TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Monday, December 26, 2011

Thanks semua!



Assalamualaikum...



Ho Ho Ho! Merry Christmas to everyone! Best cuti? Mesti lah best kan? Ehhh, my followers dah achieved 100 orang la. Baru 100 pun nak kecoh ek. Haha! Saya tahu, berapa sangatlah kalau nak dibandingkan dengan korang kan. Korang punya followers lagi mencanak kot. Tapi, ahh! tak kisah la. Ni kira banyak la bagi saya. I know, my blog ni bukannya berilmiah mana pun, update pun benda-benda bodoh je selalu. Benda yang dekat dengan saya je, pasal family dan aktiviti harian je. Nak update sampai satu entry setiap haritu, memang tak larat la. Ini kan pula 2,3 entry. Lagipun, takde idea lah nak update banyak-banyak. Kalau ade pun, simpan dulu. Taknak update sekaligus. Kahkah! Entah apa-apa kan?

Buat blog ni best jugak lah bagi saya. Sebab saya ni suka juga nak bercerita, nak berkongsi, nak luahkan pendapat lebih kurang. Well, dalam hidup ni, kita tak boleh nak puaskan hati semua pihak. Mana yang suka, okay la, kalau ada yang tak suka, nak buat macam mana kan. By the way, terima kasih sangat pada sesiapa yang sudi membaca blog Chepah yang tak semenggah mana pun ni. Sebab saya tahu, blog ni biasa je pun. Banyak yang merapu meraban ade lah. Tapi kan, bila tahu ada yang setia dok baca blog ni, tiba tiba rasa terharu pun ade jugak. Heheh..Akhir sekali, terima kasih pada makcik leez kerana sudi menjadi orang ke-100. Yeay! Tapi, takde hadiah la nak bagi. Hekhek..!



Sementara ada masa boleh update blog ni, saya update dulu ok. Hopefully, lepas bersalin ni pun, ada masa lagi nak update. :) Thanks semua sebab sudi menyinggah di ruangan ini. Sayang korang! Korang memang best! :p

Bye! nak sambung melayan sakit perut ni. Urghhh! Adakah ia tanda-tanda...? Hopefully.... :)



Thursday, December 22, 2011

40 minggu sudah!



Woahhhh! Today dah genap 40 weeks usia kandunganku (kalau ikut pregnancy tracker la). Kalau ikut tarikh doktor, this Saturday (24/12/2011) is the due date. Doktor cakap, if in case baby masih belum ada tanda nak keluar, hadir checkup macam biasa 25hb tu. Pastu, tengok keadaan la macam mana. Kena induce ke apa. Boleh nak tunggu, tapi, doktor risau takut baby makin besar je. Doktor risau, saya laaaaaagi risau. :'(






Ini gambar semalam. MasyaAllah, bulat gila kan? Cuba korang bagitau, macam mana doktor tak risau.hehe..Masa ni, saya dan Suami baru balik dari hadir taklimat tender dan sitevisit bina sekolah di Pasir Putih. Tolong wakilkan sebuah company kawan Abang. Saja nak teman beliau. Beliau takde kawan kat Kota Bharu ni. So, mak buyung ni la yang jadi rakan sekerja beliau. Boleh jalan banyak sikit kan. Bagi baby keluar cepat sikit. :))

By the way, sehingga sekarang, saya masih belum rasa ada apa-apa or tanda-tanda nak bersalin. Semalam, dapat tahu 2 of my friends yang pregnant juga dah selamat bersalin..alhamdulillah.. Semua dah potong saya. hikhik. Baby dalam perut ni makin rileks nampaknya. Dannn harini juga baru nak sibuk mengemas bilik untuk masa berpantang nanti. Bagi ruang untuk me and my baby selesa sikit. Ubah katil la, meja solek la, kemas almari la, buang mana mana baju yang tak boleh dipakai. Bukan buang, kumpul je. At least, boleh bagi kepada orang yang memerlukan kan? Haihh, penat juga ya mengemas itu ini walaupun part yang ubah katil dan meja solek tu Suami yang alihkan. HAHAH! Baik mengaku awal-awal, kang ada yang menjeling nanti. Mama cakap, saya ni macam ayam. Terboyot-boyot mengemas sarang untuk bertelur. hehe..

"Lambat betul ambik order. Dah la kebulur ni kena ubah katil, meja tadi!"

Saya dengan muka-sembap-pipi-labuh-hidung-kembang sambil tersenyum puas sebab dapat makan carbonara yang dah lama tak makan pun membalas, "Rileks la bang..Sayang pon penat jugak, tapi, Sayang ceria je. tengok ni..." 


Saya ni, kalau boleh nak sangat baby keluar awal or on time. Sebab cuti sekolah pun dah nak habis. Mama  masih mengajar di sekolah. Suami pula kerja. So, siapa nak jaga saya time pantang nanti. Saya taknak la susahkan Mama. Pagi pergi sekolah, petang nak jaga saya and baby pula. Hmm, nampaknya kena berpantang sendiri la ni.



