TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Friday, December 31, 2010

coretan 2010

Oh...lagi 2 jam Tahun 2010 bakal meninggalkan kita semua. Hmmm..terlalu banyak peristiwa pahit dan manis yang dilalui di sepanjang tahun ini. Banyak yang manis-manis kot. :).

So, saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua. Semoga kehadiran tahun baru ini akan menjanjikan kejayaan yang lebih baik buat kita semua ya. Dugaan 2010 seharusnya menjadikan kita lebih baik.


Insan tersayang yang bernama suami... :)

Love you sayam.. :">

Thursday, December 30, 2010

Bertukar!!!!! [versi Power Rangers]

Oh, harini sangat busy. Sekali lagi saya akan bertukar unit. Memandangkan esok cuti, maka, harini last day saya berada di unit ini. Sedih gila weh. Rasa macam family dah. Makin nak keluar, makin rapat kami. Sob..sob..sob...


Gaya bebas!!! :)

Saya akan rindu family GIS ini nanti..tsskk :'(
Sayang korang semua..



p/s: Gambar lain akan menyusul nanti. Tunggu...


Tuesday, December 28, 2010

Another bokeh photos

Oh. Sangat suka boleh buat gambar seperti ini.
Perlu banyak belajar lagi teknik-teknik mengambil gambar bokeh seperti ini..





Credit to jiran sebelah sebab pinjam lampu-lampu depa untuk photoshoot malam ini.hahha!


Monday, December 27, 2010

Giveaway Shawlsayucinta



Halluu! Jom join contest lagi! I wanna join this contest sebab alang-alang memang saya follow blog ayu ni.  Lagi satu, nak join sebab hadiah lumayan katanya. " Tak payah beli stock shawls untuk 3 bulan.". hehe..best kan? 


Actually, ayu ni my ex-officemate masa beliau di JKR dulu. When I first met her,  masa tu saya baru tukar unit [maksudnya unit sekarang la], saya memang selalu dok usha-usha beliau punya shawls. Hari-hari mesti pakai yang lain [eh, mesti la kan, takkan nak pakai sama je setiap hari]. Maksud saya, susah nak jumpa beliau pakai tudung yang sama la. hehe.. Semua cantik-cantik. Dah beberapa bulan lepas tu, baru tau yang beliau adalah taukeh shawls yang tegar. Haha! PATUT LAHHHH...! :). Sekarang Ayu dah pindah, tak dapat jumpa lagi. Rugi pula tak sempat nak beli shawls dengan Ayu dulu. Masa tu tak minat dengan shawls lagi. Korang boleh singgah ke blog beliau untuk melihat koleksi shawls. Cantik-cantik wa cakap lu. So, ayu, saya join ya! :)

Syarat-syarat penyertaan, boleh klik sini. Tarikh tutup 1 Jan 2011 okey.. Hurry..hurry..!

Saya tag: Syuhada, Kak Ija, Azeera, Afra, Laila..hehe

Waktu pagi di hujung minggu

Best kan, dapat naik motor laki bini...
[sengaja tak mau naik kereta..dah boring dengan air cond]
Pergi breakfast sama-sama di hujung minggu..
[Kalau dah takde idea nak masak apa waktu pagi or takde bahan]
Sambil menghirup udara pagi..
Dibuai angin yang sejuk...
Si Suami pula suka dan sengaja buat-buat brek mengejut..
[tahu tahu sajalah kenapa :D]
Si isteri pula sengaja peluk kuat-kuat kononnya takut jatuh..
[padahal kelajuan tak sampai 10km/hr pun..cuba mengambil kesempatan juga..hahah!]
Dan dua-dua tak pakai HELMET!..hadoyaiii!
[alasan rumah dekat, tak boleh pakai Chepah!]



Itulah aktiviti kami waktu pagi masa weekend. Ye, saya sememangnya seorang yang jakun dengan motor. :). Tapi, saya enjoy. Thanks Sayang..you've made my day.. :))


Ya, Allah, saya sayang sangat suami saya.. :''>

Friday, December 24, 2010

Bokeh photos for today!

"Hi! Nama saya Gamat. Saya berkenan dengan gadis depan saya ni."


 "Cantik kan dia?"

"Huh! Dah la gomok, badan kontot pulak tu. Ada hati nak kat aku"


:)

Thanks Syu for the gift. Boleh wat main-main ..hahah!



