TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Sunday, December 12, 2010

Bersiaran dari Corus Paradise


Hai kawam kawam..hehe.. Burim tahap gaban sekarang nih. Tak burim jugak, lebih kepada lonely kot. Oh ya. Lupa nak bagitau. Saya di Port Dickson sekarang nih dan menginap di Corus Paradise. Abam ada bengkel di sini. So, sebagai isteri yang mithali, saya juga ikut sama. Heheh...Dah 2 hari Abam berbengkel di sini, tapi, saya dok melangut sorang-sorang dalam bilik hotel nih.  Wifi kat hotel ni mahal gila. RM9.00/hour. Melampau kot? Hotel lain takde kenakan bayaran pun. Nasib baik bawak broadband, kalau tak, tak tahu lah nak cakap. Boleh pikir kot saya jadi apa kat bilik nih. Heheh.. Tengahari ni nak kena checkout dah dan pagi ni Abam still ada  bengkel di dewan.

Korang suka tengok gambar kan? Nikmati lah gambar-gambar kami di bawah. Hahah!


Oppss!

Booolat!

Isteri VS Suami

Cak!
Kepala katil

Terpaksa jalan sorang-sorang, menghadap laut ..pastu, amk gambar sendiri..hukhuk :P

Dah takde kerja

view from our room..cantik
Sunset.. no editing pls.. SOOC from my camera.. :P

Semalam ada barbeque. So, mana yang bawak family terlibat sama. Makanya, saya pon turut sama la makan barbeque.  Em, rasanya kurang best sebab makanan yang dibakar semuanya dah sejuk. Tak boleh nak feel sangat. Selepas sesi makan, ada pula sesi karaoke. Disebabkan semua malu-malu nak karok, diorang tetapkan, sesiapa yang volunteer yang nak karok dulu, akan dapat hamper. Besarrrr punya!


 Yang buat announcement tu adalah Abam, dan Abam juga lah yang volunteer nak nyanyi..Hahha! Entah apa-apa Abam nih.


Makanya, dapat lah hamper yang besar punya!!!


=)


Haruslah dibuka sebab banyak sangat coklat Vochelle dalam tuh. *eyes rolling*


Okaylah, mahu kemas-kemas untuk pulang... Babai PD..!! Nanti kami datang lagi..




2 comments:

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!