Bestnya ada kedai kat baju kat office. Kopak lah saya kalau macam ni selalu.. (T_________________T)
Hangpa nak tau, my officemate, Elly ada jual blouse jenis kain... adey, bajet macam tau jenis kain tu. Ala, macam kain tudung ariani tu la.. Jenis lembik-lembik sejuk tu. Pasal apa saya suka beli tu? Sebab design baju tu cantik dan murah. Design yang ada kebanyakkan yang jenis tutup
Tengok, design spesen je ni. Style baju pregnant gitu..Cekik kat atas pinggang, then kembang kat bawah.. Kiranya, boleh pakai dalam apa jua keadaan bentuk badan especially tummy.. Sangat flexible..Suka suka!
Corak baju yang ni saya suka. Tapi, saiznya agak besar dengan saya. Cantik kalau dipakai dengan belt yang besar dan kilat-kilat tuh. Tapi, saya segan nak pakai dengan belt, rasa macam ranggi sangat. So, pakai aje macam tu. Besar pon besar lah. Harapkan ade tali jerut kat both sides of the baju. Takdelah nampak gedabak macam tong sampah hijau yang kat tepi market tuh.
Dah lama gila tak shopping menggila! Kalau dulu, masa zaman belum kahwin, saya suka shopping sorang-sorang kat Jusco Midvalley after kerja. Kan banyak brand Scarlet kat situ (memang la brand tu je pon ade), standard harga kemeja, seluar, or blouse RM49. Kalau dah beli 2, mahu cecah RM100 dah. Agak mahal kukira. Dah dapat source lain ni, save la sikit kan? Sekarang ni dah memang kena fikir jimat je........ hoh, tetiba plak kau nak pikir jimat chepah oi! Lenses, henpon tu ape cer?
So, for now on, tak perlu saya ke mall untuk shopping baju sebab risiko untuk shopping barang barang yang tak perlu juga amat tinggi. Lepas tu, tak perlulah Abam nak tunggu saya shopping sambil berpeluk tubuh sambil usap janggut macho perang beliau dan juga sambil gedik gedik kaki nak tunjuk lama sangat saya dok belek baju yang nak dibeli dan alih alih beli satu je sebab cuak Abam dok perhati dengan mata yang tajam sampai saya berpeluh. heh..
I'm now kinda craving of Baju Punjabi after I saw Kaksu, my officemate wore it last....em bila entah, totally forgot! Mesti nampak saya lebih matured dengan memakai baju baju yang sebegini. Great! Ada sesiapa tau tak kat mana saya nak cuci mata baju jenis ni? Online ker, would be better, lagi senang nak tengok...Pls..
sy pulak craving for kaftan dengan jubah :)
ReplyDeleteche pah, asek sebut preggy je :D
Elyse:
ReplyDeleteJubah pon cantik kan? Aduhh...
A'a la..lately asik sebut pasal ni je..kan? Mesti ade gak terselit.. kenapa ek? (-_-")
teringin nk pakai jubah lahh kak
ReplyDeletesaya pendek
kalau pakai.. x nmpak mcm terbang
x cecah bumi k???
o___O
Nor:
ReplyDeleteJubah is awesom! cantik! pakai je...takyah pk apepon, pakai dengan yakin! yeah! :P