Thursday, December 23, 2010

7 dont's after a meal

Got an email from my officemate just now...


*********
Don't smoke - Experiment from experts proves that smoking a cigarette after meal is comparable to smoking 10 cigarettes (chances of cancer is higher). - Alhamdulillah Abam bukan perokok! Sementelah lagi saya kan. :)

Don't eat fruits immediately - Immediately eating fruits after meals will cause stomach to be bloated with air. Therefore take fruit 1-2 hr after meal or 1hr before meal. - Kalau makan kat hotel or restoran mewah, depa serve buah-buahan kan after makan? Takkan nak kena tunggu 1-2 jam baru boleh makan? Walaubagaimanapun, tak boleh jadi ni. Kena elakkan!

Don't drink tea - Because tea leaves contain a high content of acid.This substance will cause the Protein content in the food we consume to be hardened thus difficult to digest. - Alamak! saya penggemar tea yang sangat tegar. Boleh dikatakan, setiap kali makan di luar, teh-o adalah pilihan utama. Hmmm..

Don't loosen your belt - Loosening the belt after a meal will easily cause the intestine to be twisted and blocked. - Okay, ini saya selalu buat. Sejak-sejak jadi gemuk nih. Makan banyak sikit, terpaksa longgarkan belt or seluar or kain agar boleh bernafas dengan tenang dan damai. heheh..

Don't bathe - Bathing will cause the increase of blood flow to the hands, legs and body thus the amount of blood around the stomach will therefore decrease. This will weaken the digestive system in our stomach. - Yang ni selalu dengar. Senang cakap, senang buncit kalau mandi lepas makan. So, memang saya CUBA elakkan. :) [alasan sebab malas mandi..hehe]

Don't walk about - People always say that after a meal walk a hundred steps and you will live till 99. In actual fact this is not true. Walking will cause the digestive system to be unable to absorb the nutrition from the food we intake. - Memang jadi mengah lebih kalau lepas makan dan terus jalan banyak.

Don't sleep immediately - The food we intake will not be able to digest properly. Thus will lead to gastric and  infection in our intestine.- Ini betul. Saya memang tak suka tidur lepas makan, melainkan kalau dah memang mengantuk sangat-sangat. Jarang sekali berlaku la. My parents pun memang melarang  kalau anak-anak dia tidur lepas makan. Kalaupun saya tertidur after makan, tengah malam, perut saya mesti sakit. Takpun, bangun pagi-pagi, rasa lapar gila!


Sharing is caring.. :) 


Sebu


Hoihh..hoih..hoihh..baru boleh bernafas! Tiba-tiba jadi busy mengalahkan Datin Rosmah pula..[ye la, bak kata cik elyse, tiap-tiap malam asik kuar tibi je..mengalahkan PM]. Okay, tak ada kaitan. Saya MC for 2 days, makanya, banyaklah kerja yang terbengkalai di atas meja ini. Semalam, seharian saya busy, sampaikan tak sempat nak minum air pun. Sambung sikit kerja pagi ni, sampai la sekarang. Alhamdulillah, semuanya dah setel. Yey!


Lunch ni nak makan apa weh? Any suggestions? Sejak beransur pulih dari demam ni, saya makin takde selera nak makan la. Nape entah. Pagi tadi pun, makan sebiji kuih aje. Perut ni rasa sebu je. Em sorry, sebu tu apa ya? Saya dengar Abam cakap sebu, saya pun nak cakap sebu juga la. Hahah! Tapi, memang perut ni rasa sebu la. Rasa berdebu. Hehe..okay, dah mengarut dah. Rasa macam berangin dan kembung. Lapar tu lapar, tapi, saya tak boleh nak sumbat banyak makanan macam kebiasaannya. 

Maybe effect dari ubat kot. Antibiotic ada lagi 2 biji untuk sekali makan lagi. Nak habiskan cepat-cepat. Tak sedap la ubat tu! Susah nak telan sebab texture nya yang sedikit kasar. Dah la rasa..buwekks! Ahh, nak muntah teringat rasa ubat tu. Ubat batuk pun saya tak minum. Tak sedap la! Rasa nak terkeluar balik je ubat tu. Memang tak sedap. Habis, semua ubat tak sedap, macam mana nak sembuh Chepah oi! Padahal, malam-malam, batuk saya ni teruk gak, sampai sakit perut dan dada  disebabkan pressure masa batuk. Tapi, degil jugak tak nak makan. Pelik ye, macam mana budak-budak yang nak khayal boleh minum sampai bergeleng-geleng ubat batuk? Diorang tak rasa nak muntah balik ke?


