TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Thursday, November 18, 2010

Takut


Saya tak tahu kenapa. Sejak dua menjak kebelakangan ni, saya jadi penakut. Penakut tahap gila babeng. Bukan penakut macam mana.Saya jadi macam fobia. Fobia dengan excident. Nak kata saya baru lepas excident, tidak pula. I am not sure.


Bila Abam drive, saya jadi rasa takut, rasa tidak selamat (sorry dear Abam).. Kalau beliau bawak laju sikit, rasa macam nak terlanggar dengan kereta depan je. Pastu, kaki ni mulalah menekan 'brek' sendiri, tangan pula menggapai-gapai kat pemegang yang atas cermin. 


Sometimes, ada juga saya terjerit sedikit kalau beliau terfollow kereta depan dekat sangat. Sedikit ya, bukan terpekik-pekik melolong ya adik-adik. Bukan apa, ada ketika beliau mengantuk, saya cuma nak sedarkan dia, kot-kot lah beliau tetidur ke, tak perasan kereta depan brek ke. Kesian Abam, selalu dia terkejut. Padahal, lagi bahaya kalau saya terjerit macam tu, sebab boleh buat beliau hilang fokus.  Kadang-kadang nampak diraut wajahnya tidak senang dengan kelakuan saya itu, tapi, nak buat macam mana, saya bukan sengaja, tindakan refleks, spontan yang tak dapat dielakkan. Oleh itu, lebih baik saya tutup mata dan tidur sahaja. So, takdelah mengganggu beliau memandu.


Saya ingat sebab pemanduan Abam yang buatkan saya macam tu. Rupa-rupanya, dengan sesiapa pun, saya rasa begitu. Rasa tidak selamat dan takut je. Nape entah rasa macam ni. Saya rasa kesan dari kes kemalangan ngeri kat Simpang Ampat haritu kot. Terbawak-bawak sampai sekarang. Kadang-kadang, kalau kat highway, bila Abam di lane kanan sekali, nak je cakap, "Abam, masuk lane paling kirilah, takut kereta dari arah depan masuk ke lane lane kita, tak sempat nak mengelak". Adoyy..

Hmmm.... 

(-_-")




Sorry dear..

7 comments:

  1. Kita dlm situasi yg sama...sejak dengar banyak kes kemalangan ngeri memang fobia atas jalan raya...

    ReplyDelete
  2. kak eynda:
    Hiiii kak! =) selamat hari raya.. em, betol tu.. tskk.

    Dilema Si Tgn Basah:
    Hai!! =)

    ReplyDelete
  3. mcm mana leh jadi g2 akak..
    ni mesti kes selalu berfikir pasal excident..jgn pikir2 sgt ye akak..relax2....hihi
    btw, salam aidiladha...

    ReplyDelete
  4. Aku lain pulak..aku takut nak gi kedai..nanti duit habiss

    ReplyDelete
  5. Aku lain pulak..aku takut nak gi kedai..nanti duit habiss

    ReplyDelete
  6. Wanie:
    tu la..selalu dok teringat kot..bermain-main je dalam pikiran ni..

    salam aidiladha juga untuk kamu.. :)

    fndrocka:
    ahhaha..itu lain.. :)

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!