"Baby good girl, keluar la cepat sikit ye?Mama ngan Abah dah tak sabar nak tengok baby..bantal baby pun dah takde bau baru dah sebab Mama asyik guna buat lapik perut la, lapik dagu la masa tidur. Entah-ntah, air liur basi Abah pun ade skali..hehhe..(tiba2 part air liur basi bagi nama Abah), tilam baby pun dah berhabuk ni. Baik baby keluar cepat tau..baby kan good girl.."



Tuesday, December 20, 2011

Photo of today


Semalam, jalan jalan lagi..
(keliling rumah je pun)
kehkeh!
Dengan berpegangkan kamera,
perut terboyot-boyot,
berbaju t-shirt dan berkain batik yang diikat sedikit longgar di atas perut..gila selekehnya aku kat rumah.
Ingin mencari objek yang hendak disnapkan.


Actually, semalam terbaca pasal teknik mengambil gambar menggunakan background hitam. Kaler bunga ni nampak naik kan? Okay, I'm done.. Nanti nak try snap gambar lain pula. :) Begini la kehidupan seharianku. HAHA! Memang cheq takde koje sekarang...

Monday, December 19, 2011

My favourite watch



Dah lama sangat jam tangan saya ni menghilang. My favourite watch ni tau. Almost 2 tahun lebih kot hilangnya. Ye la, sepanjang kerja kat KL la kiranya. Alih alih, Suami yang jumpa di rumah saya sendiri tapi, nombornya sudah tidak kelihatan kerana kehabisan bateri. Ingatkan saya dah tertinggal kat mana mana. Jam ni Suami yang bagi masa birthday saya yang ke berapa entah. Yang penting, masa tu, zaman muda mudi belajar kat UiTM. Lama juga tu kan? Even kelihatan calar balar, tapi, comel kan jam ni? APA? TAK COMEL? Comel la ni, ada kerawang-kerawang gitew. Tambah pula dengan nombor digital kaler pink. Kau hado? Suka pakai jam macam ni sebab nampak macam muda sikit. Ehem. :">. 


After 2,3 days bersama dengan jam ni, getah-boleh-laras yang sangkut lebihan kat tali tu PUTUS sebab reput kot. Adoiiiii.. Kecewa gila kot. Pergi bawak kedai jam, takde pula size untuk jam tersebut. Hampa dan kecewa. Terpaksalah kusimpan kembali jam ni. Jam yang satu lagi pun dah ketat dan tak muat untuk tangan yang tembam ni. Tak boleh pakai lagi buat masa ni. Tak best lah tengok tangan ni kosong je. 



p/s: Abang, boleh baca tak hint Sayang ni? kahkah!


Sunday, December 18, 2011

Sanggul Fatimah


Pernah tengok Sanggul Fatimah (SF) tak? or kadang-kadang orang panggil Genggam Fatimah. Ada juga yang panggil bunga kembang semangkuk. Tak pasti la bunga kembang semangkuk tu adalah benda yang sama atau tidak. Fungsinya macam air selusuh jugalah. SF ni Mama yang belikan kat Mekah masa dia pergi umrah bila dapat tahu saya pregnant dulu.              

Mama baru teringat pasal benda ni petang semalam. Saya pun terlupa betul ada benda ni. Petang semalam jugalah baru nak tanya orang tu orang ni macam mana nak guna benda ni. Rupanya orang start minum dari usia kandungan 7 bulan ke atas lagi. Saya ni, 4,5 hari nak sampai due baru nak minum. Hehe..

Cara nak guna ialah dengan rendamkan SF ni dalam air sampai 4 jam atau sampai kembang macam dalam jug seperti gambar di bawah ni. Pastu minum. Lepas guna, jangan dibuang pula tapi, keringkan SF tu. Bila kering, SF ni akan kuncup balik macam bentuk asal tau. Lepas guna, sape sape pun boleh pinjam sebab SF ni boleh guna lama dan tahan lama.


Macam ni la bentuk asal SF ni. Pastu akan mengembang macam dalam jug tu. Air rendaman tu akan berwarna kekuningan. 


Saya dah minum airnya. Tak rasa apa pun. Cuma ada rasa macam minum air daun inai skittt je. Mama beli banyak kuntum juga SF ni. Ingatkan jenis pakai buang. Takpelah, boleh bagi Kak Jed and kakak ipar yang sedang pregnant juga tu. 

Kita hanya mencuba dan merancang. Senang bersalin atau tidak, semuanya Allah SWT yang tentukan kan.. Okay lah, due saya 24/12 ini. Lagi 6 hari kot. Baby ni asyik dok acah-acah nak keluar je sekarang ni. Kejap rasa sakit, kejap hilang. Perut pun dah semakin turun (makcik-makcik la yang cakap). Sembap di kaki pun dah berkurangan. Harap-harap semuanya selamat lah. Mohon doa dari kawan kawan sekalian ye! :). 


p/s: Pagi ni ada checkup lagi. Nervous nak tahu apa kata doktor pasal keadaan kandungan saya sekarang ni. (-_-")




Thursday, December 15, 2011

Ice Cream


Memang dah lama cari aiskrim perisa durian ni.
Jalan jalan kat Mydin terjumpa pula.
Brand 1 Malaysia je ada perisa durian ni.
Tak kisah la pasal dah lama cari. Hehe..



