TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Saturday, December 18, 2010

Cuba try test tengok


Hari ini hari minggu. Em, macam la korang taktau kan? Hehhe..Terasa ingin mencuba memasak resipi yang diambil dari buku resipi yang dibeli oleh Abam semasa pameran buku tempoh hari. 




Disebabkan resipi ini sahaja yang memenuhi kriteria bahan bahan yang diperlukan, so, harini kita masak Ikan Mambong Goreng Asam. Heheh.. Dalam resipi pakai ikan tenggiri. Tapi, disebabkan banyak ikan mambong dalam peti, kita guna ikan yang sedia ada je lah. Boleh kan? Saya tak pernah masak masakan ini. So, memang taktau apa rasa originalnya. Caranya, simple saja! 


Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung ke, ikan selayang ke ape-ape saja/ 4 keping ikan tenggiri
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inchi halia (dihiris)
10 biji cili padi (dihiris) - kalau mahu pedas lagi, tambah la lagi!
1 labu bawang besar (dihiris)
1 cawan air asam jawa
1/2 sudu makan serbuk kunyit
garam secukup rasa (saya tambah gula sedikit, ternyata lebih sedappppp!)

Cara-cara:
Perap ikan dengan garam dan kunyit. Goreng ikan tersebut dan angkat. 
Tumis bahan-bahan yang dihiris hingga layu. Masukkan air asam jawa, serbuk kunyit dan garam gula secukup rasa. Siappp! Mudah bukan?


Em, malas pula nak ambik gambar masa masak tadi. Kalau tak, hangitlah la ikan sebab dok asyik snap je. So snap yang dah siap je la. Boleh terima?


Taraa!!

Rasa masam-masam manis gitew! Saya suka, Abam pon mestilah suka..hehe

Okeh, ini hidangan lain. Ayam goreng kicap. Resipi campak sendiri. Hehhe.. Eh, takkan nak bagitau gak bahan-bahan, cara-cara segala. Korang dah tau kot? :)


Saya ambik gambar ni bukan apa. Nak masuk contest Foto JB Club Tema 'Makanan'.   So, maybe saya bagi gambar di atas sebagai pertaruhan kot. Hehe.. Sape yang nak join, jom lah! Syarat: kena ambik gambar makanan yang mengiurkan. Mengiurkan tak???


***selingan***


Oh ya, petang tadi saya berjaya buat record baru bersama treadmill! Ha, tak habis kat status fb, kat blog pon nak tulis jugak. hehe

Time: 15 minutes (before this, only 10 minutes. Tu pon dah semput)
Distance: 1.1 km
Calories burned: 32
Total weight loss: 500g. (kira okay la tu Hhaha!)

2 comments:

  1. great. ada pun idea nak masak apa malam ni :D
    bahan-bahan dia pun senang je kan!

    ReplyDelete
  2. Una:
    Heheh..try la..buat sedap2 okay! :)

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!