TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Friday, October 8, 2010

Mesyuarat + makan-makan di office..


Well, jamuan raya dah habis. 
Banyak lagi makanan yang tak habis. 
Ada nasi lemak, lontong, biskut raya, kuih Sentul (pasal beli kat sentul)..
Semua orang kekenyang dan mengantuk. Syok!
Tapi, takpe, biarlah tak habis pun, petang nanti, boleh ulang lagi :P. 

 Malam tadi, kuali dah masakkan sambal tumis ikan bilis untuk nasi lemak.
Pasal ape? Untuk jamuan harini lah.
Saya kena masak sambal tumis ikan bilis.
Nasi, timun, telor dan sebagainya orang lain yang setelkan.
Yang hanya saya tahu, SAYA KENA BUAT SAMBAL.

Malam tadi balik kerja lambat, sampai rumah pun dah pukul 10.30 malam.
Aih, mana nak gosok baju untuk kerja esok lagi yakni harini lah,  nak buat kerja office lagi, nak buat sambal lagi..
 
Penat..

Tapi, kuteruskan juga walaupun Abam dah kroh kroh tidur dengan lenanya dengan konon-kononnya nak baring-baring sambil goyang-goyang kaki tengok sitcom '2 and a Half Man'. Tapi, 10 minit start, PADAM!

Mula masuk dapur pukul 11.30 malam.
Nasib baik ada pembantu kat dapur, Mak.
Mak tolong kelebek ikan bilis, belah dua, buang tahi, buang tulang.. 
Kerja double dah jadi single..
Tenkiu Mak.. ni sayang lebih kat Mak nih..

Saya memang tak biasa masak-masak makan untuk orang ramai macam ni.
Ye la, selama ni, takat nak makan 2,3 orang boleh lah..
Tapi, saya mahu belajar, supaya senang orang nak tempah ngan saya pula..
[Kau ingat kau masak sedap sampai orang nak tempah-tempah bagai?]
Lama juga nak bagi cabai yang dah diblend tu naik minyak..
[Nasib baik saya yang tak naik minyak dulu]
Dapur memang lintang pungkang, sebab bila sambal mula mendidih, sambal mula terpecik ke dinding, lantai, kaki, tangan dengan jayanya. 

Adoi!

Tiba-tiba aku menjerit kesakitan bila sambal terpecik kat kaki..
Betapa ganasnya kepercikkan sambal itu.. Syok!
Akhirnya! My sambal is done!

Bawak ke office..


Sedapnya sambal ni..sapa buat?



*blushing*

 Suka masak-masak bagi orang makan macam ni..nak nak kalau orang suka..
[eleh, suka masak kunun, tapi, open house kau tak buat-buat jugak..]

bak kata bos, masa sekarang la masing-masing nak tunjuk skill masak...

Gambar-gambar akan diupload nanti okay!
Tunggu.. :)


Bye!


1 comment:

  1. akak laparlahhhhh!!!
    kriukkriuk *bukan bunyi mee sedap okeyy -..-

    mcm best sambal smpai dpt pujipujian
    bley bukak kedai lahh
    =DD

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!