TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Wednesday, December 22, 2010

Apii!!!!! Apii!!!!! ApiiI!!!

Hoh!
Selesai sudah latihan kebakaran di office.
Macam sudah tau, semua berjalan macam berlenggang kangkung mak limah nak balik rumah je tadi.
Sempat pula nak ambik hp, tutup TV, pakai high heels bila siren berbunyi tadi,
Ambik gambar bersama kawan-kawan,
Ada juga yang sempat bawak makanan takut lapar masa berkumpul,
Ada juga yang malas nak layan, duduk je dalam bilik tak turun sampai ke sudah.
Kalau tak memang dah terbakar lama dah.
Asalnya, bomba nak bagi surprise kat semua staff.
Siap ada api, ambulans, mangsa kebakaran..semua tu berlakon saja.
Tapi, ada pula yang telah membocor rahsia kerajaan.hehhe



Dah pandai dah nak guna benda alah ni.:)
Depa buat demo tadi.
Namanya ABC Dry Powder Fire Estinguisher
Berat jugak benda nih.. 9kg.
Depa cakap, kalau tak larat nak angkat. seret pon boleh, gelek pon boleh. :)
Pasni, takmo panic-panic la kalo ade kebakaran...kan?


Oh ya, saya dah sihat dah.Alhamdulillah.. :)
Cuma batuk tak hilang lagi.
Dah cekang perut nih, sebab dok asyik batuk je.
Sakit la. Sampai nak gelak pon terasa sakit kat perut ni.
Huhu...
Okay la..mahu sambung buat kerja.
Bye!

5 comments:

  1. dah tau awal2??
    ceh, mesti dah ada org pecah rahsia ni.. sekurang-kurangnya buat la muka cemas sikit..

    ReplyDelete
  2. memang tak best kan? HAHA

    ReplyDelete
  3. rinduu plak time latihan kebakaran kat hostel dulu-dulu
    pukul 3-4 pagi bgn bawak selimut pakai kain batik segala bagai kumpul
    muahaha~

    ReplyDelete
  4. naim:
    tu la..ntah2 naim yg bocorkan..hehe

    fara:
    Memang tak best.. PANAS!

    Nor:
    Aih? latihan kol 3-4 pagi? cbaran betol! Hahhahah! siap bwk kain batik segala? berus gigi bawak turun skali tak?ngeh ngeh..

    ReplyDelete
  5. Chepah, GOLEK la bukan GELEK! Hehe, kang ade yg salah guna pulak benda alah tu bwk gi dangdut! hoho...

    Ape pun, cool!

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!