Umm..dah la..melalut pula. Nak pergi lunch. Masih lagi berkira-kira nak beli apa, nak makan apa. Oh, harini pasar day! Adakah tudung lagi yang akan dirembat? :)


Wednesday, December 22, 2010

Apii!!!!! Apii!!!!! ApiiI!!!

Hoh!
Selesai sudah latihan kebakaran di office.
Macam sudah tau, semua berjalan macam berlenggang kangkung mak limah nak balik rumah je tadi.
Sempat pula nak ambik hp, tutup TV, pakai high heels bila siren berbunyi tadi,
Ambik gambar bersama kawan-kawan,
Ada juga yang sempat bawak makanan takut lapar masa berkumpul,
Ada juga yang malas nak layan, duduk je dalam bilik tak turun sampai ke sudah.
Kalau tak memang dah terbakar lama dah.
Asalnya, bomba nak bagi surprise kat semua staff.
Siap ada api, ambulans, mangsa kebakaran..semua tu berlakon saja.
Tapi, ada pula yang telah membocor rahsia kerajaan.hehhe



Dah pandai dah nak guna benda alah ni.:)
Depa buat demo tadi.
Namanya ABC Dry Powder Fire Estinguisher
Berat jugak benda nih.. 9kg.
Depa cakap, kalau tak larat nak angkat. seret pon boleh, gelek pon boleh. :)
Pasni, takmo panic-panic la kalo ade kebakaran...kan?


Oh ya, saya dah sihat dah.Alhamdulillah.. :)
Cuma batuk tak hilang lagi.
Dah cekang perut nih, sebab dok asyik batuk je.
Sakit la. Sampai nak gelak pon terasa sakit kat perut ni.
Huhu...
Okay la..mahu sambung buat kerja.
Bye!

Tuesday, December 21, 2010

Terima kasih sayam

Sekarang ni saya berada di rumah. Ditemani Abam. Saya demam teruk 2 harini. Abam pun sama. Cuma, Abam dah sihat sikit. Asalnya, abam yang demam dulu, pastu berjangkit pada saya pula.

Duh..Rasa berat je kepala ni. Tak larat nak buat apa-apa. Nasib baik ada yang baik hati nak tolong buat air milo, urutkan kepala, ambikkan ubat.. :)

Okaylah..mahu sambung tidur. Kepala kembali sakit.huhu...

Published with Blogger-droid v1.6.5

Saturday, December 18, 2010

Cuba try test tengok


Hari ini hari minggu. Em, macam la korang taktau kan? Hehhe..Terasa ingin mencuba memasak resipi yang diambil dari buku resipi yang dibeli oleh Abam semasa pameran buku tempoh hari. 




Disebabkan resipi ini sahaja yang memenuhi kriteria bahan bahan yang diperlukan, so, harini kita masak Ikan Mambong Goreng Asam. Heheh.. Dalam resipi pakai ikan tenggiri. Tapi, disebabkan banyak ikan mambong dalam peti, kita guna ikan yang sedia ada je lah. Boleh kan? Saya tak pernah masak masakan ini. So, memang taktau apa rasa originalnya. Caranya, simple saja! 


Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung ke, ikan selayang ke ape-ape saja/ 4 keping ikan tenggiri
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inchi halia (dihiris)
10 biji cili padi (dihiris) - kalau mahu pedas lagi, tambah la lagi!
1 labu bawang besar (dihiris)
1 cawan air asam jawa
1/2 sudu makan serbuk kunyit
garam secukup rasa (saya tambah gula sedikit, ternyata lebih sedappppp!)

Cara-cara:
Perap ikan dengan garam dan kunyit. Goreng ikan tersebut dan angkat. 
Tumis bahan-bahan yang dihiris hingga layu. Masukkan air asam jawa, serbuk kunyit dan garam gula secukup rasa. Siappp! Mudah bukan?


Em, malas pula nak ambik gambar masa masak tadi. Kalau tak, hangitlah la ikan sebab dok asyik snap je. So snap yang dah siap je la. Boleh terima?


Taraa!!

