Thursday, February 25, 2010
Alhamdulillah..
Tuesday, February 23, 2010
ZzzzzzZZZzzz...
me & him
Sunday, February 21, 2010
Cuti-cuti Malaysia...
Aktiviti panjat memanjat telah dihentikan.. (",)
Alif..Ba..Ta..
Kol 8.00 mlm tadi, saya bergegas turun menghantar Ameera pergi mengaji di tempat nursery nya. Maklumlah, first day dia pergi mengaji kan, nampak dia excited lebih cket la..
"Bila mummy nak beli tudung untuk Meeya? Baju kurung Meeya mana?". Soalan tu je lah yang selalu ditanya satu harini.
Masa dalam lif tadi, ada dua tiga orang mat bangla. Diorang dok tengok2 je kat si Ameera ni. Senyum2 la, kenyit2 mata la. Maybe disebabkan Ameera kelihatan kiut miut kot berbaju kurung, siap bertudung lagi, malam2 pulak tuh. Tu yang membuatkan orang suka nak main2 dengan Ameera ni. Heheh! Dah sampai kat tempat mengaji,
"Aik? Rumah Ummi Zah?" tanya Ameera sesampainya di pintu rumah nursery nya. (Ummi Zah tu pengasuhnya)
Tiba-tiba, Ameera meraung plak tak pasal2. Alahaiii..budak ni tak tau cerita sebenarnya. Tak tau cerita bahawa dia akan ditinggalkan sekejap untuk mengaji. Dia ingatkan Apah nye ni nak bawak dia pergi jalan2? Ingatkan dah tau nak pi mengaji. Kemain la tadi dok excited tanye baju kurung la, tudung la.. Adoiii la...meeya..meeya.. :)
Friday, February 19, 2010
MC today
"Apaaahh, jangan la tido..." Ameera cuba mengejutkan saya dari tidur. Maybe dia dah keboringan sangat kot dok main sorang2. Saya memang dah tak larat nak bukak mata.
"Meeya main apa tu? Apaahhh demam..." kataku sambil menarik tangannya ke mukaku.
"Panashhhnye Apah..syiannn Apah syakit...Apah kena makan obat tau..Meeya tak demam.." kata Ameera sambil berjalan-jalan memakai kasut sukan mummy nya dalam rumah. Tak larat dah saya nak bangun melarangnya supaya membuang kasut tu. (T_T)
Semalam, Nazir dah ajak saya pergi Midvalley lepas maghrib untuk cari bracelet for our wedding. Sebab sekarang ni tengah sale sempena Chinese New Year and Valentine's Day. Memang tak larat sangat nak bangun. Tapi, kugagahkan jua badan ni untuk pergi. Sebabb, kalau saya tak keluar, demam saya mungkin makin melarat akibat dok terperuk je dalam selimut. Saya perlu menunggu kakjed pulang dari kerja dulu. Sambil menunggu kakjed, saya baru teringat ada Cool Fever dalam peti. Ameera punya. Walaupun benda tuh hanya untuk kegunaan kanak-kanak, tak kisah lah, badan ni panas sangat dah. Tak tahan. Saya pon tempek je kat dahi. Best gak pakai benda tuh, sejuk je ..
Sesampainya kakjed di rumah, saya siapkan diri untuk keluar.
"Apah nak gi mana ni?" tanya Ameera sambil senyum2 (mengharapkan saya untuk membawanya sekali. Hahah!)
"Apah nak gi buang syampah la..." jawabku lemah. Memang itu je alasan yang selalu saya dan Daddy nya bagi kalau nak keluar pergi mana-mana tanpa membawanya.
"Apah nak gi buang syampah? Meeya nak ikut jugak lah Apah pegi buang syampah" sambungnya lagi. Maybe budak ni dah semakin pandai, dah tak percaya dengan alasan yang saya bagi. Hahah!
Saya cuba menukar alasan lain, "Apah nak gi hospital, Apah sakit ni. Apah nak jumpa doktor. Kalau Meeya ikut, nanti doktor cucuk Meeya dengan jarum. Meeya nak ikut ke?"
"Meeya tak nak lah ikut Apah"
"Mummy!!! Apah syakit, Apah nak gi jumpa doktor!! Meeya tak nak ikut!" jerit Ameera kepada mummy nya.
Sesampainya kami di Midvalley, plannye nak pergi terus je kat TOMEI. Sebab Isnin lepas, saya dan kakjed dah survey bracelet kat situ. Even pilihan yang ada sikit je, ada yang saya berkenan. Tapi, nak try tengok jugak dekat Wah Chan dulu sebab saya membership kat situ. Kot2 ada yang lebih menarik plus under our budget. Saya suka masuk Wah Chan ni sebab design2 yang ada lain dari yang lain. Macam Poh Kong ke, Habib ke, design lebih kurang sama je. Lagipun, berlian2 di Wah Chan ni memang first grade punya. Ada design satu bracelet yang saya tengok kat TOMEI hari tu, lebih kurang sama di Wah Chan punya. Tapi, harga di Wah Chan jauh lebih mahal.
Dah masuk dalam kedai tu, kitorang mencari Uncle Alex. Uncle Alex ni orang yang kitorang deal dengan dia masa kitorang beli cincin tunang dulu. Kitorang suka dengan uncle ni sebab senang nak tawar-menawar dengan dia. Kalau orang lain, kalau 70%, stick kat harga tu je la. Tak boleh nak tawar2 lagi dah. Setelah ditapis2 bracelet yang dikeluarkan, akhirnya, tinggal lah satu bracelet tu. Memang cantik, tapi exceed our budget la. Setelah berdiskusi, kami bersetuju untuk membeli bracelet tersebut. Okeyyyy, done for one thing. Sekarang, boleh la saya nak slash 1 item at my wedding preparation's checklist. Heheh!