Terliur tak?
Sedap wooooo kepit ngan roti ni..
Alahai..memang makan je lah kerja aku sekarang ni
Pastu marah kalau berat naik.
Aduipun...

Sunday, December 11, 2011

38 weeks checkup!

Pagi ni ada checkup lagi. Biasalah, dah hujung hujung ni, makin kerap la kena pergi checkup. Macam biasa, breakfast dulu dengan husband, dengan nasi berlauk of course, then terus shoot ke An-Nuur. Bestnya kalau hari hari macam ni. Sentiasa bersama suami tecinta. :). Ok, back to cerita tadi. Sesampainya kami di An-Nuur, ternampak 2 orang sedang mundar mandir di lorong bilik menuju ke labour room. Ada bau macam best, like..err.. ubat-ubatan and baby. Pergi ke kaunter nak daftar, tiada orang. Kufikir, memang ada orang nak bersalin kot ni. Alaa..mesti lambat ni boleh jumpa doktor sebab doktor kat situ memang ada sorang je pasal dialah yang sambut baby, dia juga yang jaga klinik. Tak lama kemudian, makcik yang jaga kaunter tu datang. Katanya, ada orang baru bersalin tadi. Betul tekaanku.

Sambil menunggu giliran dengan Abam tadi, tiba-tiba terdengar suara baby menangis. Baby newborn tadi la kot. Kucuit paha Abam suruh dia dengar skali. Ya Allah, terasa sebak dalam hati. I don't know why, rasa nak menangis. Mata dah bergenang. Ini baru dengar baby orang lain, kalau baby sendiri, bagaimana la agaknya ya? Dalam kesebakanku itu, rupanya, Abam pun turut bergenang sama. Bestnya rasa. Tak sabar lah nak tunggu baby  dalam perut ni keluar. :')


p/s: Tadi, doktor taknak ukur berat baby sebab dia takut saya pressure kalau tahu berat baby. Berapa la agaknya berat baby sekarang ye. Takpelah, asalkan dia sihat sihat saje dalam perut ni. 

Friday, December 9, 2011

Tanda-tanda Bersalin


Sedang menunggu hari. Harini dah masuk 38 weeks 1 day dah. Almaklumlah first time, memang tak dapat bajetlah bila baby nak keluar. Awal ke, on due ke overdue ke.  Dah alang-alang surf internet ni, maka tercari cari lah apa tanda tanda bersalin supaya saya boleh sentiasa alert.

1) Perut turun ke bawah

Kebanyakkan orang akan alami tanda seperti ini. Orang tua-tua cakap, kalau perut dah nampak macam turun ke bawah, tak lama la tu. Especially, kalau memang dah nampak turun bawah sangat. Agak agak selebar 5 jari turunnya. Saya punya, mama cakap macam dah nampak turun dari last week lagi. Tapi, memang betullah, nafas pun semakin okay sikit sebab dah ada space sikit kat bahagian atas ni. Nafas tak terganggu. Lagi satu, mama bagitau, perut saya dah nampak terasing dari badan. Dah makin ada shape, kurus dan muka dah tak sembap sangat dah. Wah, nampak kurus! Ada can nak kurus balik  ni. hehhe..

Bila baby dah turun, masa tu kita akan rasa;

  • Sakit bahagian kelangkang samada bila berjalan atau duduk sebab baby menekan. Tapi, sakit kelangkang ni, saya rasa sejak balik kampung haritu lagi. Especially, time nak bangun dari tidur. Memang Suami kena tolong angkat bangun.
  • Selalu terasa nak terkencing. Hmm..rasa selalu nak kencing ni memang dah bermula sejak awal hamil lagi. hehe..
  • Perut terasa sakit sebab baby asyik mengeras je. Ada juga setengah orang takkan ada rasa sakit pun. Doktor bagitau, baby mengeras ni sebab dia tengah praktis menolak dirinya untuk engaged ke bawah tu. 
  • Kerap terkentut. Takde plak selalu. Tapi, perasan jugak 2,3 harini terasa banyak angin dalam perut. Maybe betullah tu.
  • Kerap buang air besar. Memang betullah! Kadang-kadang tu, dalam setengah jam boleh 2,3 kali buang air besar. Lega tau! Yelah, makan sikit, buang..makan sikit, buang. Heheh..