Rasa masam-masam manis gitew! Saya suka, Abam pon mestilah suka..hehe

Okeh, ini hidangan lain. Ayam goreng kicap. Resipi campak sendiri. Hehhe.. Eh, takkan nak bagitau gak bahan-bahan, cara-cara segala. Korang dah tau kot? :)


Saya ambik gambar ni bukan apa. Nak masuk contest Foto JB Club Tema 'Makanan'.   So, maybe saya bagi gambar di atas sebagai pertaruhan kot. Hehe.. Sape yang nak join, jom lah! Syarat: kena ambik gambar makanan yang mengiurkan. Mengiurkan tak???


***selingan***


Oh ya, petang tadi saya berjaya buat record baru bersama treadmill! Ha, tak habis kat status fb, kat blog pon nak tulis jugak. hehe

Time: 15 minutes (before this, only 10 minutes. Tu pon dah semput)
Distance: 1.1 km
Calories burned: 32
Total weight loss: 500g. (kira okay la tu Hhaha!)

Friday, December 17, 2010

Kisah semalam..

Semalam saya puasa.
Memang dah berpakat satu office nak puasa semalam.
So, semangat lah bangun pukul 5.00 pagi,
Masak megi, buat telur masak separuh 2 biji.
Last-last, megi makan dua mulut, telur satu biji je.
Digagahi dengan segelas milo.
Hooyeahh!


Di tempat kerja, pukul 9-10 pagi perut dah start bergendang dah.
Tak sabor-sabor.
Mungkin biasanya saya MAKAN BESAR waktu pagi, so, saya rasa sangat teruk semalam.
Tiba-tiba sakit kepala mungkin sebab dah masuk angin.
Sakit sampai nak muntah.
Ya, Allah, memang tak tahan...
Pernah tak rasa macam tu?
Lemah gila seluruh badan.
Petang tu memang dah tak larat nak berjalan, even nak bercakap pun tak larat.
Kat office pon dok baring je.
Kerja apa pun tak boleh nak buat dah.
Saya tidur je sepanjang perjalanan balik rumah semalam.
Sunyi je..kesian Abam..


Abam belikan nasi ayam kukus buat berbuka.
Tapi, saya tak boleh nak makan.
Angin dah tolak naik sampai rasa nak muntah.
Abam suruh makan jugak sikit untuk bekal nak makan ubat.
Terpaksa juga makan semulut dua, minum dua teguk air, telan ubat then tidur.
Kesian Abam, makan nasi sorang-sorang..tiada peneman.


Tiba-tiba rasa kepala diusap lembut, rupanya Abam.
Katanya, mahu keluar, nak jumpa client.
Abam suruh bangun sambung makan nasi.
Tengok jam, kol 9.00 malam.
Tapi, kepala still sakit, saya sambung balik tidur.


Pukul 11.30 malam saya tersedar balik.
Alhamdulillah kepala dah okey.
Rasa mual tu dah hilang.
Terus turun bawah masuk dapur.
Saya tersenyum sendirian tatkala melihat meja makan kelihatan tersusun rapi dan kemas.
Saya sambung makan nasi ayam dara yang ditinggalkan maghrib tadi.
Kebetulan Abam baru sampai rumah, so, ada teman nak makan nasi.
Tapi, tak boleh nak habis pun, sebab dah sejuk siap semut singgah lagi..huhu



Hajat untuk puasa harini terbatal disebabkan keadaan semalam.
Terpaksa di tunda ke hari lain..


p/s: Pandai juga Abam mengemas nih. Rasa macam nak sakit hari-hari..hahah!

Thursday, December 16, 2010

Testing..

Yess.. Testing..testing..
Updating blog using my hanphone right now as I am not celik IT person. Heheh..

AMARAN: Kalau ada lemah jantung ke, pening-pening ke, baik jangan tengok! Kang muntah hijau nanti.


Oh. wah..sangat panjang ini tajuk entry. Saya nak cerita pasal Detox Patch nih. Seperti yang diketahui, lebih kurang sebulan yang lalu, banyak kot iklan dalam Facebook pasal Detox Patch ni kan. Even one of my friend pon dah ada yang try pakai. Katanya, hasil mengagumkan. So, kami laki bini pon mahu juga lah try. Nak tengok toksin banyak mana dalam badan nih. Abam ada order kat FB. Cuma tak pasti lah dengan siapa or brand apa sebab Detox Patch (DP) ni pun ada banyak brand kot kan?


