TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Monday, November 29, 2010

Selamat sembuh Sayangs..

Got a call from my sis this morning.
She said, Meera dah kena tahan wad di KPJ Damansara.
Aduhai, kesian..haritu adiknya, sekarang dia sendiri pula.
Kesnya?
Meera ni dah lama demam.
Tapi,tak surut-surut juga.
Semalam, berak-berak dan muntah-muntah tak henti-henti.
Pastu, malam semalam Meera bagitau mummy dia, dia sakit dada.
Kak Jed nampak dia macam sesak nafas, sukar untuk bernafas.
So, Kak Jed bersama anak-anaknya pergi hangkut ke hospital.
Doktor cakap, infection kat usus.
[tak tau la infections yang macam mana]
Sudahnya, kena tahan wad la budak tu.
Dengan Kak Jed demam dan batuk-batuk dan si adik pula tak berapa sihat.
Kesian betul.
Kak Jed takut Meera kena H1N1 sebab simptomnya lebih kurang sama.
Tapi, dia tak bagitau pula pada doktor.
Takut katanya.
Mintak jauhlah dari semua tu.


Lepas kerja mahu pergi tengok Ameera.
Kena pergi sorang-sorang la jawabnya pasal harini Abam MC.
Demam dan sakit kepala katanya.
Kesnya?
Sebab dalam proses nak stop minum nescafe.
Hah, korang ada terbaca article pasal kesan nescafe 3in1 tu tak?
Abam memang peminat tegar terhadap nescafe.
3in1 tu every morning la.
Saya nak buat air lain, takut beliau taknak minum.
So, terpaksa lah juga bancuh nescafe juga.



Last week, Abam ada mengadu kata sakit dada.
Rasa selalu berdebar-debar tak kira masa.
Memang nampak dia risau.
Hari bila entah, saya baca satu article kesan nescafe 3in1
Rupa-rupanya, memang kesan-kesannya macam tu.
Alhamdulillah, Abam dah start kurangkan minum nescafe.
Kesian tengok Abam, sampai demam-demam dan sakit kepala.


Takpe bang, lama-lama nanti biasa la tu...
Selamat sembuh Yang! =)


Mungkin dah ramai yang dah baca pasal ni, tapi, saya baru terjumpa. So, bagi sesiapa yang belum baca article nescafe 3in1 tu, sila klik sini.


p/s: Segala jenis 3in1 ni cuba elakkan okay! semuanya tak elok. Jarang-jarang tu takpelah. Ini sampai 2,3 paket setiap hari, macam-macam la jadinya nanti. Sharing is caring rite..? =)

1 comment:

  1. ermmm...siannye meera...get well soon yeee..nescafe 3in1..hehe..

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!