TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Monday, February 8, 2010

Assalamualaikum..

Haii..this is my first entry...Akibat selalu membaca blog kawan-kawan2, rasa terdetik jugak la di hati ni nak berblogging jugak..ngeh3x...Hanya sekadar menjadikan ianya sebagai catatan nukilan harian..

Bank Islam Masuk Duit Juta-juta??????????


Pagi tadi agak lewat saya bertolak dari rumah untuk ke office. So, tengah rushing nak jalan masuk office, dapat sms dari Bank Islam. Memang kebiasaannya, kalau gaji masuk, saya akan dapat sms daripada Bank Islam.

"Credit RM 7,500,000,000,026.10 to account no. 2076 07/02/2010. Your balance is RM 5,200,000,000,041.30. bankislam.SMS"

Gulppp...terkojut eden. Perghhhhh! Rasa nak pengsan dh. Dah terpikir macam-macam. Kalau betul ni, esok jugak saya kahwin. Hahah! Boleh saya benti kerja, pegi shopping, bla..bla..bla.. Tup..tup, bila dah sampai office, Maira cakap memang semua orang dapat sms tu. Punah harapan eden. Haha! Ingatkan orang kaya mana yang tersalah bank in duit dalam akaun saya. Hihii..

Kawen Punya Kursus

Hmm..last weekend tersangat la penat...Sebab masa dipenuhi dengan kursus, sampai tak sempat nk makan..Grr..Yup! Kursus kawen ler...hehehe...Me n my fiance (Mr.Jay) pergi kursus di Zura Akademik, Bangsar. Favourite place for artists untuk berkursus. There are so many celebrities and VIP have attended this course sebab baaanyak sangat gambar-gambar diorang dok bertempek kat dinding. Sebab tempat tu pon memang antara tempat kursus yang terawal dibuka. Kira-kira dah dekat 20 tahun la. Ramai gak yang mendaftar hari Sabtu lepas tapi, takde artis pon. Sampai terpaksa buat penambahan tempat di masjid Bangsar. Nasib baiklah Mr.Jay dah register awal-awal hari tu. Kalau tak, xpasal-pasal kitorang terpaksa berkejar-kejar ke masjid plak. Rasa puas hati jugak la ambik kursus kat situ sebab prosedur untuk berkahwin ditunjukkan dengan sangat detail. Ape borang yang perlu ade, kat mana nak ambik, semua die dah bagitau. So, lepas ni, takde la terkapai-kapai nak mencari borang itu la, ini la, semua dah ditanggung beres. Penceramah pon bagus-bagus and very funny. Tak abes-abes kitorang gelak. Rasa nak tergolek atas lantai. Hahaha..!! Tapi, dalam orang dok gelak-gelak tu, terpandang kat sorang mamat ni, boleh dia tersengguk-sengguk? Rupa-rupanya, my Mr.Jay yang tidoq. Hahaha! Tapi, tak pelik sangat pon, sebab sebelum masuk kursus tu, die dah hentam nasi lemak sepinggan kat Nasi Lemak Antarabangsa. Mana tak tido nye..hikhik..Oppss! Sori abang! Penceramah yang boring pon ade jugak, sebab dok cerita pasal penceraian kan. Sampai terlentok-lentok jugak la..ngeh3x..(mengata orang je lebih) :) Semalam, untuk last agenda, diorang ade buat sketsa untuk adat merisik, bertunang dan akad nikah. Yang terkejut nya, masa diorang mencari pasangan untuk ibubapa pengantin perempuan, saya dan Mr.Jay plak yang dipilihnya. Aduyai, memang vibrate gila la masa tu pasal kena buat sketsa secara spontan. Me (Hajjah Arifah) and Mr.Jay as (Haji Nazir). Kami diberi situasi dengan pergaduhan laki bini sebab Haji Nazir dah kawin lain dan disambung dengan adat merisik dan bertunang. Hahah! Sketsa berjalan dengan baik sebab mula-mula je vibrate, tapi, lepas tu, ok dah.. :) (Pasal dah boleh feel dengan situasi tu..ngeh3x..) So, saya suggest, sape-sape yang belum pernah pergi kursus kahwin, boleh lah pi situ. Pasti tak nyesal punyalah!

Khabar Sedih: Rakan Sejawat Meninggal Dunia

Skali lagi saya dapat berita yang sangat mengejutkan from my officemate, Laila pasal seorang lagi staff JKR, Ir.Haji Sharom bin Md.Lani (ketua unit UPPJ Selatan) telah meninggal dunia pada 6.2.2010 pada 8.20 malam dan jenazahnya telah selamat dikebumikan pada hari Ahad (7.2.2010) di Johor. Al-Fatihah. Arwah merupakan rakan sekerja di bawah satu cawangan yang sama. Even saya tidak begitu mengenali arwah sebab baru sekali pernah berurusan dengan arwah pasal kerja, memang rasa terkejut sangat sebab tiba-tiba kan. Hmm..Lately, saya selalu sangat dapat berita kematian di kalangan yang terdekat. Bermula dengan arwah Kak Sakinah, En. Nasarudin dan Hj.Sharom. Selama 3 minggu berturut-turut ni, setiap minggu pasti ada kematian. Hmm, apepon, semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminn..

Sepetang bersama .......????