2) Keluar lendir pekat atau lendir bercampur darah

Semalam kol 4.30 pagi, saya tersedar dari tidur sebab terasa macam ada sesuatu keluar. Tangan mula meraba-raba atas katil, takut-takut pecah air ketuban ke apa. Tapi, tiada apa pun. Pergi toilet, nampak macam ada lendiran keluar. Tapi, belum bercampur darah. So, saya memang tak berapa pasti. Hati mula cuak juga. Ingat nak kejut Suami, nak bercerita, tapi, kesian pula nak ganggu beliau tidur. So, sambung tidur je lah. Tengok lah harini macam mana. Lagipun, saya memang tak rasa sakit apa pun lagi. Orang cakap, kalau  keluar tanda lendir campur darah macam ni, rasa sakit bersalin tu lebih sakit berbanding orang yang pecah ketuban. Gulp! 

3) Sakit belakang

Sakit belakang ni dah lama saya rasa. Sejak dari usia kandungan 7 bulan lagi kot. Masa belum start bercuti lagi. Sebab tu lah tak larat nak pergi kerja, nak berjalan pon memang sakit pinggang. Mungkin berat sangat kot baby ni. Badan saya tak boleh tahan sangat. Sekarang ni makin sakit. Especially, kalau duduk lama sangat, bila nak bangun balik, memang sengal gila ah sakitnya. Orang kata, kena banyak berjalan, biar cepat sikit bersalin. So, lepas breakfast tadi, pergi Mydin yang besar kat Kubang Kerian ni. Saja pilih tempat yang luas sikit, supaya boleh jalan banyak. Tapi, tak sampai 15 minit, rasa nak guling-guling atas lantai. Tak larat weh! Penat gila. Sakit segala-galanya! Oh tidak!

4) Pecah air ketuban

Biasanya keluar air yang banyak dari vagina. Air yang tiada bau dan warnanya jernih. Inilah yang dikatakan kembar air.

5) Contraction yang kerap dan berterusan

Mengikut apa yang saya baca dan apa yang diceritakan oleh kawan-kawan, kalau dah rasa contraction yang kerap dan berterusan macam every 5 minutes, dah kena cepat-cepat pergi hospital. Kalau belum, tak perlu pergi hospital lagi pun takpe. Nanti lama pula kat wad. Jenuh juga nak menunggu je kan. Saya ni pun, takut juga dengar pasal contraction ni. Orang kata, sakit yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Macam mana agaknya sakit tu kan? Saya tak tahu lah saya ni jenis kuat semangat ke tak. Hopefully, semua berjalan dengan lancar. Amin..


"Baby....bila nak keluar ni..?"






Monday, December 5, 2011

MyNameIsChepah is now opened..

Hai semua! Eh, okay okay. Assalamualaikum semua! :P

Alaaa..sorry..sorry my blogger friends. Banyak hari dah saya block my blog. Dah 2,3 orang tanya kenapa tak boleh nak baca blog saya. Auw! tak sangka ada juga yang nak baca blog yang entah apa-apa ni. :">. Actually, my blog is under construction. Boring melampau kat rumah ni, terasa ingin design blog sendiri. Dah cemuih sangat tengok saya yang dahulu. Hehe.. Macam mana? okay tak? Simple je pun. Tapi, giler wooo nak kena belajar HTML coding dan CSS untuk design semua ni. Nasib baik my brother ni belajar computer engineering, baru la saya faham sikit sikit. Asalnya, Suami minta saya designkan blog untuk companynya. Entah macam mana, saya sibuk nak upgrade blog sendiri pula. Last last blog Suami tak hapdet apa pun lagi. Baru design header untuk blognya. Sorry Abam, nanti Sayang sambung esok ke. Itupun, kalau tak beranak lagi la yea. kehkeh!

Untuk pengetahuan kalian, baby gegel ni belum lagi ingin melihat dunia luar. Dah masuk 37weeks and 4 days. Jenuh juga ya menunggu je. Sekarang ni dah rasa tak sabar pula sebab dah tak larat rasa dia mengeras. Letih wooo. Tapi, everytime dia mengeras, terasa makin dekat dengan dia. Alahai, Mama sayang awak tau tak! Hari Ahad lepas pergi checkup. Baby sekarang dah seberat 2.99kg. Okay la, tak sampai 3kg lagi. Anggaran doktor, maybe dalam 3.1 or 3.2 kg masa lahir nanti. Doktor pon dah pesan, ramai yang bersalin masa 38 weeks. Gulp! :) 


Okay, gambar ni masa nak pergi kenduri sepupu petang tadi. Begini lah keadaanku..besar dan boolat. Dah boleh pakai baju mengandung mama dah. Heheh..


Wednesday, November 30, 2011

[Entri Bergambar Lagi]: 37 weeks!

Sekarang di Kota Bharu. Heaven~~~~ :). Bestnya cuti..heaven lagi~~~~kehkeh..

