TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Monday, October 18, 2010

Aktiviti pada hari AHAD

Sekitar kol 11.00 pagi saya sampai di Taman Botani, Putrajaya. Semalam ada photoshoot  Amie dan Dida di sana. Amie ni rakan partner bisnes yang Abam tengah buat sekarang. Eh, bukan haritu dah cerita ke? Berapa kali mau saya ulang, hah? *kenapa aku tiba-tiba garang?*. 


Nak dijadikan cerita, Amie kena demam campak. Duh..kesian dowh tengok beliau menahan kesakitan yang dialami. Pedih-pedih katanya. Walaupun begitu, photoshoot diteruskan jua sebab gambar-gambar yang saya ambil adalah untuk diletakkan di kad kahwin mereka. So, perlu cepat la kan. Amie tak boleh kena panas, so, kenalah shoot bawah pokok sahaja. Semalam dok snap banyak-banyak tu sampai dekat dekat 1G size gambar,  actually, nak guna satu keping je..Hehhe.. Ala, dah alang-alang pakai jangok-jangok, Dida pon dah mekap lawa-lawa, ambik je lah kan. So, memang beraksi sakan la semalam. Photographer aje yang beraksi lebih. Baring, tonggeng, cangkung, meniarap, tidur, semua ada! Tugas Abam, bawak props.


(*jangok = melawa/melaram)


Okay, gambar-gambar mereka tu saya upload later yup. Masih dalam proses editing. Aduh, dah banyak hutang nak kena langsai ni. Haritu janji nak publish gambar makan-makan kat office kan? (Sibuk macam lah kau photographer ala-ala SaifulNang). Petang tu pula kami berempat pula menuju ke rumah client Abam. Ada nak setelkan kerja-kerja binaan sikit. Saya dan Dida hanya membantu apa yang patut.



Akak bukan main masak-masak ye adik-adik.. Tengah bancuh filler nih. Kami juga menyediakan perkhidmatan filler bala..bla..bla... hubungi saya di 019-999..... okay, stop chepah!


Filler tu untuk tempek kat celah-celah tile warna putih tu. Tau kan? Ha, Chepah bukan sebarang chepah tau! Semua benda boleh buat..jadi buruh kasar pon boleh ni. Nampak je pakai baju lawa-lawa macam tuh, tapi, akak kau ni ada skill tau! Kalau ada nak buat kolam ikan dalam rumah ke, buat dinding ke, extend rumah ke, besaqkan dapor ke, habaq mai kat saya. nanti saya hantar orang suruh buat. (eh eh tadi dok bangga promote diri boleh buat macam-macam segala, alih-alih orang lain gak yang buat, adey..bini sapa ni?)




..
..
..
..

eh eh jap!

Sape ni? Sape ambik gambar curik ni? Sweetnya kapel ni.. Buat kerja sama-sama. Sorang mengecat, sorang lagi tertonggeng-tonggeng dok lumur filler. Romantisnya. Hehhe.. Kami sebagai bos-bos besaq sanggup turun padang tau, buat sendiri kerja-kerja ni, nak bagi siap cepat. Dapat duit cepat. Nak kemaskan mana yang tak kemas. Kualiti itu penting kan? Gambar ni, Amie and Dida yang capture. 


2 comments:

  1. amboih..chanteknye akak yg tengah bancuh filler tu...heeheh

    ReplyDelete
  2. Wawa:
    Hahah...baju je jangok semacam..hhehe

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!