Semalam saya berkampung di homestay di...em, alamak, lupa nama tempat. Tapi area Kampung Baru la jugak. Kenapa? Nak honeymoon la... Hahha! Okay okay, saya tahu itu tak kelakar pun (-_-). Em, kami duk situ sebab harini anak buah abam, Fatin akan menjalani pembedahan jantung di IJN. Semalam juga doktor baru bagi confirmation yang operation tu dibuat 10 pagi ni. So, that's why la kami pilih dok area dekat sikit dengan IJN, supaya senang nak berulang alik ke hospital. Nak pergi kerja pon sekejap je. Kami akan dok sana sampai hari Selasa or Rabu kot.
Tentang pembedahan si Atin ni, actually last Thursday lagi dia dah masuk wad. Doktor cakap, operate hari Sabtu. Tunggu punya tunggu buat Ahad pula. Tunggu lagi, ahad pon tak jadi. Petang semalam doktor confirm kata buat Isnin petang. Alih alih malam semalam final result kot, operate hari Sabtu plak. Family dah habis gemuruh dibuatnya. Ye la, asik tukar tukar je tarikh. Harap harapnye, yang ni yang last la kot.
Si Atin ni pula, active sangat budaknya. Sampaikan makcik cleaner yang datang dok sapu lantai kat wad pon confius sape yang sakit sebab kat katil pesakit, bapaknya yang baring tidur tapi kat situ wad kanak kanak. Si Atin pula, seronok duk main main dengan toys yang dibawanya, lari-lari keliling wad la, buat itu la ini la, tak macam orang sakit pun. Hahah..! Kakaknya pon cakap, semua doktor dah kenal ngan si Atin ni sebab lincah yang amat. Kalau orang tanya dia,
"Atin buat apa kat sini?"
"Atin nak kena operate. Operate jantung. Jantung Atin ada lubang besarrr.."
Tenang saja jawapannya. Kanak kanak yang baru sahaja berumur 3 tahun, mana la tahu itu semua kan? Yang dia tahu, dia nak kena operate je. Kesian betul, kecik kecik dah nak kena operate.. Hope everything is fine..
Lagi 15minit pukul 10... Saatnya semakin tiba.. Hanya doa yang mampu Maksu hulurkan untuk Atin ye... Selamat berjuang sayangku... Maksu sayanggggggggg Atin tau! (T_____T)
Semoga smuanya berjalan lancar..Amin..
ReplyDeleteAmin...thanks Idina!
ReplyDelete