TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Saturday, July 31, 2010

Puding Gula Hangus

Ha, harini, meh kita belajar buat puding gula hangus ni.. Terasa rajin plak harini nak masak2.. Setelah berhempas pulas mengemas rumah, basuh baju2, pergi beli barang2 mentah yang dah habis langsung, masak untuk lunch, rasa nak buat puding plak. Ngeh3..ok, jom kita masak2..


Setelah mensurvey resipi kat tenet, konfius gak sebab banyak sangat jenis resipi yang ada. So, saya hantam saja ikut rasa binasa saya sendiri... :)



Mixer ni saya dapat masa majlis kahwin saya haritu. Kakak ipar yang bagi. So, agak gatai la nak guna walaupon untuk buat puding ni tak perlu guna mixer pon. Just kepuk2 secara manual pon boleh... Alaaa, bila lagi nak guna kan? Nak wat kuih raya, memang tak buat la, sebab dah banyak tempah ngan kawan2..support kennn! =P



Ok, ini bahan-bahannya..

7 biji telur
1 tin susu cair IDEAL
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan air
7 sudu besar gula pasir (4 sudu untuk dikepuk bersama telur)


Panaskan 3 sudu besar gula pasir (atau lebih kalau mahu lebih kuah) di dalam loyang sehingga keperangan (as picture below). Gunakan api yang paling minima untuk mengelakkan gula hangus sampai hitam. =P


Taraaa...!!
Tutup api, then, sejukkan..



Sementara itu, blend telur dan gula pasir sehingga kembang/berbuih. Masukkan telur one by one okay! Then, masukkan esen vanilla dan seterusnya air. Dah siap blend, masukkan bahan-bahan yang diblend ke dalam loyang tadi. Then, kukus sehingga 45 minit.



Taraaaaa!!! Siap untuk dihidang! Dan lagi menyengat kalau letak dalam peti ais. Perghh!



Ternipis plak. Takde loyang kecik lor.. (^^,)

Ok, sekian resipi untuk harini.
Selamat mencuba!

:)

Friday, July 30, 2010

Sunset...



Sunset.
View from my room..hehhe..
Nak balik KL dah..
Babaiiiiii...




Abammmm...here I come...

ngeeeeeee...

(^^,)

Wednesday, July 28, 2010

Na na na na...Teganu kiteeeeeee...


Haluuuu! Saya bersiaran dari Teganu kiteeeeeee.. ngee... baru sampai ni.. penat seyh...
*wush..wush..wushh... (menghela nafas)


Ok2.. Pagi tadi bertolak dari KL dalam kol 10 pagi then sampai di bilik kol 4.00 petang. Macam kebiasaannya, sepanjang perjalanan, saya tidur je memanjang. Sampai herot petot tudung ni, memang lena betoi. Nasib baik jambul tak terkeluar je. ngeh3..


Saya dok MIDTOWN HOTEL. Hotel ni agak murah je, dalam RM100++..eh, RM1++..eh, camno gayanya nak tulis eh? Ok, fine, seratus lebih. So, sorang ambik satu bilik la sebab kelayakan untuk claim RM170. Dah landing2 kat bilik, one of my team mate sms me. Katanya nak pergi Pasar Payang.. Wah, sangat best tuh (abih dah la duit aku kali ni..).


Siapkan diri, kol 5.15 petang kuar. Kitorang gamble je tadi sebab taktau pasar tu tutup kol brape. So, pi je lah. Alhamdulillah, masih ade lagi kedai yang bukak. Rabun mata weh tengok batik2 kat sana. Cantikkkkk... Berair mulut tengok. ngeh3.. So, hasil tangkapan saya harini:




Kemeja batik untuk abam. Ye la, kan beliau dah kerja gomen sekarang. Every thursday, kena pakai baju batik. So, cari lah satu untuk abam. Cantik tak abam? =P. Actually, kaler purple ni, tapi sebab lampu kunin, nampak kaler chocolate plak.


Tauke letak RM165...then RM150..and lastly RM110. Ish, kalau saya tawar menawar lagi mesti dapat lebih rendah lagi ni. Tapi, tak larat dah. Untuk saya? Erm...takmo la.. dah banyak baju batik kat umah (padahal sebab takde cash money..kalau takk...paham2 ajo la ye) (-_-")


Ok la, mau pi makan plak. Nak makan ape ye kat Teganu ni malam2? Takkan nasi dagang yang sedap kot. =P


Nasib baik hotel ni ade WiFi.. :)

Pengantin lama

Masih ade kejutan lagi..
Semalam dapat hadiah lagi..ngeee
Kalangan bos-bos plak tu..
Sejawatan pon ade juge..
Aritu, hadiah dari satu bahagian senggara ni dah dapat dah..
Tak sangka diorang kasik lagi..
Saya ni dah pengantin lama ni..
Masih dapat lagi ye..?
Apepon, thanks ye..
Sangat cumel set pinggan dan cawan tu..


Thanks again!
Staff Blok F Tingkat 10, JKR..


I loikeeee! :)

Jalan-jalan tengok rumah


First of all, (eceh, macam nak wat ucapan plak)


Sesapa yang nak renovate rumah, boleh menghubungi Mohd Nazir di talian 012-6083074. Now, you can see  the advertisement at sidebar on your right okay. Nanti korang jenguk2 la ye..


Alhamdulillah, Abam dah setup his own company. Bukan sorang2, tapi, partner dengan kawan baiknya, Amie. Nama company mereka ialah Bakawali Berkat Enterprise. Kenapa Bakawali Berkat? Sebab kami dok Taman Bakawali..hehhe... dan tersetupnya company tu, alhamdulillah, mereka dah dapat 2,3 projek sekarang ni. Projek kecilan sahaja. 


