TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Wednesday, October 20, 2010

Macam-macam perangai orang Malaysia nih..


"Image uploads will be disabled for two hours due to maintenance at 5:00PM PDT Wednesday, Oct. 20th."



Okay, disebabkan tak boleh nak upload gambar, harini kita bincang pasal isu semasa la ye. Pasal apa eh? Dah banyak hari tak tengok berita, tak baca paper, ada hati nak cakap pasal isu semasa. (T____________T). Kita cerita pasal lain la ye. Aduh, gagah jugak nak buat entry hari-hari ni. Takde masalah kan?


Ha, okay, baru teringat. Tiba tiba rasa nak marah bila teringat kes ni. Dah 2 kali saya terjumpa kes yang lebih kurang sama. Saya pelik betul dengan sesetengah sikap manusia yang takde daya sensitiviti langsung terhadap persekitaran dan orang sekeliling. Ceritanya begini, ada satu kali tu, saya pergi mall ...ala, lupa plak mall mana (banyak sangat berjalan sampai lupa kat mana). Okay lupakan pasal mall tu. Saya pergi surau untuk solat Asar. Dah siap-siap saya ambik wuduk, sedang saya menyarungkan kain sembahyang ke muka, tiba tiba datang seorang wanita bersama 2 orang anak kecilnya (sorang laki sorang pompuan) yang lebih kurang berumur 4-6 tahun gitu memasuki surau dengan tergesa-gesa.


"Mummy..mummy, Fatimah nak kemcim"

"Ala, nak kemcim pulak, Timah kemcim kat situ je la.."

(Fatimah = adalah rekaan semata-mata. Takde kaitan dengan korang ye ataupun dengan sape-sape lah)

Makanya, budak perempuan itu kemcim dengan jayanya tanpa pengawasan ibunya.  Ibunya pula tengah kalut-kalut nak solat. Great! Bagus betol perangai ibunya itu. Selamba gila suruh anak dia buang air kat tempat ambik wuduk? Tempat yang sepatutnya suci, bersih dah jadi kotor. Macam mana sangatlah budak kecik macam tu nak basuh kan, dah la main-main air pula kat situ dengan abang dia. Ya, Allah, meluap-luap dalam hati ni nak sound mak dia. Ibu mereka tak endah langsung dengan kelakuan anak-anak dia even dia dah nampak. Dah la tu, budak-budak tu masuk pula tempat orang solat, main kejar-kejar, bising-bising. Lagi saya nak marah bila abang budak pompuan tu, ambik spender adik dia dan main baling-baling dalam kawasan orang solat? OMG!!!!!!!! Geramnya saya! Tapi, tak boleh nak buat apa. Nak pergi sound, bukan jenis saya boleh sound-sound orang macam tu, nak nak orang yang lebih tua (nak sound budak kecik pon tak berani, inikan pula orang dewasa macam tu).

Sudahnya, saya solat dan blah dari situ secepat mungkin. Tak tahan nak tatap muka mak budak tu lama-lama. Takut saya pula yang pengsan sebab terlampau geram.

2 comments:

  1. bagi anak 'kemcim' kat tempat wuduk memang totally tak sensitif la si mak tu. membiarkan anak2 main dalam surau pun tak patut.
    tak salahkan budak2 sebab mmg tu fi'il budak2..

    tapi amat kesian kat mak tu pegi mall sorang2 takde laki/teman kot. kalau tak, sure boleh gilir2 sorang solat sorang jaga anak..

    tapi kan..budak2 mmg kalau nak kemcim ni tak tentu tempat tau. kita soh kemcim dulu sebelum kuar/jalan ke takmo, dah tengah2 jalan/kat tpt tak strategik nak kemcim pulak. tak boleh nak tahan lak tu. pernah sekali husna nak kemcim kat satu mall, tapi tandas jauh giler, carry die sambil berlari2 mencari tandas sambil soh die tahan kemcim..hehe..

    ReplyDelete
  2. issshhh tak patot betol mak budak ni!

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!