TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Thursday, December 16, 2010

AMARAN: Kalau ada lemah jantung ke, pening-pening ke, baik jangan tengok! Kang muntah hijau nanti.


Oh. wah..sangat panjang ini tajuk entry. Saya nak cerita pasal Detox Patch nih. Seperti yang diketahui, lebih kurang sebulan yang lalu, banyak kot iklan dalam Facebook pasal Detox Patch ni kan. Even one of my friend pon dah ada yang try pakai. Katanya, hasil mengagumkan. So, kami laki bini pon mahu juga lah try. Nak tengok toksin banyak mana dalam badan nih. Abam ada order kat FB. Cuma tak pasti lah dengan siapa or brand apa sebab Detox Patch (DP) ni pun ada banyak brand kot kan?


So, beberapa hari berikutnya, sampai lah barang tu ke rumah. Kami pun pakai lah. Bau dia..fuhhh! Kurang enak la jugak. Macam bau barang terbakor. Kuat sangat baunya. Takpelah, pakai la jugek. Hari pertama tu, saya punya sikit saje. Setakat hitam kat tepi-tepi tu. Yang Abam punya, masyaAllah, penuh gak lah hitam. Banyak kot toksin dalam badan dia. So, tibalah hari kedua pula, kami pakai lagi. Bangun pagi-pagi, saya punya banyak sikit dari sebelumnya. Toksin saya bertambah? Haihh.. Abam pula tetap sama. Heheh. Tak berkurang. Kami tak pasti macam mana benda tu boleh jadi hitam. hehe...Sedikit kagum jugalah..


Makanya, gigih la kami pakai hari-hari sampai seminggu kot. Sama lah jugak hasilnya. Ada hari yang ke berapa entah, saya dah siap-siap pakai DP tu, pastu nak tidur. Terasa mahu ke toilet la pulak. Alahai, nak buang sayang, so, terpaksa lah menjijitkan kaki supaya tidak terkena lantai toilet yang basah itu. Tapi, setakat mana sangatlah saya boleh menjinjit. Saya bukanlah penari balet pun. Makanya, basah jugak lah DP yang saya pakai tu. Bila dah basah tu, dah hitam pekat likat dah DP saya. Emm..air  biasa pun dah boleh jadi hitam? Apa relevannya pakai DP nih? Tak paham lah! Di situ, baru saya tau, patutlah saya punya tak hitam sangat sebab saya memang kurang berpeluh. Taktau la kenapa, rasa macam buang duit aje pakai benda nih. Takde kesan. RM2.00 semalam/sorang. So, sejak dari itu, kami tak pakai langsung dah. Lagipun, susah la. Gam yang terlekat di tapak kaki tu, susah nak tanggal. Tak larat kot nak tenyeh kaki pagi-pagi nak kasi tanggal untuk solat Subuh pula. Baik tak yah pakai terus. Haha!


Sebelum..
 

 ..dan selepas
Emmm, kalau tengok gambar ni, memang la geli kan. Tapi, ia hanyalah disebabkan air peluh saja. Kalau kena air biasa pun, hitam macam ni jugek...




p/s: Taktau la korang macam mana. Kot-kot korang ade kesan lepas pakai DP ni kan. Boleh share dengan saya. :)

4 comments:

  1. yuck!!!
    adeh3..kene masuk spital..jantung dah lemah...
    rasa ape lps pkai tu?

    ReplyDelete
  2. hahah! tak rasa ape pon kak af. mcm kena tipu je. Dalam tu memang la ade serbuk. disebabkan kena air, tu yg serap jadi hitam. so, takde ape yg nak digelikan pon sebenarnya. mcm brg tiruan..huhu

    ReplyDelete
  3. hahaha, tu ah cheq pah, mmg menipu je pakai DP nih, toksah pakai dah, buang duit je

    ReplyDelete
  4. pakai kinohimitsu
    nor and family ada try

    mama try warna lain keluar
    nor pakai warna lain keluar
    abang pakai warna lain keluar

    so kira boleh pecaya x??

    p/s kat guardian ada promotion murah

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!