Wednesday, February 17, 2010
Meeya bashahhh.....
Pagi yang lengang.. Tidak banyak kereta yang terpaksa ku harungi untuk ke ofis pagi ni. Pelik… Biasanya, kalau hari bekerja, turun lambat kol 7.30 pagi macam ni, jalan depan umah ni dah jem. Rupa-rupanya, Tipah tertipu lagi..! (T_T) Hari ni cuti sekolah la! Patut la lengang je..Hari ni, 7 minit je boleh sampai ofis. (plus drift..Heheh..)
Saya terlupa yang saya sepatutnya attend kursus hari ni (Kursus Rekabentuk Asas Jalan)..Heheh! Sebab cuti lama kann.. So, dalam satu hari ni, masa saya dipenuhi dengan kursus. Dah lama tak buat kira2 ni, lembap gak otak ni nak terima tadi.. :p
Kol 5.00 petang, saya bergerak untuk pulang ke rumah dengan girangnya. Sesampainya saya di parkir rumah, keluarnya saya dari kereta, berdentummm! Kilat daa.. Terus hujan dengan lebatnya. Alamak, macam mana nak ambik si Ameera ni? Dah la payung takde (Hmm..agak menyesal gak lah tak ambil dalam kereta tadi). Kugagahkan jua mengambil si Ameera di nursery dan menunggu hujan reda. Boleh je nak redah hujan ni, tapi, kerana kesiankan Ameera, tunggu lah sekejap. Kang tak pasal2 demam plak budak ni.
Tunggu...
Tunggu lagi...
………………..
Haihh..macam lama sangat la pulak hujan ni nak stop. Malas nak tunggu lagi dah.. Redaahhhhh ajeeer… So, kucapai kain lampin yang ada di dalam beg nya dan kuiikat di kepalanya. Haha! Hanya itu sahaja yang mampu ku buat untuk memprotect anak buahku yang comel ini. Maka, tergodek-godek lah seorang makcik sambil mendukung anak buah nya berlarian mengharungi hujan. Sorry Meeya ye, habis bashahhhh.. (“,)
Monday, February 15, 2010
Kawen..kawen..kawen..
Semalam, seawal 6.30 pagi saya bergerak dari rumah ke Muar untuk attend wedding Atenk & Lynn. Itupun dah lewat, plannye, nak bertolak kol 6.15 pagi..Tapi, terbangun lambat plak. Huhu.. Singgah Nilai dulu ambik cik abang saya. Zup zap zup zap..kitorang pon sampai..Around kol 10.30 pagi. Kitorang pergi awal-awal ni bukan ape, sebab cik abang saya ni ditugaskan jadi pengapit kepada Atenk.
Sesampainya kami di sana, kami diberitahu, diorang dah selamat diijabkabul. Alhamdulillah.. mereka telah menjadi pasangan suami isteri yang sah. Diorang tengah ambik-ambik gambar lagi. Saya pon turut menyumbangkan tenaga dan skill yang ada untuk mengambil gambar diorang. Memang saya gemar untuk ambil2 gambar ni. Tak tahu lah kenapa. Sampai boleh terbeli Nikon D3000. Hahaha! (Bukan ‘ter’beli, tapi memang dah aim lama pon :p.. I’m a newbie dalam dunia seni photography ni and hope to step my foot into SLR world. Boley kut… Hihiih..
Masa saya tengah rancak dok ambik gambar Atenk dan Lynn ni, ada seorang photographer berbangsa Cina (yang Lynn ambik), dok tengokkk je saya ambik gambar.
“You dah lama ke beli ini kamela?” Tanya nya samba tersenyum.
“Baru je.. Baru nak belajar2 ni..” jawabku dengan selamba.
“Owhh..you punya kamela ni dah ok. Cuma kalau you tambah flash kat atas ni, mesti gambar lagi cantikk. Sebab ini punya kamela, flash nya belum cukup power ma” kata pakcik tu yang cuba memancingku untuk berbual.
Ini sudah bikin gua panas ni, “Owh, ye ke? Kalau nak tambah, flash ni, agak2 berapa ye?” tanyaku lagi. Ternyata, pancingnya sudah terjerat. Haha! Memang saya akui, kalau nak snap gambar untuk suasana gelap sikit, saya memang fail! Saya belum khatam lagi pasal kamera ni. Saya tak sure ia disebabkan oleh kamera atau pun, saya sendiri yang tak reti. Heheh!
“Dalam RM300-400 pun you dah boleh dapat ma” jawabnya. Pakcik tu pun cuba memasang speedlight flash kepunyaannya di kamera saya, ternyata, gambarnya sememangnya cantikk. Bagus lah pakcik ni, banyak betul dia cuba berkongsi ilmu dengan saya pasal kamera DLSR ni. Daann, dia juga telah membuat saya sedang berkira-kira untuk menambah speedlight flash tersebut. Heheh! Ishhh, tak boleh..tak boleh..saya kena kuatkan semangat untuk kumpul duit untuk kawin sekarang ni..(Hmm..wait and see je lah! :p)
(kami pergi ke Tanjung sementara menunggu perarakan sebelah petang)