Burppp..! Oppss, excuse me. Kenyang sangat. Heheh! Tadi lunch best!! Pizza Hutt! "Alaaa..piza je pon..". Mesti korang cakap macam tu kan? Hahaha! Tak kisah lah.. Hari ni boleh pergi lunch tempat jauh sikit sebab lunch time hari jumaat ni memang lama.. From 12.15 p.m till 2.45 p.m. Lama tak? Ke biasa je? Heheh! Saya pergi bersama geng ronggeng.. Dah lame plan nih...(kononnye lah.. :p) Maira dengan Dayang sharp 12.20 tunggu kat jejantas.. Saya tak boleh nak keluar lagi sebab segan.. Pasal baru je balik dari bank dengan Wani kol 12.00 tadi. Nanti bos kata saya ni asik merayap je kerja. Saya ni dah la budak baru dalam unit tu, so, kena la jaga nama sikit kan..(sungguh berpura-pura.. :p).. Hari ni tak cukup korum, Sakinah dan Syakirah tak dapat nak ikut sebab Syakirah cuti dan Sakinah pulak kene tahan dengan Dato'. Time-time ni jugak lah Dato' nak tahan, padahal, time rehat pon.
Sejak pertukaran unit on 2 Feb tempoh hari, lately, kami satu geng ni, semakin rapat, walaupun, semua dah tak sebumbung (Bear'ah je pon.. :p). Setiap masa, setiap ketika, kami selalu berinteraksi guna Groupwise Messenger (laman rasmi tau, bukan YM), ade je gosip yang nak digosipkan. Kalau tak ber 'chit chat', kami ber'emel-emel'. Ehhh..kami ni ronggeng bukan sebarang ronggeng tau. Ada value tau! Takde lah gosip memanjang je.. Kat situ jugak lah kami sharing opinion, meluahkan perasaan yang tak puas hati la, masalah kerja la, fikir nak buat trip kat mana plak lepas ni dan macam-macam lah! Kami ni macam persatuan ibu-ibu tunggal plak. Hahaha! Kami ni first batch JKR kontrak. Sekarang ni, kitorang punya aim, nak ambik Professional Engineer sama-sama (status Ir). Waaahhh gitu.. Semoga angan-angan ni akan menjadi satu kenyataan suatu hari nanti. InsyaAllah..(bukan angan-angan la, memang betolll la ni..tak tipu... :p)
Setiap orang dah dapat sorang satu, so, bila dah tinggal 2 slices macam ni, semua dah malu-malu kucing nak ambik. Padahal, masing-masing... Lalala...Hahaha!
waahhh!! sampai hati korangg makan tanpa kehadiran saye n sakinah yerr.. muke semue ceria lak tuh.. buat2 le sedih sket kitorg x dpt join..haishh..
ReplyDeleteHahaha! Sedih memang sedih syak..Tapi, bila pizza dah ada depan mata, kesedihan tu hilang sekelip mata. Hehhe..
ReplyDelete