TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Friday, February 19, 2010

MC today

Saya MC harini. Tak larat betol nak bangun nak pergi kerja pagi tadi. Start semalam lagi. Maybe sebab bilik seminar tempat saya berkursus tu sejuk sangat kot. Itu yang sampai melarat ni. Badan saya sangat panas tapi, menggigil kesejukan. Nak mandi pon tak boleh. Lepas ambik Ameera petang semalam, terus saya balik tidur sampai maghrib.

"Apaaahh, jangan la tido..." Ameera cuba mengejutkan saya dari tidur. Maybe dia dah keboringan sangat kot dok main sorang2. Saya memang dah tak larat nak bukak mata.

"Meeya main apa tu? Apaahhh demam..." kataku sambil menarik tangannya ke mukaku.

"Panashhhnye Apah..syiannn Apah syakit...Apah kena makan obat tau..Meeya tak demam.." kata Ameera sambil berjalan-jalan memakai kasut sukan mummy nya dalam rumah. Tak larat dah saya nak bangun melarangnya supaya membuang kasut tu. (T_T)

Semalam, Nazir dah ajak saya pergi Midvalley lepas maghrib untuk cari bracelet for our wedding. Sebab sekarang ni tengah sale sempena Chinese New Year and Valentine's Day. Memang tak larat sangat nak bangun. Tapi, kugagahkan jua badan ni untuk pergi. Sebabb, kalau saya tak keluar, demam saya mungkin makin melarat akibat dok terperuk je dalam selimut. Saya perlu menunggu kakjed pulang dari kerja dulu. Sambil menunggu kakjed, saya baru teringat ada Cool Fever dalam peti. Ameera punya. Walaupun benda tuh hanya untuk kegunaan kanak-kanak, tak kisah lah, badan ni panas sangat dah. Tak tahan. Saya pon tempek je kat dahi. Best gak pakai benda tuh, sejuk je ..

Sesampainya kakjed di rumah, saya siapkan diri untuk keluar.

"Apah nak gi mana ni?" tanya Ameera sambil senyum2 (mengharapkan saya untuk membawanya sekali. Hahah!)

"Apah nak gi buang syampah la..." jawabku lemah. Memang itu je alasan yang selalu saya dan Daddy nya bagi kalau nak keluar pergi mana-mana tanpa membawanya.

"Apah nak gi buang syampah? Meeya nak ikut jugak lah Apah pegi buang syampah" sambungnya lagi. Maybe budak ni dah semakin pandai, dah tak percaya dengan alasan yang saya bagi. Hahah!

Saya cuba menukar alasan lain, "Apah nak gi hospital, Apah sakit ni. Apah nak jumpa doktor. Kalau Meeya ikut, nanti doktor cucuk Meeya dengan jarum. Meeya nak ikut ke?"

"Meeya tak nak lah ikut Apah"

"Mummy!!! Apah syakit, Apah nak gi jumpa doktor!! Meeya tak nak ikut!" jerit Ameera kepada mummy nya.

Sesampainya kami di Midvalley, plannye nak pergi terus je kat TOMEI. Sebab Isnin lepas, saya dan kakjed dah survey bracelet kat situ. Even pilihan yang ada sikit je, ada yang saya berkenan. Tapi, nak try tengok jugak dekat Wah Chan dulu sebab saya membership kat situ. Kot2 ada yang lebih menarik plus under our budget. Saya suka masuk Wah Chan ni sebab design2 yang ada lain dari yang lain. Macam Poh Kong ke, Habib ke, design lebih kurang sama je. Lagipun, berlian2 di Wah Chan ni memang first grade punya. Ada design satu bracelet yang saya tengok kat TOMEI hari tu, lebih kurang sama di Wah Chan punya. Tapi, harga di Wah Chan jauh lebih mahal.

Dah masuk dalam kedai tu, kitorang mencari Uncle Alex. Uncle Alex ni orang yang kitorang deal dengan dia masa kitorang beli cincin tunang dulu. Kitorang suka dengan uncle ni sebab senang nak tawar-menawar dengan dia. Kalau orang lain, kalau 70%, stick kat harga tu je la. Tak boleh nak tawar2 lagi dah. Setelah ditapis2 bracelet yang dikeluarkan, akhirnya, tinggal lah satu bracelet tu. Memang cantik, tapi exceed our budget la. Setelah berdiskusi, kami bersetuju untuk membeli bracelet tersebut.
Okeyyyy, done for one thing. Sekarang, boleh la saya nak slash 1 item at my wedding preparation's checklist. Heheh!

4 comments:

  1. seronoknya buat preparation utk kahwin..

    ReplyDelete
  2. siannye chepah..
    td saye dh fax kan borang maklumat kehadiran ke kursus arcview minggu depan kpd prokom. sy tiru signature che pah..hehe..

    ReplyDelete
  3. Una:
    Sonok memang sonok. Tapi, yang tak seronoknya, duit yang abis..hehhe..

    Syak:
    Owh ye?Dah fax ek? Saya terlupa sungguh pasal borang tu. Anyway, thanks ye syak..Hehehh!

    ReplyDelete
  4. wow...dh bli bracelet...yanie x bli lg...bulan dpn br nk bli...

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!