Their first project di Seri Kembangan. Extend dapur. Nama tuan rumah tersebut ialah En. Syed. So, kiranya nak pergi turun site la ni. Mereka pergi tengok keadaan rumah dahulu sebelum construction dilakukan. (Amie bersama tunang, Dida dan Abam). Eh, saya pon ikut skali. Ye la, nak kasi support (padahal tak boleh nak berenggang..ngeh3..). Eh, tapi, memang betul la, sejak saya kahwin ni, tak pernah lagi kami berenggang kalo nak ke mana2.. Di mana ada saya, ada la Abam, di mana ada Abam, ada la saya. Hanya berpisah di waktu kerja saja. Hehhe... Walaubagaimanapun, kami terpaksa berpisah seketika sebab harini saya akan ke Terengganu. Ada meeting kat sana, till Friday. Ahhh! lama kan? =P. Eh, dah masuk cerita lain dah ni..

Hah..tu dia! 3 orang engineer yang berkaliber turun site..

Ni ape ke hei nye nih?

Dida macam tak puas hati je dengan encik tunang beliau...

Kat sini la client nak extend dapurnya







Aih? Kata pergi tengok site. 
Tapi, gambar rumahnya ade satu je..ehhe..jangan mara noh..

Tuesday, July 27, 2010

Roti sedap

Harini saya puasa.. Last day ok! So, petang ni dah raya.. Balik ni boleh la nak wat ketupat bagai..haha..ok2, dah start mengarut dah. Tengahari tadi ada pasar. So, saya beli roti favourite kat situ. Teringin nak makan. Lagipon, abam pon suka. Boleh buat bekal untuk breakfast semasa ketiadaan saya nanti.



sedap roti ni. Kes packing macam ni sebab Syakirah nak try roti ni. Dia pon puasa. Glamer roti ni kat jkr. Cuma syakirah aje yang taktau.. Patutnya, tauke roti tu kena bagi roti free kat saya ni pasal dok promote2 roti dia ni..

Hah??

Awak ada Fibroadenoma.


Gugup...
.
.
.

Risau..
.
.
.
Takut..
.
.
.
Sebak...


Harap semuanya ok.


(-_-")

Monday, July 26, 2010

Early breakfast and late lunch...

*Sigh...


Duh. Awal2 lagi dah mengeluh? =P. 
Mengantuk bangat nih.. 

(walaupon dah tidur sepanjang perjalanan ke ofis tadi =P) 
Semalam tidur agak lewat dan pagi ni bangun awal.. Pasepa? Sesi menghantar my moms balik kampung. Wah, 'moms'? 
Ye la, kan dah ada dua mak sekarang ni..ngeh3.. 
Semalam, dah menyinggah umah abang di Wangsa Maju, alang2 nak balik umah, saya hantar mama naik bas di Hentian Putra.
So, agak lambat la sampai umah. 
Dan pagi ni pulak, hantar mak mentua nak balik Kedah di LCCT. Kol 5 pagi bangun tu..
(Bangun kol 5 pon nak kecoh ke chepah oi!)
Semayang Subuh kat terminal, then terus breakfast dengan Abam. 
Makan nasi lomak pagi2, memang ngantuk sangat..
Sian abam kena drive sorang2 sampai opis sedangkan saya lena diulit mimpi..
(Bukan ke hari2 memang tidur je dalam keta?)


Oh ya, tegahari ni patutnya saya mewakili unit kena pergi pameran Map Asia 2010 di KLCC.
Dah sampai sana, register bagai, tup tup, kol 4 petang baru boleh masuk tengok booth..


Juz got this pass untuk kenang-kenangan... =P
(ahamad la not ahmad okay! selalu silap tulis..isk iskk)



Doh gane gitu?????? Kami dah sampai situ kol 12 tengahari. Driver pon dah chow..
Ape nak buat kawan2?
Takkan nak tunggu berejam semata2 nak kena pi booth tu kan?
Dah kebetulan bos pon ade seminar gak kat situ.
Beliau juge dah bagi kebenaran untuk.....ROUND2 KLCC... hehhe...
So, dah alang2 kol 12, kami round2 satu KLCC la tadi.
Sampai kol 2.30 petang.


Disebabkan salah satu geng kami pose, so, terpaksa la tapau McD bawak balik opis..
Kol 4 petang tadi baru makan..sangat kenyang!


burppp! (@_@)




Friday, July 23, 2010

Memang bangang r!

Saya baru terbaca emel yahoo saya. Ada orang anta message berunsur lucah melalui facebook. Tolong kawan-kawan... Macam mana nak delete friend ye? Kalo kita delete dalam friend list kita, adakah dalam list dia juga terdelete sama? Ha, kalo nak block plak macam mana ye? Silap saya la ni. Friends request saya dah sampai 100 lebih aritu. Malas betol saya nak cek one by one kenal ke tidak. So, saya biar je. Pastu, ade la kawan2 lama yang marah sebab tak approve diorang punye request. Itu sebab saya mengapprove half dari friend list saya secara membabi buta aritu. Then, ter'approve' plak budak ni yang dikenali sebagai Boy Nakal Gs.. Saya memang tak kenal budak bangang ni. Ni la natijah nye kalau main approve tanpa cek dulu.. Aritu, dia penah tag nama saya kat satu gambar lucah. Dah la masa tu, saya takde internet, takleh nak buang tagging masa tu. Naseb baik Abam tolong buangkan kat opis lama dia. Dah trang tang tang nampak saya married kan? Ganggu buat ape lagi??? (-_-").





Macam mana nak block budak ni dari menerjah masuk ke FB saya ek? Geli do'oh!

Banjir di pagi hari...