So, beberapa hari berikutnya, sampai lah barang tu ke rumah. Kami pun pakai lah. Bau dia..fuhhh! Kurang enak la jugak. Macam bau barang terbakor. Kuat sangat baunya. Takpelah, pakai la jugek. Hari pertama tu, saya punya sikit saje. Setakat hitam kat tepi-tepi tu. Yang Abam punya, masyaAllah, penuh gak lah hitam. Banyak kot toksin dalam badan dia. So, tibalah hari kedua pula, kami pakai lagi. Bangun pagi-pagi, saya punya banyak sikit dari sebelumnya. Toksin saya bertambah? Haihh.. Abam pula tetap sama. Heheh. Tak berkurang. Kami tak pasti macam mana benda tu boleh jadi hitam. hehe...Sedikit kagum jugalah..


Makanya, gigih la kami pakai hari-hari sampai seminggu kot. Sama lah jugak hasilnya. Ada hari yang ke berapa entah, saya dah siap-siap pakai DP tu, pastu nak tidur. Terasa mahu ke toilet la pulak. Alahai, nak buang sayang, so, terpaksa lah menjijitkan kaki supaya tidak terkena lantai toilet yang basah itu. Tapi, setakat mana sangatlah saya boleh menjinjit. Saya bukanlah penari balet pun. Makanya, basah jugak lah DP yang saya pakai tu. Bila dah basah tu, dah hitam pekat likat dah DP saya. Emm..air  biasa pun dah boleh jadi hitam? Apa relevannya pakai DP nih? Tak paham lah! Di situ, baru saya tau, patutlah saya punya tak hitam sangat sebab saya memang kurang berpeluh. Taktau la kenapa, rasa macam buang duit aje pakai benda nih. Takde kesan. RM2.00 semalam/sorang. So, sejak dari itu, kami tak pakai langsung dah. Lagipun, susah la. Gam yang terlekat di tapak kaki tu, susah nak tanggal. Tak larat kot nak tenyeh kaki pagi-pagi nak kasi tanggal untuk solat Subuh pula. Baik tak yah pakai terus. Haha!


Sebelum..
 

 ..dan selepas
Emmm, kalau tengok gambar ni, memang la geli kan. Tapi, ia hanyalah disebabkan air peluh saja. Kalau kena air biasa pun, hitam macam ni jugek...




p/s: Taktau la korang macam mana. Kot-kot korang ade kesan lepas pakai DP ni kan. Boleh share dengan saya. :)

Wednesday, December 15, 2010

Tak cukup lah satu!


Tengok lah nih!
Dah penuh!
Nampaknya nak kena beli satu lagi hanger.
Ada lagi tudung yang belum gantung nih. 
Tunggu queue hanger baru.. tehee..
Tapi, tu lah, takde tempat nak gantung pula.



Oh ya, saya dah cuba try pakai tudung yang jual kat pasar JKR bawah ni, awning yang bukan thai silk punya tu. [dah cuba lagi, try pula..hehe..]. Rupanya selesa la jugak. Selama ni, ingat tak best, tak sesuai dengan muka. Maybe muka semakin bulat. Hantam sajalah tudung macam mana pun. Heheh! Hanya RM10 satu. So, lepas ni, no more ARIANI. Mahal la Ariani, satu tudung dah boleh beli 8 helai yang biasa punya...huhu...Cuma tu la, mahal-mahal Ariani pun, kualiti bagus. Tahan lama. Tapi, boring gak tak boleh nak pakai kaler-kaler lain. So, baik beli yang murah-murah ni punya. Macam-macam kaler ada nanti. Tu sebab makin penuh hanger nih. Tapi, sekarang gila shawls pula. Tsskk.. :'(. Oh. kalau macam ni la perangai saya, yang masih tak berubah-ubah, macam mana nak beli susu anak nanti? Makan tudung la nanti! Huhu...



Can see the tudung purple above? Tudung ni saya beli semata-mata untuk pakai masa majlis bertandang dulu. Tapi, yang sedihnya, lepas majlis tu je, saya dah tak jumpa sampai ke sudah tudung tu.  Sampai bawah katil saya cari, memang takde! Saya takut, saya terhantar ke butik ini sekali dengan baju songket nih. Sedih gila. Sayang tau! Sebab Ariani punya.



