TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Sunday, February 21, 2010

Aktiviti panjat memanjat telah dihentikan.. (",)

Hooray! Keretaku telah selamat dibaiki. Heheh! Sebagai info, sebulan yang lepas, pintu kereta saya telah dirosakkan oleh orang2 yang agak boleh dikatakan sebagai pendek akal la. Kejadian berlaku di parkir ofis ku sendiri. Suka-suki je nak bedah kereta orang. Kot ye pon, bagi la salam dulu. Sampaikan pemegang kereta saya dah loose dan tak boleh nak bukak dari luar, hanya boleh dibuka dari dalam je. Tak sempat nak bawak pi workshop untuk repair. Busy memanjang.. So, dalam sebulan ni, saya masuk kereta dari pintu sebelah dan masa tu, aktiviti panjat-memanjat pun berlaku. Haha! Kadang2, kalau kebetulan saya nak masuk kereta depan2 kawasan yang ramai orang, malu gak dengan diri sendiri ni. Tapi, nak buat macam mana kan...Terpaksa lah.. Sebab tu, kalau nak pergi mana-mana, saya suka bawak Ameera. Senang sikit sebab ada pembantu kecik molek yang boleh buka pintu dari dalam. Takde lah nampak sangat kereta saya ni rosak. "Bagusnya anak die tolong bukakan pintu untuk mak dia....". Mungkin itulah ungkapan pemerhati2 yang melihat perilaku antara saya dan Ameera :p.

Alif..Ba..Ta..


Kol 8.00 mlm tadi, saya bergegas turun menghantar Ameera pergi mengaji di tempat nursery nya. Maklumlah, first day dia pergi mengaji kan, nampak dia excited lebih cket la..

"Bila mummy nak beli tudung untuk Meeya? Baju kurung Meeya mana?". Soalan tu je lah yang selalu ditanya satu harini.

Masa dalam lif tadi, ada dua tiga orang mat bangla. Diorang dok tengok2 je kat si Ameera ni. Senyum2 la, kenyit2 mata la. Maybe disebabkan Ameera kelihatan kiut miut kot berbaju kurung, siap bertudung lagi, malam2 pulak tuh. Tu yang membuatkan orang suka nak main2 dengan Ameera ni. Heheh!
Dah sampai kat tempat mengaji,

"Aik? Rumah Ummi Zah?" tanya Ameera sesampainya di pintu rumah nursery nya. (Ummi Zah tu pengasuhnya)

Tiba-tiba, Ameera meraung plak tak pasal2. Alahaiii..budak ni tak tau cerita sebenarnya. Tak tau cerita bahawa dia akan ditinggalkan sekejap untuk mengaji. Dia ingatkan Apah nye ni nak bawak dia pergi jalan2? Ingatkan dah tau nak pi mengaji. Kemain la tadi dok excited tanye baju kurung la, tudung la.. Adoiii la...meeya..meeya.. :)


Time ni dah abis mengaji, tapi, masih tak nak buang tudung nya. Maybe sebab dah termakan puji. Itu yang taknak buang lagi tu. Hahah!

0 budak cumil mengomel:

Post a Comment

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!