Korang dengar tak Hot.fm pagini? Tajuk pagi ini adalah "debaran menanti....". Memang sengal la Hot.fm pasal buat saya menangis di pagi hari! (-_-"). Sebab ada sorang caller lelaki, nama Ari tak silap.  Beliau beritahu sekarang ni dia memang ada konflik dengan wife dia dan mereka dah memang takde chemistry dalam perhubungan mereka. Bila ditanya kenapa, dia memberitahu yang mungkin masing2 ada komitmen kerjaya, tak banyak masa yang terluang dan ternyata perkara ini bukan disebabkan ada pihak ketiga.! Memang sekarang ini dia berdebar menunggu keputusan antara dia dan isteri untuk bersama.  Katanya, demi anak2, kerana sayangkan anak2, dia akan cuba buang segala ego demi memulihkan kembali perhubungan mereka. Kelihatan Ari begitu menyayangi anak2 sebab bile dia sebut anak2 dia trus je sebak..(sape yang tak sayang anak kan?)


Duhhh! Airmata seorang lelaki memang berbisa jugak kan? Menitis air mata saya bila mendengar cerita beliau. Memang tersentuh betol hati dan jiwa raga saya. Masih ada kasih sayang yang kuat antara mereka... kalau tidak xkan Ari menangis... Saya harap wife dia dengar hotfm tadi... semoga mereka berdua kekal sebagai suami isteri... Cerita ni saya dengar dari orang yang saya tak kenal. Kalau yang saya kenal macam mana? For sure nangis lebih dari orang yang bercerita.. Apepon, we are support you bro! Moga berbahagia selamanya....


Emmmm...... Tapi kan, kenapa saya tengok mata Abam pon berkaca? Hehheheh...




Ya Allah, saya memang sayang dia..

Thursday, July 22, 2010

Streamyx hampeh!!!



Streamyx memang hampeh!!!

Eh, permulaan pon dah bekeng2 gini. Hehhe..sori.. bukan ape, memang streamyx ni sengal! Sebab kali ni, saya yang terkena. Geraammmmm betol. Tapi, taktau kot2 ada diantara korang yang pernah terkena kan. Pasal ape? Ok, meh makcik nak citer. Hujung bulan lepas saya register streamyx kat satu booth di Nilai. Oh, saya ada buat di entry ini.


Streamyx okay kat sini kak...
Memang laju...
2 minggu akan dipasang..
Tapi, biasanya tak sampai 2 minggu pon..
Pasang kejap je..3 hari pasang tepon, 3 hari berikutnya dah boleh pasang streamyx dah...


Alahai.... Manis betol time promotion..Bak kata memang akan dijamin puas hati 100% la... Apalagi, sign terus la kami. Lebih kurang 3 hari berlalu, masih tiada panggilan lanjutan daripada pihak TM. Abam kol streamyx, katanya application kitorang takde dalam sistem lagi. Dah seminggu masih tiada???? Ok, sabaq lagi.. Abam pon kol orang yang tempat kitorang daftar haritu. Nak tanyakan status application kami. Last2, diorang bagitau, masih ada tunggakan yang tidak dibayar oleh Abam. Bil RM1000 lebih kot. Yang tu masa abam dok umah sewa masa belajar dulu. Padahal abam dah terminate line tenet yang tu. Pumpappumpap..nasib baik boleh setel. Tak perlu bayar. Ok, then, boleh la nak buat application lain. So, Abam register terus di TM Point di Serdang. 



Tunggu lagi....



2 hari lepas tu, Abam tanyakan lagi status permohonon kami dengan pihak streamyx. Takde dalam sistem jugak lagi.. Lebih kurang 2 hari lepastu, kontraktor TM kol nak pasang telefon kat rumah. Dalam hati dah gembira la... Mesti streamyx pon dah tak lama ni nak pasang. Pemasangan telefon pon dah habis rm80 hinggit jugak lah.. Dah siap pasang....



Tunggu lagi....



2,3 hari lepas tu, Abam kol lagi dengan orang stremyx tanyakan status permohonan.. Katanya, masih tiada dalam sistem. Kata nak cek port what so ever la kan.. Ok, sabaq lagi, dah kata nak cek port sangat kan.. Kena tunggu lagi 7 hari. Bengong tak? Masa tu memang abang dah marah2 kat diorang la (tapi, secara berhemah okay! Ayat sangat pedas..). Almost every day Abam kol orang streamyx tanyakan status dan hari2 itu lah kami dok sakit hati pasal ni. Tiba hari ke-7, abam kol lagi. Last2, kami diberitahu yang kawasan umah kami tu, port takde, penuh, kejadah ape ntah! Kesimpulan yang diberi, takleh nak pasang! Tunggu orang terminate dulu, baru boleh nak  pasang. Abam tanya bila port tu boleh pasang? jawapan yang hanya diberi adalah...TAKTAHU!.


Memang menyumpah sakan r.. Masa nak daftar, kemain dok mulut manis, janji macam2... Alih2, tunggu dekat sebulan, ni je hasilnye? Kalo korang, ape rasa? Dah la telefon dah pasang, ape jadah pasang tepon kalo streamyx takleh pasang?? Memang Abam kecewa gila lah! (Eh, mention nama Abam je..okay2, saya yang kecewa lebih sebenaqnya, pasal lama dah dok tunggu, sejak berukband saya rosak haritu).


Semalam saya pergi IOI Mall nak tengok wayang, ternampak booth maxis broadband. Tengok package, terus ambik and sign. Hemmmm, tak sangka plak broadband memang murah2 ye sekarang. 

 Gambar ini dicuri di sini


Dulu, modem saje, RM400 dah. Then line bulan2, RM 101.15. Mahal kan? Celcom punya tu. Kalau line laju, boleh la terima, ni macam ape ntah. Nak bukak FB pon kena tunggu satu malam baru boleh bukak. Then, saya balik try pasang maxis broadband kat umah... Fuihhhhhhhh...sangat laju okay! Tak sempat tekan lagi, dah tukar page lain dah. Eh. okay2, lebih2 plak. So, sekarang dah ade internet kat rumah...weeheee!



