TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Monday, November 15, 2010

Gelagat menantu yang bodoh sombong..


''Mak dah beli tulang daging tu, nanti Pah buat sup noh.. Paru pon mak beli, nanti buat ayaq asam..''


OMG! Alamak..alamak..Macam mana ni? Seumur hidup saya tak pernah buat sup tulang nih. Bukan kata sup tulang, sup ayam pun tak pernah. Amboi...gelak sakan nampak? Mesti korang gelak sakan baca entry ni, ye la, sup pon tak reti nak buat. Saya bukan tak reti, tapi sebab jarang makan sup. Itupun kat kedai. Okay, alasan lagi. Tak reti, cakap la je la tak reti. Nak berdalih-dalih pula.


"Bang...tolong sayang.." jerit hatiku sambil menjeling kepada Abam yang sedang bergelak sakan dok menonton movie ape ntah.


Nak tanya balik mak mertua nak buat macam mana, kang nampak sangat kebodohan saya di situ. Nanti dia kata, takkan sup pon tak reti nak buat? Hahah! Ini lah yang dikatakan menantu yang bodoh sombong itu. Tak tahu, tapi tak mau tanya. Konon nak control depan mak mertua. Tapi, dalam fikiran dok ligat mana nak cari resipi sup tulang nih. Mak  mertua nak keluar bersama Abam ke mana entah. Hal keluarga. So, lunch saya akan masak. Dah pukul 11.00 pagi. Mana nak beli barang dapur lagi, nak masak lagi..


Saya bergegas ke kedai, beli apa yang patut. Dalam hati nak kol Mama, nak tanya resipi. Tapi, Mama sekolah harini (cikgu). Tak nak lah kacau Mama kat sekolah, nanti dia blank kalau tiba-tiba saya kol tanya resipi. Macam saya. Kah kah!


Nasib baik lah sekarang ni zaman teknologi makin maju. Semua maklumat di hujung jari sahaja. Apa yang saya buat, sebelum masuk kedai, saya bertapak sekejap dalam kereta, cari resipi kat My Resipi menerusi hp. Ye la, mana nak tau apa barang nak dibeli untuk bahan-bahan sup tu. Arghhh! Tensionnya. Banyak pula jenis-jenis resipi sup nih. Rasa kelam. Cari pun dengan keadaan tergopoh gapah, lagi la susah nak jumpa. Dah agak dapat resipi yang agak berkenan, terus masuk kedai cari barang.


Setelah selesai membeli barang, balik rumah, pungpangpungpang...dah siap masak. Nasib baik mak mertua takde kat rumah masa tu, boleh la masak dengan suka hati. Rupanya takde la susah sangat nak buatnya. Cuma nak kena rebus lama daging tu. Biar empuk. Tak lama lepas tu, diorang sampai. Kami pon makan bersama dengan bahagia. Ok, bye!


Ouhh, lupa. Mak mertua saya cakap kan, sup yang saya buat sedappppppp! Ehem.. (o.0) tu je nak bagitau. Oh ye, Abam pun sukaaaaa bangat! XD. Kah kah kah!


4 comments:

  1. hahaha....tu mmg sedap la tu kalo smpai tok tua puji :)

    ReplyDelete
  2. kalau buduh sombong tp menjadi takpe. kahkahkah. habis tu ni dh kira kantoi la skrg. hahahaha.

    ReplyDelete
  3. wah. tere lah 1st time masak dh jadik!
    mesti cedap betol ni! :)

    ReplyDelete
  4. Syu:
    tok tua? tok ketua ke apa? hehehhe...

    Faradila:
    a'a, kantoi la skrg... =P

    fara:
    kahkah! main campak2 ikut resipi ja..tak sangka jadik. =P

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!