Have you ever heard masakan Kerutuk Daging? Ini adalah salah satu masakan Kelantan. Sama je macam gulai daging biasa, cuma beza kuah pekat dan hitam sedikit. Rempah pun takde kot kat sini sebab special sikit remph yang diguna. Hanya kat Kelantan boleh dicari. Ke memang ada kat sini? Saya pon tak berapa pasti. Mama selalu buat kalau nak travel jauh sebab ia tahan lama. Ish, kalau korang rasa kerutuk mama saya, pergh!! Pengsan kot. Sedap sangat. Sape-sape tak boleh lawan Kerutuk Daging mama tau. Memang favourite kami adik beradik. Kalau mama datang KL, selalu pesan kat mama, pastu makan ramai-ramai. Demn! I really miss that moment..
So, harini saya nak bagi resipi Kerutuk Daging ni. Wahh, dah lama tak buat entry masakan nih. Walaupun, mama selalu buat, tapi saya tak pernah buat sendiri. Rumit katanya nak buat. Tapi, semalam dengan berjayanya saya mencuba resipi mama bagi, ternyata sedap. Tapi, tak sesedap mama buat la. Mama lagi kick rasa dia. Ala, first time cuba, kira ok la kan. Yang penting Abam tambah 2-3 pinggan kot. Tak mau cakap apa lah kan. Lalala...Heheh.. Ok, jom masuk dapur!
Bahan-bahan:
1 kg daging (hiris nipis-nipis)
1 1/2 sb rempah kerutuk (campur dengan sedikit air)
5 ulas bawang merah (mayam)*
2 ulas bawang putih (mayam) *
1/2 inci halia (mayam)*
1/2 batang serai (mayam) *
Air asam jawa
Ubi kentang (rebus dahulu)
Gula kerek/gula pasir dan garam
RM2 santan (saya taktau banyak mana yang mama cakap, tapi saya hantam saja. Kalau nak kuah banyak, banyak la sikit santannya)
Cara-cara:
1. Tumis bahan yang bertanda * sehingga naik bau.
2. Bila dah garing, masukkan rempah, kacau sehingga naik minyak dan naik bau.
3. Masukkan daging, kecilkan api. Bila dah mendidih, campak garam, gula kerek/gula pasir dan air asam jawa. Rasa sendiri.
4. Bila daging dah empuk, masukkan santan. Biarkan mendidih dan naik minyak.
5. Bila kuah pekat, angkat. Siap untuk dihidang!
Bahan-bahan:
1 kg daging (hiris nipis-nipis)
1 1/2 sb rempah kerutuk (campur dengan sedikit air)
5 ulas bawang merah (mayam)*
2 ulas bawang putih (mayam) *
1/2 inci halia (mayam)*
1/2 batang serai (mayam) *
Air asam jawa
Ubi kentang (rebus dahulu)
Gula kerek/gula pasir dan garam
RM2 santan (saya taktau banyak mana yang mama cakap, tapi saya hantam saja. Kalau nak kuah banyak, banyak la sikit santannya)
Cara-cara:
1. Tumis bahan yang bertanda * sehingga naik bau.
2. Bila dah garing, masukkan rempah, kacau sehingga naik minyak dan naik bau.
3. Masukkan daging, kecilkan api. Bila dah mendidih, campak garam, gula kerek/gula pasir dan air asam jawa. Rasa sendiri.
4. Bila daging dah empuk, masukkan santan. Biarkan mendidih dan naik minyak.
5. Bila kuah pekat, angkat. Siap untuk dihidang!
Okay, ini adalah bahan-bahan untuk menumis..
Daging ni, saya tak buat sampai sekilo pun. Em, taktau berapa banyak, macam segenggam tangan je la..heheh
Inilah rempah yang saya cakap tadi tu. Murah je, RM2.50 je sepeket. Boleh cari kat Kelantan je kot. Satu peket ni pun dah banyak sebab nak guna sikit je. Oh ya, saya nak balik Kelantan Deepavali ni, sape nak kirim boleh la...hahhah!
Ini pula gula kerek. Kalau Kelantan panggil 'nissan'. Saya, kalau masak apa-apa pun, especially yang berkuah, suka guna pakai gula ni, bukan gula pasir tu. Heheh.. rasa lebih sedap kot. Tapi, boleh je nak guna gula pasir. Terpulang.
Taraaaa! Dah siap pun...
Selamat mencuba...
wahh..sedapnye nampk..bile laa bleh rase mskn mak ku kt kg..haiihhh..lmtnye raye haji..
ReplyDeleteAnon:
ReplyDeletehehhe...masak sekarang pon boleh.. :P
wah nampak sedap :D
ReplyDeletesedap nye!
ReplyDeletemak wanie pun selalu jugak buat.
tapi tu la..
kalau tinggal luar dari kelantan n terengganu nak jmpa rempah dia mmg susah..
mcm rempah kari,rempah nasi dagang..
kena beli byk2 time balik terengganu..hehe