Wednesday, July 21, 2010

Got award again! yeyyeyey!

Yey! Dapat award lagi... Actually, dah lama dah dapat ni, cuma sekarang baru ade masa nak wat entry ni...Mohon maaf dipinta.. (-_-")

So, here is the award that I've got from Fara... Thanks dear! Really nice..




Ok, sekarang saya mahu jawab soalan yang beliau bagi..

1. Anda mesti memberi pujian kepada pemberi 'award' ini.

Thanks fara sebab sudi bagi award ni kat akak. Wah, hadiah kahwin la ni ye..hihihi.. Fara ni memang follower my blog pasal setiap kali saya tengok nuffnang, mesti beliau ada. Tenkiu si budak kecik! Eh, budak kecik ke? =P. Blog anda pon superb! Penulisan beliau adalah sangat jujur dan pandai betol berkata2..


2. Sila beri 'award' kepada 10 bloggers yang lain.

- Ida
- Idina
- Afraliza
- Una
- Nash
- Yanie
- Ain J
- Athie
- Nor
- Kak Eynda
- Aja

3. Anda mesti beritahu kepada 10 blogger ni.

Kalau rajin, saya bagitau depa ye...


4. Bagaimana anda boleh di gelar 'blog' yang 'Best and Great'?

Erm, entah la.. Saya pon tak pasti macam mana saya boleh dapat award ni. Tang mana ntah 'best and great' nya blog saya ni. Pasal saya pon banyak cerita pasal diari harian saya bersama Abam je. Haaaa..maybe orang suka tengok gambar kot. (^^,)

Tuesday, July 20, 2010

Idea doorgift untuk tetamu..

Emmm, tak habis lagi ni pasal majlis kahwin saya. Jangan marah noh.. Saje nak berkongsi idea dengan kamu2 juge. Mana tahu saya boleh membantu dalam pemilihan doorgift untuk tetamu kesayangan anda nanti kan? Ok, saya akui, benda ni la paling menensyenkan saya masa nak kawin aritu (selain baju2, photographer n katerer la. Sebab doorgift ni kan memerlukan kuantiti yang banyak dan memerlukan masa yang lama untuk setel (if DIY la). Tapi, kalau perlu tempah pon, perlu ambik masa yang lama jugak kan? Nak kena booked awal-awal la, etc.


Ok, macam saya, dah last minute jugak baru buat keputusan nak pilih ape untuk doorgift ni. Susah wooo nak cari sumthing yang murah+cantik. Hahah! macam korang2 juge la kan, mesti la nak cari yang betul2 puas hati kan. Memang saya rancak dok survey doorgift ape yang nak dipilih sejurus saya bertunang lagi. Konon2, niat dihati nak DIY. Tapi, memandangkan bunga pahar yang saya DIY lebih kurang beberapa bulan yang tak siap-siap lagi masa tu, telah membantutkan niat saya yang suci murni itu. About less than 2 months before  our wedding pon saya masih terkial-kial dok mencari idea doorgift. 


Weekend bila ntah, saya ikut Kakjed pi kedai Kak Ailin di Sungai Buloh pasal kakjed nak cari baju Ameera and Ammar. Kat sana, kami ternampak paperbag yang Kak Ailin jual. Sangat murah okay dan sangat cantikkkkkk! Kak Ailin ni selalu ulang-alik pi China sebab nak cari stok baju2 baby and kanak2. Tanpa pikir panjang, zuppppp terus tempah sebanyak 700 pcs. Hadiah VIP pon saya tempah dengan beliau jugak. So setel! Ok, baru setel bab paperbag masa tu. Jenuh gak kami dok pikir nak letak apa plak dalam paper bag tu. Arghhhh! Sebulan sebelum majlis baru boleh decide ape benda nak letak dalam tu. 




Ok, ini uncang untuk doorgift VIP. Saya tempah 100 pcs tapi, tak habis gak. Hahhah! Dalam uncang ni, saya letak box buluh dan di atas box tersebut saya letak small white rose. Sangat cumel. Malangnya, gambar tak ambik la. Nanti la, kalau saya terjumpa gambar tu, saya upload okay!. Dan dalam box tersebut, saya letak 6 pieces of chocolate coins. Kawan2 saya sangat suka dengan itu chocolates. Nampak classic gitu. Kunun2 macam harta karun la. =P. Mahu lihat dengan lebih jelas? (see picture below)



Alaaa, tak nampak penuh la plak. Gambar ini je ada. Takpelah, korang boleh imagine kot. :)






Ini la paperbag yang digembar-gemburkan tadi. Dalam ni, saya letak baulu (3 biji dibungkus rapi), gula-gula dalam uncang, dan 1 kotak kismis. Simple je kan? Kos paperbag+isi dalam = RM2.00 sahaja. Murah tak?






















Kasi zoom sikit.. *wink




Ok, tamatlah edisi doorgift saya. Nantikan DIY bunga pahar. 

Tengah cari gambar tapi tak jumpa.. (-_-")

Monday, July 19, 2010

Playing with photoshop actions!

I've been working with this actions since last week. Install itu, install ini, tak dapat. Alhamdulillah, finally, I got it! Photoshop actions are so much fun to play with! Baru sekarang saya tahu.. (-_-"). And now, I'm so addicted to it..  Even I was soooo busy with my family matters and also work, saya akan cuba mencari masa yang terluang to play with this and it was so fun. By the way, there are so many other things that I need to learn.. Cayuk Chepah! Jom layanz gambar..