Last Thursday, belek-belek kain langsir, tak sangka tudung purple tu elok je dok tergantung di penyangkut langsir kat tepi tingkap bilik saya.. At last! Jumpa juga setelah 6 bulan lebih dok mencari.. Alhamdulillah. =)


So, boleh la pakai! Kiranya, 2nd time pakai semalam.
Em, rasa lain la bila pakai berbanding dulu.
Terasa sedikit KETAT!
HUH!!!!!


Amboi..gelak sakan nampak korang nih..wuuuu!


Tuesday, December 14, 2010

Three Sweet Moments ...



Sweet Moment #1

Of course la masa kami diijabkabul. Indahnya saat itu. Hmm..dah 6 bulan dah kami menjadi suami isteri.. Macam baru semalam je. We declared on 8 March 2008. Ingat tak tarikh apa tu? Masa tu, orang lain tengah kalut-kalut nak mengundi, saya pula tengah kalut nak mengundi pilih Abam sebagai teman hidup. Hehhe. Tapi kan, nak tau tak, Abam tak pernah melamar untuk berkahwin dengan saya. Macam mana tu? Go with the flow je masa tu.. Hahha!


Nak jugak dengar, "Sayang...would you marry me?" Macam sweet je.. Hehhe.. 
Ahhh!! tak kisah lah, dah kahwin dah pun. ngeh ngeh..



Sweet Moment #2

Got a white gold ring from my Dad. Masa tu tengah jalan-jalan dengan Papa dan Mama, kebetulan ada booth LAZO Diamond di KB Mall. Memang lumrah seorang perempuan kot suka tengok barang kemas. Saya dan mama pergi melihat-lihat di bahagian cincin di situ. Mata saya masa tu, tak berkelip-kelip tengok cincin kat situ. Simple tapi cantik. Suddenly, "Can you find me a suitable ring for my beloved daughter?". I'm speechless. Dalam hati, "Thank you papa..sayanggggg papa".


...and I still wear it until now =)



Sweet Moment #3

First time dating dengan Abam. Abam tunggu di restaurant RasaMas kalau tak silap.  Ke Ayamas? Ntah lah. Masa tu memang gila nervous sebab dah lama tak dating macam zaman sekolah dulu. Hahah! Okey, back to the point. Dari jauh dah nampak Abam tengah tunggu kat meja. Masa saya memasuki restaurant tersebut, saya pelik kenapa semua waiter kat situ, senyum-senyum tengok saya dan kebetulan masa tu tak ramai orang. Bila saya duduk, Abam bagi sejambak bunga ros. Aduhh..malu gila masa tu. Semua orang tengok. Tapi, dalam hati, suka yang amat!



The end. Actually, banyak lagi. Tapi, setakat ini sahaja lah yang saya mahu tulis. Next time ya..! So guys? How about you? Come, let's share with me...



Monday, December 13, 2010

Ujrah 3% to 1%

Itu la. Masa belajar dulu, mak ayah suruh belajar rajin-rajin tak nak. Main sana main sini. Kan sekarang dah susah? Lepastu, sekarang pula liat nak bayar. Macam-macam alasan bagi. Tengok, yang dapat first class belajar dulu, senang lenang  je sekarang. Tak payah nak fenin-fenin kalut nak bayar PTPTN. Huhu..

Please click the picture above for enlarge


Eh, pernyataan di atas takde kena mengena dengan sape-sape ye. Memang terkena kat batang hidung  saya sendiri nih. :). Sebenarnya, nak bagitau yang saya baru dapat email dari PTPTN bahawasanya permohonan pertukaran kos pentadbiran dari 3% ke 1% (Ujrah) tempoh hari telah approved. Cuma sekarang, nak kena isi segala mak nenek jenis borang yang diorang attached by email tuh. Banyak gak. Dalam 21 pages. Diorang dah tukar balik agreement yang kita sign masa sekolah dulu. So, kiranya yang dapat ni agreement baru lah.  Nak kena tempek setem hasil dan segala bagai. Banyak jugaklah bendanya. So, sesiapa yang belum membuat penukaran kepada pembiayaan pendidikan ujrah ni, sila berbuat demikian. Nak buat penukaran tu, by peringkat juga. So, sila check kat sini lah senang.


Hari Convocation Beliau.. [entri bergambar ye adik-adik..]