Kat rumah ni, tak banyak benda pun saya buat. Kadang kadang je Abam bawak kuar jalan jalan. Ingatnya, balik bercuti ni, nak jalan banyak, nak exercise, tapi, tak boleh sangat. Keadaan makin tak mengizinkan. Makin tak larat nak bawak badan. Dah terasa makin sakit. Nak baring tidur pon tak boleh. Cukup seksa. Tapi, tidur juga. Heheh.. Nak makan macam macam pun juga tak boleh. Sebab last checkup hari Sabtu lepas, baby dah 2.9kg. Baru 36 weeks kot. Semangatnya baby gegel nih. Doktor suruh saya kurangkan makan sebab dia cakap, anak sulung ni, tak mau lah baby besar sangat. Bukan apa, kesian nak meneran nanti. So, terpaksa la saya diet. Tapi, berat saya tak naik sangat dah sekarang, cuma baby naik banyak la. Kenapa ye? Takpelah, asalkan baby gegel ni sihat dan baik baik saja.

Sekarang ni, baru saja selesai sesi membasuh baju, towel, sarung bantal dan tilam baby.. Basuh pakai tangan pula tu. Tetiba rajin pula.  Tak pasti la lepas ni masih basuh dengan tangan atau tak. hehe.. Mama cakap, kalau tetiba rajin macam ni, nak dekat dah la tu. Tiba tiba jadi takut pula. gulpp..hhehe..tak kisah la. Saya dah ready sekarang. InsyaAllah.

Alhamdulillah, harini dah start panas. Hujan dah kurang. Nah, ambik kau, macam kedai dobi.


Memang confirmed labour room di HUSM tengah renovation. Tak dapat lah nak bersalin kat situ. So, setelah disurvey survey tempat yang okay, kami memilih private klinik. Terpaksa keluar duit la sikit. Huhu.. Rumah Bersalin An-Nur. Ramai yang recommend kat situ sebab katanya bagus.  Untuk bersalin normal, RM1500 termasuk bilik, bersunat, cucuk immunisasi dll. Harga pun boley tahan la. Takpelah, pejam mata la kali ni. Debaran kini kian terasa. Harapnya dipemudahkan segala olehNya.

OKAYLAH, JOM LAYAN GAMBAR MATERNITY PHOTOSHOOT HARITU PUNYA NAK?



Haihh..dah penat mengedit gambar. Nanti, kalau rajin, saya upload lagi gambar ye. Itupun kalau korang tak boring nak tengok.




Monday, November 21, 2011

Ibu comot


Tahu tahu sajalah kalau goreng ikan keli.
Memang meletup letup la jawabnya.
Akibatnya,
...

...

...



Nampak comot gila tangan ni dengan parut terkena minyak panas. huhu..

Thursday, November 17, 2011

[No Tiltle]

Baru selesai jadi cikgu..

Kak Haniyyah yang comel ni lah yang akan take over kerja saya sepanjang ketiadaan saya nanti. Cayuk!!

Today dah masuk 35 weeks!!!


Tuesday, November 15, 2011

Hehehehhe....




Eh, rasanya saya mintak cuti 3 bulan je.
Kenapa sampai 6 bulan ni?
Mana dapat cerita ni?
Glamernya rasa..
Siap masuk dalam paper metro nih.
Bahagian Cerita Artis Kita pula tu..
hahahah!

Thursday, November 10, 2011

Nak curik masa skit...


Yey! Dah dapat perlepasan cuti from Dato’. Makanya, saya akan start bercuti pada 1hb Disember ni. Jumpa balik next year lah. Yang tak syioknya, cuti tanpa gaji. Dah la bersalin, tak dapat gaji pula tu. Sengkek gila la saya nanti. Takpelah, saya percaya, rezeki baby ada la tu. Dah alang-alang tak dapat gaji ni, saya nak cuti 3 bulan terus. Cuti puas puas. Settled! (^_~)

Aduipun...tengah pening. Tengah fikir nak bersalin kat mana. Plannya, nak bersalin kat HUSM, Kubang Kerian. Tapi, Mama bagitau, HUSM tengah buat renovation la pulak sekarang. Adeh. Nak bersalin kat Hospital KB, macam scary je. Hospital lama. Kalau private, mahal pula. Dah la gaji takde. Kalau ada masalah ke apa, hospital gomen jugak depa pi hantaq. Bayaq tetap bayaq. Confius kan? Pikir nanti-nanti la. Selalu fikir tak habis macam ni. (-_-")

Sekarang ni, kerap juga saya dok berkongsi cerita pengalaman bersalin dengan akak-akak kat opis. Banyak benda yang diceritakan. Makna kata, tak perlu pergi kelas antenatal lah. Hehe..Cuma ‘push’ tak sempat nak belajar lagi. Hehe..

Kat office ni, mana-mana saya pergi, mesti orang tanya ...

Bila due ni? 

Dah berapa bulan? 

Eh, tak start cuti lagi? 

Ada lagi kat office?

....Hahaha! Lama lagi kot saya nak meletupnya. Baru masuk 34 weeks. Perut saya nampak besar kot. Cara berjalan pon macam peguin dah. Baby girl memang perut besar sikit berbanding baby boy. Orang kata lah bukan saya kata. Hehe..