The photo on your left is the original photo (straight from camera) and the right photo is edited by me using photoshop.. can you see the differences? Isn't it look more nice?
(not me, i mean the pic okay!) =P



Please ignore gelagat model di atas ye..

This picture i love the most because it looks warmer. For simple actions like this one, I often run them two or more times, just to layer on the effect until I like the result.You like it?


Nak tunjuk ketumbit abam sebenarnya ni, tapi tak ternampak plak.. =P



Hooyey! Dah habis percubaan pertama saya... Now I’m not mad at my camera any more =P. Photoshop actions are very powerful beasts.

Makan besar lagi...


Halo makcik2, pakcik2, abang2, adik2, kakak2 sekalian... Haih, its already tooooo long not updating my beloved blog... Sangat RINDU okay! Tapi, nak buat macam mana, saya terlalu dengan busy dengan hal2 rumah tangga sekarang ni. Hehhe.. Saya nak update gambar perihal hari Jumaat hari tu, tapi tak sempat. Pasal ade meeting unit pada sebelah petangnya. Ok, lunch haritu, kami (geng ronggeng) bersama sekali lagi menikmati makan besar. Erm..dah habis pikiaq kat mana nak makan. Last2, pi KL Sentral, pi makan RASAMAS kat sana. Ok la kot kan.. =P. Yang bestnya, kalo cukup korum macam ni, tak perlu bawak purse pon. Pasal semua ditaja oleh RONGGENGdotCOM (macam gempak je bunyi 'ditaja' kan? Ditaja la sangat..padahal, memang  kami dok kutip duit sokmo pon tiap2 bulan). So, memang melenggang kangkung je la haritu.


Dari kiri: Beah (si penjual brooch), Maira (ceti halal a.k.a leader ronggengdotcom psl beliau yg pegang duit...ngeh3..), Dayang (si burung enggang), Sakinah (minah blur), Syak (teman tapi mesraku) dan Wani (my twin)..

My dish..Chicken Chop Roaster

 Bini sapa la yang pakai tudung pink yang makin mengembang sangat tu? (-_-")
Hai..dah kawin pon main peace2 lagi? =P

Thursday, July 15, 2010

Saya terjumpa benda baru

As previous entry, Beah datang lagi. 
Emmm, tapi, Beah tak datang la, saya plak yang  pergi cari beliau.. 
Dapat ni plak...



Ini brooch yang saya beli dengan beliau..
Hurmmm...beli lagi..haih~~
Comel tak?
Tak pernah tengok brooch macam ni sebelum ni, tu yang geram nak beli tu..
Guna material kain cotton..
Sangat comel kan?
Macam english style gitu..
Nak pakai ngan baju kurung mungkin tak berapa sesuai, ngan T-shirt boleh la kot.
Baru la nampak childish sikit.
(-_-")






Nak oder?

Sori r...dah abeh dah..kena borong oleh saya... =P

Di suatu petang yang gelap...

Balik petang semalam... tengok lam peti surat, ade ni....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Dalamnye ade.....




Yey! Sudah sampai.. Cantikkan cd ni? Semalam, jenuh gak la tengok semua gambar yang diorang snap masa majlis saya haritu. Banyakkkk sangat. So, pasni, kalau dia suruh saya pilih gambar mane yang nak diprintkan untuk buat story book dan sticky album, saya surrender la.. Biar depa sendiri yang pilih. Depa yang lebih biasa kan? Tak larat nak tengok semua... (-_-")


p/s: Snap guna hp je ni.. (Ape jadah saya bagitau ni? =P)

Wednesday, July 14, 2010

Hai puan!



Baru saje habis kursus GIS... Bukan saya yang berkursus ye adik2.. Saya yang jaga kursus. Kononnye macam fasilitator la.. Kali ni JKR Pahang yang terlibat, so saya la yang kena jaga kursus tersebut. Setiap staff di unit saya ni akan diberikan satu tugas untuk mengupdate data2 Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri bagi seluruh Malaysia. Peta satu Malaysia tu, kitorang la yang produce. Bukan senang ye nak proses, memakan masa bertahun2 tau. Sorang akan jaga satu negeri, dan saya kena monitor untuk negeri Pahang.


"Puan, kenapa data ni tak appear kat sini?"

"Puan, boleh mintak peta untuk pahang?"

"Puan, data2 ni saya dah update sikit, boleh lah kalau Puan Arifah nak ambik data saya sekarang.."


dan bla.. bla....bla....


Alahaii....semua orang dah panggil saya dengan panggilan puan... Terasa diri ini begitu tua lah... Heheheh! Memang tak sedar diri betol... =P. Sekarang ni, saya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan penukaran status ni. Orang yang lebih berumur dari saya pon panggil saya dengan panggilan puan. Terasa janggal bila orang panggil puan sebab saya kan muda lagi dan muka pon masih keanak-anakkan je.. (Kalau rasa nak tampar saya, boleh la anda berbuat demikian sekarang! =P)


Monday, July 12, 2010

Bila si kecil menangis....






Lama dah tak dengar kisah si budak kecik ni kan? Boleh cuba klik sini la kalo nak tahu kisahnya. Kalau dulu, masa dok dengan budak kecik ni, Meeya itu, Meeya ini. Sejak dah kawin ni, susah dah nak dengar kisah budak kecik ni. How I missed her so much! :'(. 

 
Hari Jumaat lepas, tengah saya dok tunggu abam oder KFC kat  meja, I got a call from Kak Jed.  Dah lama tak citer2 ngan Kak Jed. Katanya, taktau la kenapa, seminggu ni asik meragam je si Meeya ni. Tak nak pergi nursery, tak nak pi mengaji, buang2 barang, asik mengamuk2, pukul2 adik dia (Ammar) etc. Hari bila ntah, ada satu kejadian, Kakjed ada paksa Meeya suruh pergi mengaji, tapi, dia taknak. Kakjed dah marah2, dan dia terus gigit lengan Kak Jed sampai lebam. Berair gak la mata kak Jed menahan sakit akibat gigitan si budak kecik tu. Keesokkan harinya, masa Kak Jed hantar Meeya kat nursery, Kak Jed pi citer segala yang berlaku kat Kak Zah (pengasuh). Bila Kak Jed dah pergi kerja, Kak Zah pon cuba slow talk dengan Meeya. Kak Zah cuba memulakan perbualan.


