"Ada 600 unit Iphone 4 dalam waiting list kami"
Tuuu dia. Begitu hebat penangan Iphone 4 di kala abad ini. Itu yang dah booking, kalau yang baru nak beli? Peh! Apa yang best sangat dengan Iphone 4 tu? Sampai kan gaduh gaduh tarik tarik rambut segala dok merebut nak beli henpon tuh. Haha! Eh, alamak, users Iphone, mintak ampunnn. Bukannya apa, kalut sangat semua nak henpon tu. Best ke nanti semua orang pakai henpon sama je..? Hahah! Ok, terpulang pada individu la kan. Abam pakai Iphone, best katanya. User friendly la katakan. Saya ni pun sebab tak boleh nak beli la boleh cakap macam ni neh. Kalau tak melambung gak dok puji henpon yang menjadi pujaan malaya tuh. Ini sampaikan nak kena tunggu berminggu minggu baru boleh dapat, apa cer?
Ahh!! Tak jadiklah nak beli Iphone 4. Tangan ni dah gatal-gatal nak beli henpon baru. Bukan apa, dah 3 tahun saya pakai hp saya tu. Lagi pulak button nombor satu handset sekarang tu tiba-tiba plak rosak bila dengar owner dia nak beli Iphone 4. Dah la tiba tiba buat hal haritu masa saya kunun-kunun nak trade in dengan Blackberry kat satu kedai mana entah. Saya hulur la handset C902 tu kat taukeh kedai, nak tanya berapa boleh ambik. Dia kata,
Aiyaaa, manyak calar you punya henpon
Hish, apek ni. Check je la, tak yah la nak sound sound gitu depan orang. Dah la ada ramai orang kat kedai kau. Malu I.
Kalau talak losak apa-apa, saya ambik 3 latus
Mak aiii..murah gilew dia nak ambik. Mahal I beli dulu tu taw! Tapi, kira ok la tu kan? Eh, apesal plak tiba tiba berbahasa gedik begini? Okay okay. Then, taukeh tu, checking my handphone dengan menekan segala button yang ada. Dia kembali menyambung,
You punya button nombor satu sulah losak ma. Tengok ni. Kalau ini macam, kita ambik murah lagi la..
Haiyaaaaaa! Awat henpon ni gatai sangat buat hal saat-saat macam ni? Adeyy.. So, we decided to blah dari situ. Hahah! Dari dia ambik murah-murah, baik lah saya simpan kan? At least, boleh bagi kucing saya guna.
So, masa tu dah terbantut keinginan untuk memiliki Blackberry. Saya cuba pergi Maxis Centre. Nak tengok pakej hp yang ada. Banyak sampai rambang mata dowh! Dah summary bagai, Iphone 4 and Samsung Galaxy S jadi sasaran. Harga pakej lebih kurang sama. Dah review pasal kedua-dua jenis hp ni. Kebetulan abang saya pakai Samsung S ni. Dia kata best pasal guna OS Android. Jenis OS paling laju diabad ni. Kalau nak emel-emel ke, memang tiptop lah katanya. Then ada banyak la lagi kelebihan hp tersebut. Sila review sendiri la ye. Malas nak cerita. Kalau harga asal, RM2600, tapi bila beli dengan pakej maxis, harga handphone dah jadi RM1099. Ada promotion sampai 7 November ni. Kebetulan la pula Iphone 4 ni takde stock masa tu, saya buat keputusan untuk angkat itu SAMSUNG GALAXY S la. Hehe...
Macam tulah cerita dia. Hp ni sangat menarik. Gambar sangat clear, i mean the screen. Email laju. Sms cantik. Game best. Memang terbaik la wokkk! So, I recommend to use this phone.
x aci! x aci! kena review! Ade cam depan x? bley wat vid call x? heeeeee :))
ReplyDeleteHahha...ada2..iphone takde kan? hehe
ReplyDeletexde la ...dia via wifi. bodo kan? owhh......sila jgn wt sy jatuh cinta dgn benda lain che pah oii! sy tgh tgu aifon stable...tp..make sense lah.. kakg seme pky sma je! :p
ReplyDeleteE5 pun ok dear... :)
ReplyDelete