After lunch tadi, saya dan Syakirah pergi round-round area JKR untuk belajar guna alat GPS (bukan jalan-jalan makan angin tau!!). Kami perlu mengambil data jalan (untuk mapping) dan point-point setiap inventori jalan yang ada di sekitar JKR. Masa nak turun dari office, officemate yang lain dok gelakkan kitorang,

“Gigihnya korang ni, panas-panas terik camni pon rajin nak ambil data, buat je la esok pagi”

“Eh, takpe lah, dah berkobar dah ni nak belajar guna alat ni” kata saya.

Inilah benda alah GPS yang kitorang dok main-main tu..
Namanya Trimble GeoXT

Hasil daripada rotation antara staff-staff kontrak JKR, saya dan Syakirah merupakan staff yang paling baru dalam unit tu (Unit Kejuruteraan Geoinformatik, GIS). So, banyak benda la nak kena blaja kan. Dengan software, laman web bagai. It takes time jugak la nak blaja benda-benda nih. Then, bermulalah perjalanan kami.

Sedang kusyuk meng'explore' benda alah tu

Inilah Syakirah, my new officemate..
(ye ye je dok tekan, padahal alat die rosak..Hahahah!!)


Sedang saya berjalan sambil memegang alat GPS tu, di depan bangunan KKR, macam biasa lah, kereta berderet je kat tepi jalan tu. Saya memang terperasan ada sebuah kereta myVi putih kat tepi jalan, driver seorang lelaki dan saya sambil dok usha keta tu,

"Pehhhh, cantik betol sport rim keta ni, kereta pon kilat, cermin tinted gelap lagi, memang smart ah!” hatiku berkata. :)

Masa kitorang passing by kereta tu, saya terdengar ada orang mengetuk cermin kereta daripada dalam. Saya pon tanya la dengan Syakirah, sebab die jalan belakang saya,

"Syak, bunyi apa tu? Ada orang ketuk pintu ek?"

Syakirah pon mengangguk dan kitorang buat bodoh je, terus je jalan sebab ingatkan lelaki mane-mane ntah saje nak memain. Sampai simpang empat depan JKR, kitorang pon dok adjust-adjust la alat tu untuk ambik data, pastu, terdengar,

"Kak, nak tumpang tanya..."

"Akak die panggil?" hatiku berkata lagi. Heheh.. (Tak sedar diri betol :p)

Kitorang angkat je muka, rupa-rupanya suara tu datang dari kereta myVi putih tadi dan saya tergamam. Nak tau siapa budak tu? Budak tu adalah Aril AF7. Haha! Tak sia-sia dok buat practice petang tadi, at least, boleh gak cuci mata. :p

"Kuarters JKR kat mana ye?" tanya Aril. Kitorang berpandangan dan Syakirah pon menjawab, "Tempat tinggal ke? kat sini memang takde"

Kitorang tak sempat nak fikir ape sebab kereta belakang Aril tu asyik dok hon-hon dah kat kereta si Aril nih. Macam jeles plak kitorang dok berbual-bual..(Hahaha...berbual la sangat)

“Okey-okey, takpe lah, thanks ek!” kata Aril sambil senyum dan berlalu pergi.

Saya masih lagi tergamam. Pastu, rupa-rupanya kereta belakang plak, ade Akim AF7, tengah dok main-main rambut dia. Dia senyum je tengok kitorang. Mungkin sebab tengok saya tergamam tengok dia kot. Hahah! Sampai terteleng-teleng kepala die dok tengok kami berdua, dan xsemena-mena, saya lambai je dia dan die membalas lambaian saya. Hahaha! Lepas diorang pergi, saya pandang Syakirah,

“Waaa, tak sangka plak jumpa diorang arini, terasa di awang-awangan plak” kata saya. Syakirah dengan muka heartless nya, “Akim tu sape?” Adoiiiii la, rupanya minah ni tak kenal, patut la heartless gile muka berbanding dengan saya yang masih dok tersengih-sengih ni. Lepas tu, kitorang terus balik office sebab dah tak tahan panas (padahal, tak leh nak wat keja dah. Hehehe!). Esok pagi kitorang sambung tempat lain plak.

9 comments:

  1. poyor ah che pahh..hahaha..

    ReplyDelete
  2. hahha..ape plak poyo..? sepoyo-poyo saya, syak lagi poyo..hahahahha!!!

    ReplyDelete
  3. bagus..wat blog sendiri..tahniah!!

    ReplyDelete
  4. hahaha..tq si Dayang nandung! :)

    ReplyDelete
  5. wah2. a new blogger.
    welcome on board!
    pah nanti bg la contact number Zura Akademik tu eh.
    macam best je kursus situ :)

    ReplyDelete
  6. Una: Okey, nanti una donlod je borang dekat website die. Every week memang die buat kursus tu. Nak register on the spot pon bole je, cuma, takot dah smpai sana tu, dah ramai plak. Tempat tu betol2 belakang Dataran Maybank Bangsar. Kat bangunan kompleks niaga. Yuran RM80.

    ReplyDelete
  7. kau mmg new blogger yang suci
    perkataan kau setaraf bait lagu dan novel
    sangat hebat!!

    chumel bila membaca
    aku suka!!
    ;)

    ReplyDelete
  8. Azeera: Hahhaha! Mcm bait lagu & novel? Waahhh...Tapi, yang tu je la mampu saya buat, sebab saya lagi expert kalo tulis dalam bahasa kelate. Hahah! Tapi, takkan nak tulis dalam bahasa kelate, nanti korang tak paham plak..hihihi...Thanks anyway...teruskan membaca ya... :)

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!