"Nape Meeya buat macam tu kat mummy? Nape Meeya gigit tangan mummy? sian mummy..."


"Sebab Meeya nak daddy" bentak Meeya



"Hmm...kalau Meeya nak daddy, boleh...tapi, jangan buat macam tu lagi kat mummy ye..sian mummy..sakit mummy..."


Bergenang air mata Kak Zah di saat ungkapan yang diberikan oleh si kecil itu.  Dalam amukan si kecil ini, rupa-rupanya si kecil ini sangat merindui daddynya. Kak Zah terus memeluk tubuh si kecil itu dengan linangan air mata. Dengan tidak disangka-sangka budak kecil yang baru berumur 3 tahun itu, turut menangis...Ya, Allah, dalam kelincahan dan perilakunya, tidak diduga si kecil ini mengerti erti rindu, perpisahan yang dialami olehnya.. Kak Zah cuba memujuk lembut,


"Hmm, takpe2, Meeya nangis la puas-puas.."


Mendengarkan cerita Kak Jed tu, tidak semena-mena air mata turut membasahi pipi saya (Dah la dok kat KFC. Malu dek orang kalo tengok. Buruk). Kak Jed menambah, ada satu kali tu, Meeya ternampak sebuah masjid dalam tv. Masa tengah azan gitu kot. Tiba-tiba,


"Cantiknya masjid tu...Mummy, ni masjid daddy...!"  kata Meeya dengan girang.


Maybe dia teringat masa dia pi visit daddynya kat Jeddah dulu kot.


"Semua orang ada daddy, Meeya sorang je takde daddy.. Nanti, bila Meeya jumpa daddy, Meeya taknak kongsi ngan adik, ngan mummy.. Meeya nak sorang2 je"  kata Meera dengan sayu.



Ya, Allah, kesian betol dengan budak ni.. Memang dia rindu sangat2 dengan daddy dia sekarang. (-_-")




Terimo kasih kawe-kawe....

Trutttt..truttttt...

Kak Lana: Arifah, dah ader kat office ye?
Me             : Yep. Ada apa?
Kak Lana: Arifah pergi bilik En. Shafii sekarang ye.
Me             : Hah? Ada apa Kak Lana? (gulp! sangat nerbes okay!)
Kak Lana: Pergi je....

Pup pap pup pap, sampai la saya di bilik En. Shafii...Saya mengetuk pintu bilik beliau.. "Masuk" balas En Shafii. Bila pintu dikuak, didapati, Kak Lana ada di dalam bilik tersebut. 


En Shafii: Haa, Arifah. Masuk.
Me           : Ok. Emmm..ada apa ye?


Rupa-rupanya, mereka nak kasi hadiah. Hahah! Cuak gila beb! Ingatkan ape tadi. Ye la, saya ni mana terlibat dengan orang2 besar kat JKR ni. Memang la terkejut kalo orang2 besar panggil ke bilik macam ni. Macam buat kesalahan disiplin je. Hadiah tersebut adalah hasil kutipan daripada seluruh warga BAHAGIAN SENGGARA FASILITI JALAN. Siap ambik gambar bagai pasal nak letak dalam web JKR. Sangat terharu okay!


Ni hadiah dari warga BSFJ..Tenkiu semua!!!
Apa dalam ni? Rahsiaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


Ni plak hadiah dari Hajar dan Saifulnizam (wrapper sama macam hadiah kat atas :P)
Tenkiu!!!!
Banyak betol dapat rice cooker..ngeh3...:))
Kena masak dengan lebih gigih la ni...yuh tuh yuh !!!!

Perihal raya dan lunch



Apehal plak semua kalut pasal baju raya ni?? Eh, dah nak masuk bulan puasa la.. Tak perasan... Cepatnya masa berlalu... Baju raya???? Alamak! Tak cari lagi ni.. Dengar2, tukang jahit dah tak terima untuk tempahan baju lagi dah sekarang ni.. Lagi la I cuak.. Teringat dengan Anken Helmi. Hari Sabtu haritu, Abam dah tolong tanyakan dengan Uncle Helmi (tukang jahit). Nasib baik masih ada kekosongan.. Uncle tu cakap, semalam is the last day beliau ambik tempahan. Fuhhhh! Nasib baik..Kain?? Tak beli lagi la...Alahai.. 


Ha, baru teringat. Masa kenduri saya haritu, ada gak yang bagi kain sebagai hadiah. Terus la bergegas mengorek kain2 tersebut dalam almari. Ada lima pasang kain... Ada kain songket la, batik sutera la..:)). Ha, boleh la wat raya...hihihi.. Tapi, baju2 yang ada, takde pon yang sedondon dengan baju Abam.. Hum...hantam sajalah bang.... :P





Habis menghitung baju2 yang hendak dihantar ke umah Uncle Helmi tengahari semalam, tiba lah masa untuk lunch.. Nak masak untuk lunch plak. Kol 10 pagi abam dah pergi massage kat kedai. Kesian Abam, sakit kepala 2 hari dah. Tak sembuh2... Banyak angin dalam badan katanya. Sentuh aje kat badan, "burpppp" keluar angin (sendawa la adik2..). Saya tak reti nak urut2 ni. Kang tersalah urut, melarat plak. Ringan2 boleh lah..


