadnya hanya daripada Abdullah b. Masud shj, hadis ini adalah hadith maudhu' menurut al-zahabi. Matannya begitu pelik gharib, tak boleh berhujah. Wallahualam.
Jadi, jika anda menerima email mengenai hadis di atas, khabarkan kepada pengirimnya ia adalah hadis palsu.
P/s: Tak tahu mana betul mana salah. Maafkan saya kalau saya bagi maklumat yang salah. Nak takut itu betul cuma, kalau terlalu takut sampai tak boleh nak keluar rumah bagai, itu dah salah jadinya. Syaitan dah hasut lah tu. Tak kira lah apapun, hakikatnya, kita perlu sentiasa bersedia..
che pah..
ReplyDeletehuhuhu...saya pun sama...
tapi masa tengok muvie 2012. Baru je sempat tengok bulan lepas kt HBO T_T.
Lepas je tengok muvie tu trus mlm tu tak boleh tido mimpi yg macam-macam. Nauzubillah...takutnya :(
aha!
ReplyDeleteada baca pasal tu..wpun sebenarnye tu bukan lagi hari kiamat tapi 2la..kita ni wlaupun dah ada hura2 pasal tu kita tetap leka...bila entah nak berubah..hope Allah bagi petunjuk la.....
sekarang ni macam-macam sumber kita boleh baca tentang Kiamat. memang wajib untuk kita meyakini hari Kiamat akan tiba dan memang dah dekat rasanya sebab dah banyak sangat tanda-tandanya. tapi rasanya salah untuk kita percaya dengan sesuatu tarikh itu. sahih ke tidak hadis itu pun kita tak tahu, kita kan manusia lemah je. sebab kalau kita percaya sangat dengan tarikh-tarikh tertentu, kita masing-masing akan masih leka dan tunggu last minute juga untuk taubat Nasuha. macam dah tertanam dalam mind set, "Oh. 2012, ada 2 tahun lagi. tahun depanlah aku start taubat betul-betul". sedangkan tiada siapa tahu tarikh sebenar Kiamat, dan tidak mustahil ianya terjadi lebih awal dari itu. Wallahualam.
ReplyDeleteAnne:
ReplyDeleteBetul tu. Saya masa tu, tgk kat wayang, lagi la terasa..
Wanie:
Samalah, kita perlu bersedia bila-bila masa dan ketika.
Una:
Betul tu. kita sendiri pun tak pasti sahih ke tak dengan hadis2 tu. saya pun bukan kata percaya dengan tarikh tu, itu adalah andaikata...
Hakikatnya, memang kita perlu sentiasa bersedia..kan?
*sigh..
21/12/12 is my 27th besday~~~:(
ReplyDeletetakut gak pas baca~~~tp stakat takut 2 or 3 minit...pas tuh leka balik....ssh gak...ssh bebenau nk sedo yg hakiki punyer sedo nih........masyaALLAH~~~risau kejahilan aku berkekalan hingga ke penutup idop d dunia nih......moga ALLAH tunjukkan jln yg benar kpdku d dunia ini selagi berkesempatan.......
Nash:
ReplyDeleteni nak remind besday nash ke ni?heheh...
em, betul tu. moga kita sentiasa ingat padaNya.
hehehe~~~sambil menyelam~~~amik rumpai laut wat kerabu sarang~~~~
ReplyDeleteajal x kenal usia @ ms..mgkin jga betul tarikh2 @ mgkin x..itu suma kuasa Allah...kt pn blm pasti akn hdup smpai ke tarikh 2 @ x...mgkn mlm ni ajal kt..@ sok @ lusa...
ReplyDeletetggjawab kt sbg manusia adalah beribadat & terus beribadat..kpd Allah....
:)
andai ajal sy tba...tlg maafkn & halalkn semuanya ya....
As:
ReplyDeletebetul tu as..saya pon sama, maafkan saya dan mtk halal semuanya..
salam kak, sy silent reader je selama ni..boleh minta share??
ReplyDelete