Lepas kejadian saya jatuh haritu, baby lebih banyak bergerak. Tak tahu lah kenapa. Mungkin dia terasa macam gempa bumi kot masa tu. Ye la, mana taknya, macam nangka kot jatuh atas lantai [nangka=saya]. Risau juga aktif sangat bergerak ni sebab doktor cakap, takut dia terbelit tali pusat. Mintak jauh la dengan semua tu kan. Aminn..

Okay lah..chowww!


Wednesday, November 9, 2011

Bengkung



Hasil nasihat kawan kawan, saya tak beli pun set bersalin. Saya pun risau juge kalau kalau beli, tak terpakai atau tak serasi. Hold dulu la. Banyak lagi barang lain yang nak kena beli. Disebabkan ramai yang cakap better beli bengkung je, so, haritu, terjumpa satu blog namanya Kak Engku. Kak Engku memang menjual barang barang yang berkaitan dengan bersalin. Akak tu recommendkan bengkung product Leesa Formula. Saya oder bengkung tersebut beserta dengan body contour gel. Dia kata bengkung ni boleh pakai sendiri, tak payah orang tolong. Ha, memang bagus sangat lah tu. Sian Mama nanti nak kena buat itu ini.


Semalam, barang dah sampai ke rumah.


 
 Inilah bengkungnya. RM49.00

Sebelum pakai bengkung, sapu gel ni kat perut. Yang ni harganya RM 55.00. Ini yang besar punya, kalau kecik, RM30.00.



p/s: Semangat nih nak kuruskan badan. SAYA NAK KEMBALI KE BENTUK YANG ASAL!!!!

Monday, November 7, 2011

Syukur alhamdulillah..

Masih berderau rasa jantung bila teringat kejadian tersebut. 

Terima kasih Ya Allah kerana  masih lagi memberi peluang kepadaku dan zuriatku untuk  menikmati kehidupan ini..

Wednesday, November 2, 2011

32 weeks checkup


Semalam checkup lagi..Kali ni bersama Abam di sisi. hehe. Suami bercuti sebulan sebab nak jaga bini dia kat sini..Oh. sweet lah Abang ni. Thanks Abam..sangat lega sebab lepas ni dah tak perlu drive sendiri pergi kerja. Terasa semput la sekarang nak drive kereta manual sebab saya rasa lenguh kalau bersandar kat seat dalam kereta.

Owh, berkisar saya checkup semalam, sedih lagi.. :'(.  My HB turun lagi ke 10.4. Mungkin nurse dah bagi vit iron tu 2 biji je sehari. Sebelum ni 4 biji, tu yang boleh naik. Nurse cakap, kalau 4 biji sehari tu, macam banyak. So, tak boleh nak buat apa, maintain je makan 2 biji sehari. Kena jaga pemakanan la kot. Berat pon naik dengan jayanya. 3.2kg in 1 month. Banyak kan? Hmm..Naik segan pula dengan nurse. Even my result yang minum air gula last month tu okay, tak bermakna, result akan sentiasa okay je sampai beranak. Katanya, sepatutnya, saya kena repeat minum air gula tu. Tapi memandangkan saya baru je buat last month, so, dia hanya monitor untuk 2 minggu ni. Kalau naik lagi berat badan, terpaksa repeat sekali lagi. Aduiiiiiiiiiii! Eee..tak mau la saya. Trauma kot. Saya kena diet ni..KENA DIETTTTTT!
 
Sedar tak sedar, dah nak masuk 33 weeks usia kandunganku. 8 bulan la kiranya. Nervous gila kot. Tapi, sekarang ni, dah rasa macam tak sabar pula. Sebab dah tak boleh tidur sangat. Lenguh badan. Panas pula tu even musim hujan. Dan dan pula aircond kat rumah ROSAK?!! Kesian Suami nak kena bersejuk-sejuk tidur. Sabar ye bang...sekejap jeee lagi..


Oh ya, cuti Deepavali haritu, kami ada buat maternity photoshoot. Sukeee.. Memang dah lama plan nak buat photoshoot ni. Untuk kenang kenangan la katakan. Gambar belum siap lagi kot. Tapi, katanya, this week boleh dapat. Tunggu aje lah. Layan yang sebahagian gambar yang saya cilok dari website photographer tersebut. Selebihnya, boleh tengok di MadeByEpik

Masa ni OP suruh kitorang berlakon gelak. Jadi tak? Tak nampak berlakon kan? hehhe...

Boolat!!!

Dah dapat gambar nanti, saya upload okay!
Tungguuuu...

Monday, October 24, 2011

Set Bersalin

Hai mommies out there!
Saya tengah buntu sekarang ni.
Malas dah nak survey-survey pasal set bersalin ni.
Benda ni perlu ke tak eh?
Perlu tu memang la perlu.
Tapi, kalau yang jenis pantang sendiri ni macam mana ek?
Macam macam jenis jenama set bersalin yang ada kat pasaran sekarang ni.
Nak beli pon, boleh tahan jugak harganya.
So, nak kena survey betul betul jenama apa yang okay.
Ada yang cakap, ada jenama yang tak serasi dengan kita.
Kang beli, tak leh nak pakai, membazir pula.
Tak reti la!
Mana la saya nak tahu jenama tu sesuai dengan kita ke tak.
Arghhh! buntu lah..