Apa ada dalam peti yep? Abam ada beli ikan talapia aritu. Abam teringin nak makan talapia masak cili.... Hahaha! Saya taktau orang panggil masak ape.. Hantam sajalah ye! Sebenarnya, saya ni tak pernah nak masak guna cabai2 ni.. Pasal family saya memang tak makan pedas. Kalau buat sambal pon, sambal yang pedas+manis. So, takde lah pedas sangat kan? :P. Mama lagi la, pedas sikit je pon tak boleh. Pasal tu kami tak didedahkan dengan makanan pedas2 ni. Kan kami ore klate. Makan manis jek. Hahah!  So, bila dah ada family baru ni, kena belajar la masak pedas2. Abam memang cukup suka pedas2 ni....Kalau tak masak pedas2, kena ada sambal belacan. :) Eh, banyak cerita plak. Ok2, pung pang pung pang....siap!




Menu hari ni:

Talapia masak cili
Sayur goreng
Sambal belacan

Hehheh!





Saturday, July 10, 2010

Crazy on Photoshop!

I'm so in love with Photoshop rite now! Hobi tengah kencang...heheh! Saya belajar ikut website orang je.  Suka godek itu ini. Tapi, hobi saya terpaksa dihentikan buat sementara waktu ni sebab internet belom dipasang lagi kat umah... Arghhh! tengah membuak2 hati ni nak belajar... hikhik. Tak sabar nak tunggu internet masuk (ish, my abam boleh terabai kalo berterusan macam ni. Haha!!!). Ada software baru yang saya baru tau untuk editing ni... PHOTOSHOP ELEMENTS. Saya tak sure software ni dah lama or masih baru, yang penting, saya tengah cari software ni sekarang ni... hehhe..! Nak download kat opis, memang lembap r! Setahun tak habis lagi kot. Ngeh3..Dalam photography ni, snapping and editing ni macam isi dan kuku tau. Sangat berkait rapat. Kalau tau ambik gambar je, tak tau edit,tak lengkap lah gambar tu.. Editing memang sangat penting. Macam gambar2 yang saya ambik, kalau tengok yang raw photos (straight from camera), memang tak cantik pon. Takde gamak lah nak tengok (hiperbola plak). Saya sendiri pon tak pandai sangat pon nak ambik gambar lagi. Masih dalam peringkat pembelajaran. Kamera yang ada ni pon, basic aje.. Tapi kalau diedit, gambar nampak lebih unique and lebih hidup.. Itu sebab saya nak belajar editing dengan lebih mendalam ni... Ada sesetengah orang, memang tak suka edit2 gambar ni.. Actually, it’s totally up to the photo, and you are the photographer rite! :)  And depends on what you think looks best. For the conclusion, tengoklah hasilnya nanti.. Ngeh3....



Friday, July 9, 2010

Anda migrain?

Anda migrain macam saya?

Sekadar berkongsi ilmu...dan peringatan untuk saya yang migrain ni..

Amalan yang perlu dilakukan if migrain..

1) Baca Al-Fatihah (1 kali)
2) Baca surah Al-Ikhlas (3 kali)
3) Baca surah Al-Yasin ayat ke-58 "Salamun qaulan minrabirrahim" (3 kali)
4) Selawat (3 kali)

Thursday, July 8, 2010

Welcome to the club!

Abammmm! Welcome to the club dear..!!!
Esok kita pergi kerja sama2 ye...(macam la sebelum ni tak pergi sama2 kan?)
Cuma biasanya, abam drop sayang, tapi, untuk esok abam akan parking keta kat sini..

Heheheh...

Lalalalala...

:P

Wednesday, July 7, 2010

$$$$$$ melayang lagi~~~~~

Truuttttt...trutttttt.....



Wei! Korang ade kat bilik tak sekarang?


Ada. Awat Beah??


Nak bawak something ni...sat na. Japgi saya datang..




Maka, datanglah Beah bersama 'something' dia tu...



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 Hasil tangkapan saya...(-_-")

Love bird! cipcipcipcip..... :)





Cett!
Saya memang tak boleh tengok brooch, geram...
Brooch yang bentuk cili tu, dua saya ambik..hehhe..comel..
(^^,)




Nilai MENJERIT!

Sekarang, saya dah WP3.. Anda tau ape itu WP3? Hahah! WP3 tu masa kerja saya la.. Saya dah masuk kerja kol 8.30 pagi dan balik kol 5.30... So, takde la rushing sangat pagi2 nak pergi kerja.. Even keluar kol 7 pagi dari rumah pon sempat sampai before 8.30.. Cuma, yang naya sikit sebelah petang la.. Kol 5.30 baru keluar, alamatnya, jem la jalan. Tengahari semalam officemate belanja makan nasi arab. Sangat kenyang gila okay pasal saya tak makan breakfast, so, tengahari tu, memang hantam betol2 la nasi Arab tu... Natijahnya, nak drive balik umah semalam, sangat mengantuk tahap gaban punya. Start aje enjin kereta dah  start mengantuk dah. Ditambah pula dengan jalan jem, telah menyumbangkan kemengantukkan saya ke tahap yang sangat dasyat. Siap masuk line orang, nak tercium bas kat depan, mata dok terkelip2 dan TERKATUP!..hahhah! Sangat menyeksakan okay! Belom sampai Tol Sungai Besi lagi tu... So, apa saya buat? Saya stop kat Shell sebelum tol tu, saya tidur dengan jayanya selama SETENGAH JAM! Dem!  Sian abam..dah lama tunggu kat rumah..


Malam tu, abam ada meeting dengan kawan dia kat Wangsa Maju. Sebagai isteri yang penyanyang, saya juga turut mengikutinya...hakhak..! Dah on the way pi sana, tup tup, kawan dia sms, tak jadi datang plak..Haih~~ Dah pakai jangok2 macam ni, takkan nak patah balik rumah balik kot. Rugi baju.. :P Apa kami buat?

