TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Tuesday, November 16, 2010

Sunyi sepi

Office semakin lengang..
Perjalanan pagi ni pun lengang..
Sudah banyak kereta menghilang...

Aku...
Masih di sini..
Menghabiskan sisa-sisa biskut yang telah lama di pergi..

Okay, dah start mengarut..
Tiba-tiba nak bermadah bagai..hehe..
Dah lama fikir, taktau nak tulis ape.
Tapi mahu menulis juga.
Itu yang terkeluar segala biskut nih. keh keh!

Parking kat office dah lengang harini..
Sebab biasanya, parking kereta berebut dengan parking motor je..
Maknanya, memang dah ramai yang dah start bercuti.
Bestnya semua balik kampung.

Saya?
Saya masih di sini..
Tak balik kampung pun.
Beraya kat sini jer.
Sebab cuti dah habis. Langsung okay!
Kalau emergency ke ape ke, memang kena datang office jugak.
Cuti dah habis punya pasal..heh..
Lagipun, my parents datang beraya kat KL.
Sebab semua hanak-hanak dia tak balik.
Kak Jed beraya di London dengan family tercinta dan saya sendiri pon tak balik.
Itu pasal la Papa ngan Mama datang sini.

Dah 2 tahun berturut-turut tak balik kampung untuk raya korban..
Last year tak balik sebab majlis bertunang diadakan seminggu awal sebelum raya korban.
So, next week tu, takkan nak balik Kota Bharu lagi kan.
Lagipun, mas tu banjir.
Makanya, raya sorang-sorang la kat KL masa tu..

Tapi this year tidak lagi..
Syukur alhamdulillah, saya ada Abam, ada family Abam, family saya untuk sama-sama menyambut raya korban di sini..

Best-best! =)



Bestnya Meeya boleh pi London.. 
Meeya, jangan lupa bawak balik souvenir untuk Apah and Anken Jen ye.. :)
(just want to remind you, Jed..ngeh3..)


Tiada apa pun nak cerita.
Akhir kata,
Selamat Hari Raya Aidiladha untuk seluruh umat Islam di muka bumi ni.

Takbirrr! (tiba-tiba)


(^^,)

3 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidiladha...
    ktmemana pon leh raya kan..hehe

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya AidilAdha Kak Arifah :)

    Hehehe , bertabahlah kak pah. heheh

    ReplyDelete
  3. eT & Faihash:

    Selamat Hari Raya jugak..a'a..raya mana2 pon sama je.. Hihi..

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!