Boleh bagi tips tak?
Ke nak share pengalaman ke..
Respon anda amatlah dialu-alukan....

Friday, October 21, 2011

2D scan

Semalam teman my sister pergi checkup di Pusat Perubatan Damansara Damai. Dah alang-alang dia nak pergi scan, saya pun gatal nak scan juge. Saje nak check kandunganku sihat ke tak. Kami ditemukan dengan Dr. Kamal. Dr. Kamal ni memang best lah! Berbanding yang saya pergi scan di Putra Medical Centre last month, Dr. Kamal ni lagi best. Sebab dia baik dan suka bercerita kot. Padanlah my sister selalu checkup situ.


Semua keadaan baby dia tunjuk dan nampak dengan jelas even scan 2D je. And sekali lagi, doktor mengesahkan baby kami adalah gegel. Hehhe.. Memang jelas sekali nampak tuttttt dia semalam. :"> . Sebelum scan, doktor ada bagitau, kalau untuk 31 weeks, sepatutnya berat baby dalam 1.5kg. Bila scan, 1.76 kg. Mak ai, terlebih sikit. Hehhe..Tapi, doktor cakap, berat baby masih lagi dalam graf yang normal. Kali ni mahal sikit lah. RM85 per scan. Haritu punya RM60 untuk 3D scan. Tapi, tak kisah lah, janji saya puas hati kennn....


Alhamdulillah, doktor bagitau, baby saya sihat. Semua pembesaran seimbang dari segi saiz kepala, panjang kaki & tangan. Air ketuban pun cukup dan uri saya pon dok kat atas. Kedudukan baby pon okay (kepala di bawah). Tapi, doktor cakap, sekarang ni, baby masih lagi boleh berpusing. Hopefully, by the time saya nak bersalin, baby dalam keadaan okay juga macam sekarang. Amin..Sangat lega tahu baby sihat. Alhamdulillah syukur..


Siap bagi frame lagi. Comel betul :')

Thursday, October 20, 2011

[No Tiltle] Boring Gila Fikir Nak Letak Tajuk Ape...

Ho..ho..ho..penat seh..
Dah 3 hari dok berulang alik dari KL ke Port Dickson, Seremban dan semalam ke Kuala Pilah.
Ada hands-on SOP yang perlu saya attend sebab saya adalah URUSETIA.
Nak cerita banyak banyak pasal program ni pun, kang korang tak paham pula.
Saya ni pun, agak agak paham je. ehhehe..
Adeh, memang penat la.
2,3 harini pinggang saya semakin sakit.
Nak berjalan sakit.
I don't know why..
Maybe berat kandunganku dah semakin bertambah.
Nasib baik semalam dah habis.
Kalau bersambung lagi harini, memang tak daya la saya nak ikut lagi.
Kaki dah sembap dah sebab duduk lama dalam kereta.
Macam telaga buruk dah kat buku lali sebab bila sembap, saya suka main tekan tekan kat bahagian buku lali.
Kulit tenggelam macam telaga. hehhe..


Macam biasa, mak buyong ni selalu nak interprem.. :')

Wednesday, October 19, 2011

Music therapy for my baby..



Abam ada bagi this earphone aritu. 
Konon-kononnya, suruh letak kat perut la kenn..
Saje nak tengok reaction my baby..

So, saya nak try la letak semalam.
Cuba mencari lagu dalam laptop ni.
Orang kata elok perdengarkan ayat ayat Al-Quran kan.
Cari punya cari, alamak, tiada pula mp3 Al-Quran punya.
CD tu ada dalam kereta.

Dalam laptop ade lagu ni je:
Saloma tajuk Apa Guna Berjanji
(klasik gila lagu..)

Nampak senyap je ni, tengah tidur kot.
Letak je earphone tu kat my belly, terus bergerak...
Ternyata memang my baby bagi respon yang baik lah. kehkeh.!
Kicking sana sini..bergelombang je perut ni.
Saya tergelak sendirian melihat responnya..
Sorry Sayang, Mama terkacau kamu tidur pula...
OOoooo...suka sangat lagu Saloma yeeee...hewhewhew!
(˘ڡ˘)


Aishhh...geram betul dengan anak aku sorang ni.
Mama tak sabar nak tengok kamu tau! :')



CC: Abahnya.. 
       (rugi tau Abang tak tengok...hehhe!)

Monday, October 17, 2011

[Entry bergambar] Outstation ke Cameron Highlands

Seronok.
Sejuk je sepanjang berada di sana sebab hujan memanjang.



 Tak sah la kenn, kalau pergi Cameron takde gambar strawberry ni. Hehehe...


