TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Friday, December 17, 2010

Kisah semalam..

Semalam saya puasa.
Memang dah berpakat satu office nak puasa semalam.
So, semangat lah bangun pukul 5.00 pagi,
Masak megi, buat telur masak separuh 2 biji.
Last-last, megi makan dua mulut, telur satu biji je.
Digagahi dengan segelas milo.
Hooyeahh!


Di tempat kerja, pukul 9-10 pagi perut dah start bergendang dah.
Tak sabor-sabor.
Mungkin biasanya saya MAKAN BESAR waktu pagi, so, saya rasa sangat teruk semalam.
Tiba-tiba sakit kepala mungkin sebab dah masuk angin.
Sakit sampai nak muntah.
Ya, Allah, memang tak tahan...
Pernah tak rasa macam tu?
Lemah gila seluruh badan.
Petang tu memang dah tak larat nak berjalan, even nak bercakap pun tak larat.
Kat office pon dok baring je.
Kerja apa pun tak boleh nak buat dah.
Saya tidur je sepanjang perjalanan balik rumah semalam.
Sunyi je..kesian Abam..


Abam belikan nasi ayam kukus buat berbuka.
Tapi, saya tak boleh nak makan.
Angin dah tolak naik sampai rasa nak muntah.
Abam suruh makan jugak sikit untuk bekal nak makan ubat.
Terpaksa juga makan semulut dua, minum dua teguk air, telan ubat then tidur.
Kesian Abam, makan nasi sorang-sorang..tiada peneman.


Tiba-tiba rasa kepala diusap lembut, rupanya Abam.
Katanya, mahu keluar, nak jumpa client.
Abam suruh bangun sambung makan nasi.
Tengok jam, kol 9.00 malam.
Tapi, kepala still sakit, saya sambung balik tidur.


Pukul 11.30 malam saya tersedar balik.
Alhamdulillah kepala dah okey.
Rasa mual tu dah hilang.
Terus turun bawah masuk dapur.
Saya tersenyum sendirian tatkala melihat meja makan kelihatan tersusun rapi dan kemas.
Saya sambung makan nasi ayam dara yang ditinggalkan maghrib tadi.
Kebetulan Abam baru sampai rumah, so, ada teman nak makan nasi.
Tapi, tak boleh nak habis pun, sebab dah sejuk siap semut singgah lagi..huhu



Hajat untuk puasa harini terbatal disebabkan keadaan semalam.
Terpaksa di tunda ke hari lain..


p/s: Pandai juga Abam mengemas nih. Rasa macam nak sakit hari-hari..hahah!

3 comments:

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!