Setelah habis waktu kelas, budak itu terus bergegas ke kedai untuk membeli sesuatu untuk ibunya. Selepas mendapat apa yang dihajatinya, dia terus pulang ke rumah untuk menemui ibunya. Sambil mengeluarkan sesuatu dari beg sekolahnya, dia mengucapkan, "Selamat Hari Jadi Mak!" kepada ibunya dan waktu itulah, pertama kali dia membeli hadiah sempena hari jadi ibunya. Hadiah yang yang diberi adalah sebotol 'Ho..Ho...Horlicks ekk' yang tidak berbalut. Sebelum ini, ibunya belum pernah membeli Horlicks dan tidak pernah menjadi minuman keluarga sekalipun. Kemudian, ibunya menyambut hadiah tersebut dengan senyuman daripada tangan anaknya itu sambil berkata, "Ohhh..terima kasih sayang". Sejurus ibunya mengambil botol tersebut, kedengaran, "Mak, tolong bancuh air Horlicks untuk Nazet. Nazet nak minum Horlicks la..".
Hahah! Comel gila budak nih kan?
oit oit...cerita diolah semula...cumel2...hehehe
ReplyDeletecomel jer..bagus..!!
ReplyDelete