Cehhh!

Inilah manusia yang paling ceria..Hahha! Thanks En Ishak bawak kami jalan-jalan serata Cameron...

Ramai cakap muka kami nak sama. Even bos kami pun kadang-kadang tertukar nama. Hehe..

Gile lenguh tau dok macam ni. Semua urat-urat peha rasa macam nak putus. 
Takpelah, nak posing punya pasal. Hewhew!



Melawat cerun runtuh di Gunung Pass, Simpang Pulai.
Gambar cerun runtuh, tak pula saya snap. oppss, sorry! :p

Family Unit Senggara Tengah/Timur

I am 7 months pregnancy! Peace yo! 

Dalam banyak-banyak gambar saya snap, ini gambar fevret saya.
Cantik gila kan view ni?
Oh, saya memang suka ambik gambar.

Ini pun.
Nampak sangat fresh dan yummy kan? Bawak balik je, terus masam..
huhu..


Erm, actually, kami pergi C. Highlands ni untuk bermesyuarat. 
Tapiiii, takde pula gambar yang mesyuarat kan? 
Okay..okay..okay..meh saya upload la sekeping takut nampak sangat kami pergi berlibur je. huh! (-_-")
Nah!

Ok..ok..ok..saya tahu.
Saya nampak macam GERGASI je kan?
Besar gila.
Hopefully, dapat ke bentuk yang asal la lepas bersalin nanti.huhu..


Okay la, dah 12.30 a.m dah.
Esok kerja.
Pagi-pagi ada meeting.
Kat office JKR Port Dickson pula tu.
Haih, berjalan lagi la saya esok.

ZZZzzzzzz....


Putih gebu la Ammar nanti..

Tadi pergi hantar Suami pergi stesen bas Putra. Bas pukul 10.00 malam. Adeh, menyepi lagi la 2 minggu ni. Baru je anta dah rindu.. :'(. Alaaa..esok kena drive sendiri dah (eh, macam la sebelum ni orang lain je yang drive). 


Balik je rumah, saya disambut baik oleh kedua-dua anak buah. Rindu kot 2 hari tak jumpa. Ok, perasan sendiri. Kahkah! Tiba-tiba terasa nak kemas bilik. Serabut tengok rambut banyak bergelimpangan atas lantai. On vakum. Habis satu bilik, kututup vakum. Pelik juga Ammar tak datang kacau saya masa memvakum tadi sebab budak kecik tu pantang sangat kalau dengar vakum, mesti nak main. Tak lama lepas tu, saya terdengar kakaknya, Ameera mengekek-ngekek dalam bilik mummy dia. Mummynya pula sedang rancak menonton drama Anugerah Skrin lakonan 'Ustaz Shauki' kat TV3. Oh. Geli tiba-tiba teringat Ustaz Shauki tu. Kahkah! Sape yang tengok Tahajjud Cinta, tau la kot kenapa saya geli. 


Terasa nak pantau budak-budak ni dok buat apa dalam bilik tu. Mesti ada something ni, pasal happy sangat dok mengekek-ngekek ni. Tengok-tengok, masyaAllahhhh!!!! Ameera!!!!! Ammar!!!!!!






Amboi..seronok betul si kakak menyental seluruh rambut dan muka adiknya dengan CREAM SAFI RANIA GOLD!!!!! 

Dah macam trojan dah saya tengok..Nak marah pun tak jadi sebab nak tergelak tengok Ammar dok menyengih je keja dia.

Adoiiii..sabor je lah....

(-_-")



Wednesday, October 12, 2011

Cerita weekend lepas...


Last Sunday, saya, Kak Jed bersama anak-anaknya pergi 'jogging' di taman KLCC. Memandangkan rumah kami hanya 15 minit je nak pergi sana, agak selalu juga lah pergi picnic kat sana. Saje lah nak bawak budak-budak mandi manda dan main playground. Oppss, tercakap pula picnic. Kata tadi jogging. Takde maknanya nak jogging boyot-boyot macam ni. Tak boyot pon malas, inikan pula ...em...


Actually, bersama family kawan-kawan kak jed skali. Disebabkan ada acara makan-makan, mak buyung ni memang suka la nak ikut sekali. kehkeh. So, macam biasa la, time to snap snap snap! Jom layan gambar...zassssssssssss!

Anak buah, Ammar cuba untuk interprem. Dah la tak pakai baju..

So, sekarang Ammar telah dibuang..

Acara merendam kaki and seperti biasa, Ammar cuba interprem lagi..


"Pak! Pak! Pak!" Ammar menepuk2 air..Sonok betul dia boleh main air..

Artis baru posing untuk majalah Mangga. hehe..

Kak Jed

So, itu saje. Gambar saya? Oh, takde. Saya jadi camerawoman je haritu. Malas nak masuk gambar. Hmm, saya baru balik dari outstation di Cameron Highlands harini.. Nanti nanti lah saya cerita and update gambar. Dah lemau dah ni. Nak tidur. Bye!