4hb. Adik lelaki saya konvo pada hari tersebut. Namanya Saiful Azzam. Nama timangan Ajam. :P. Alhamdulillah, beliau convo dengan jayanya walaupun, pada mulanya, beliau terpaksa repeat paper dan terpaksa tukar UiTM dan bla bla..akhirnya, dengan kecekalan yang beliau taburkan,  akhirnya beliau berjaya juga mendapat second class upper.  Memang saya nampak usahanya. Syabas adikku. As a sweet and loving  sister, I'm sooo proud of you my brother. Oh ya, beliau juga ambil course yang sama dengan saya, civil engineering. Heheh..

So, bolehlah melayan gambar-gambar kami... =) Baru sekarang nak upload..?


Nama : Ameera dan Darwisy.
Hubungan : Sepupu
:)
Ini lah Ajam..bersama abang Dame dan papa..

Saya terpaksa 'menjinjitkan' kaki supaya saya kelihatan sama tinggi dengan mereka ini. huh

"Lihat lah dunia!!!"

Mana mungkin tak hambik gambar kami laki bini..

Mana-mana gambar pun mesti ade je minah ni..hakhak! 
Okey, cukup-cukup. Dah tak mau letak gambar minah ni dah.

Suka benor buat gaya Dr.Rozmey macam ni..hehhe!
Baju putih tu, adik lelaki saya juga. Boley tau kot kalau tengok dari rupa parasnya. :)

Lepas majlis konvokesyen, kami adik-beradik berpakat-pakat untuk celebrate di  Restaurant Marmalade, Bangsar Village. Takde tempat lain dah, kat sini memang best. Healthy food! Cuba lah!

Nampaknya beliau kurang gemar dengan pilihan menunya. Nasib leee....

Lagi dengan gaya Dr.Rozmeynya..

Eh, ada lagi gambar minah ni? ngeh ngeh..

"Oh, sweetnya...laki sapa ni?" o.0
SAYA!!!!


Abang Dame and his wife, Dr.Naja..

Tak ikhlas senyum nih

Tenyum sorang sorang ye Ammar?

"hoorrkkkk!!"



-TAMMAT-


p/s: Kan dah cakap ini entry bergambar. So, memang banyak la gambar saya campak dalam entry nih!



Sunday, December 12, 2010

Bersiaran dari Corus Paradise


Hai kawam kawam..hehe.. Burim tahap gaban sekarang nih. Tak burim jugak, lebih kepada lonely kot. Oh ya. Lupa nak bagitau. Saya di Port Dickson sekarang nih dan menginap di Corus Paradise. Abam ada bengkel di sini. So, sebagai isteri yang mithali, saya juga ikut sama. Heheh...Dah 2 hari Abam berbengkel di sini, tapi, saya dok melangut sorang-sorang dalam bilik hotel nih.  Wifi kat hotel ni mahal gila. RM9.00/hour. Melampau kot? Hotel lain takde kenakan bayaran pun. Nasib baik bawak broadband, kalau tak, tak tahu lah nak cakap. Boleh pikir kot saya jadi apa kat bilik nih. Heheh.. Tengahari ni nak kena checkout dah dan pagi ni Abam still ada  bengkel di dewan.

Korang suka tengok gambar kan? Nikmati lah gambar-gambar kami di bawah. Hahah!


Oppss!

Booolat!

Isteri VS Suami

Cak!
Kepala katil

Terpaksa jalan sorang-sorang, menghadap laut ..pastu, amk gambar sendiri..hukhuk :P

Dah takde kerja

view from our room..cantik
Sunset.. no editing pls.. SOOC from my camera.. :P

Semalam ada barbeque. So, mana yang bawak family terlibat sama. Makanya, saya pon turut sama la makan barbeque.  Em, rasanya kurang best sebab makanan yang dibakar semuanya dah sejuk. Tak boleh nak feel sangat. Selepas sesi makan, ada pula sesi karaoke. Disebabkan semua malu-malu nak karok, diorang tetapkan, sesiapa yang volunteer yang nak karok dulu, akan dapat hamper. Besarrrr punya!


 Yang buat announcement tu adalah Abam, dan Abam juga lah yang volunteer nak nyanyi..Hahha! Entah apa-apa Abam nih.


Makanya, dapat lah hamper yang besar punya!!!


=)


Haruslah dibuka sebab banyak sangat coklat Vochelle dalam tuh. *eyes rolling*


Okaylah, mahu kemas-kemas untuk pulang... Babai PD..!! Nanti kami datang lagi..