.
.
.
.
.
.




Karok di pekan Nilai...

heheh...

Molek sangat la tu aktiviti laki bini ni...






Tuesday, July 6, 2010

Our honeymoon...trip to Bali - Day 4 (Last day)

Kami sudah mau pulangggg...Welcome home... Cehhh...macam la pi jauh sangat... Ngeh3... Ok, day-4 is the last day in Bali. Malas gila nak balik rasanya... Ye la, nanti nak kena sambung kerja macam biasa..huhh...Ok, hari last tu, kami kuar tepat2 kol 8 pagi. Pak Wayan pon dah terpacak kat depan lobi menunggu kami.

Jum layanzzzzzz ....


Kami dah siap packing!

Mula-mula, kami dibawa ke tempat memprosesan silver.. Banyak je kedai-kedai kat area tu. Saya dah lupa ape nama kedai tu. Takleh nak promote-promote.. :)

 

Saya sangat kagum dengan kehalusan seni reka silver ni... kecik2...begitu halus lah! Cantikkk...Harga pon boleh tahan cantik.. kami tak tau nak beli ape kat situ, ye la, tak plan pon.. Dah la harga mahal2, nanti lari bajet..huhu...Dah la first customer masa tu, diorang tengok aje....segan gak kalo tak beli pape kan.. 

Cari punya cari, saya terjumpa satu cincin..sangat unik (yang tersenggeng)..halus betul buatannya..So, saya ambik yang tu je lah..abam pon ambik gak satu, jenis yang boleh pusing2.. Total = 300,000 rupiah untuk 2 cincin ni..melayang~~~~~~~~~


Then, kami dibawa melihat Tarian Barong.. Cumel gak watak2 dalam sketsa ni..Sebab dah baca sinopsis cerita yang diorang kasi, boleh paham la apa diorang dok mengomel kat pentas tu...Excited..:P


Saya sebenarnya lebih tertarik dengan lens panjang yang brother ni dok pegang..
Perghhh...kagum2...! :)

Lepas tengok Tarian Barong, Pak Wayan bawak kami tengok hasil paintings di Dewa KT.Trai  Painter.. Beliau kata, lukisan2 kat situ murah2..Memang kedai2 painting sangat banyak kat situ.. Hmm..kami ni tak minat sangat pon dengan lukisan2 ni..Tapi, dah Pak Wayan ni excited sangat nak bawak, kami ikutkan je la.. Dalam hati dok terpikir, beli aje lah 1,2 nanti... Bila masuk kedai situ, tak sangka harga dia mencecah jutaan rupiah... Memang tak beli la kami... Habis tawar pon, cecah bejuta2 gak..malas! Hheheh! Kalau setakat nak beli, pastu, simpan dalam kotak, then kena makan ngan tikus, buat ape membazir kan? (dah boleh agak apa akan jadi kalau beli jugak lukisan tu) :P.. So, kami cuci mata je la...haih~~

Tengah tengok2 lukisan-lukisan yang ada, saya tertarik dengan lukisan ni...Taktau kenapa, saya sedih sangat tengok lukisan ni...Hurmmmm....... (-_-") Dalam betul makna di sebalik lukisan ni kan?

Sketching...


Dah tengahari, Pak Wayan bawa kami ke Trisna Bali tengok memprosesan Kopi Luwak. Anda pernah dengar pasal Kopi Luwak..? Saya baru terima email beberapa hari yng lepas pasal kopi luwak ni.. Kopi termahal di dunia tau.. Tapi cara penghasilannya sangat menggelikan ok!Yucks! Kenapa? Pasal biji kopi yang dipetik dari pokok, akan dimakan oleh binatang yang dipanggil Luwak. Then, najis2 dari luwak ni lah yang akan mereka proses untuk buat kopi....Yuckkkk!


Kopi yang telah digoreng..

Ada macam2 jenis kopi kat sini..Koko pon ade..Bukan kopi luwak je.. Saya try Arabica Coffee..sedap...

Enak betol menikmati coffee yang segar sambil menghirup udara yang nyaman...hurmmmmm :))

Abam nak beli buah salak.. Orang kata, kalau pi Bali, tak sah kalau tak beli buah salak..Tapi, sayangnya, masa tu, bukan musim...so, agak mahal la..50,000/kg...Tapi, beli jugak.. :P

Beli gak Ginseng coffe and Arabica coffee..

Dah kenyang minum kopi, Pak Wayan bagitau, dia nak bawak kami makan tengahari di Kintamani..makan nasi.. Yeehhaaa! Dah lama gila jumpa nasik..asik makan roti, megi, megi roti...sangat excited bila tau boleh makn nasi..tapi, risau pon ade jugak, pasal, Pak Wayan ni bukan muslim..so, abam tanya dengan dia yang masakan kat situ halal tak..? Rupa-rupanya, bila sampai sana, banyak aje makanan halal boleh dicari kat sana...kat situ la, baru kami boleh lihat ramai orang islam..sejuk betul kat Kintamani ni...View sangat cantik...layanlah gambar2 kam kat sana..yuk!



Lepas makan-makan, kami pergi shopping! Shopping souvenir for our family...banyak gak habis..

Pilih bang, jangan tak pilih...

Tengah nak bayar tu, ada satu baju nama DST RITA KERUT ARIFAH..wah, baju tu nama Arifah la....
walawehhhhhh! hehehh...


Satu hari perjalanan kami di Bali hari tu, semua orang ingatkan saya dan abam ni datang dari Jakarta.. Sebab saya pakai macam Ibu Arini macam dalam sinetron tu kot? Hahhah! Dah agak dah.. Takpelah, at least, parking dapat murah, tambang dapat murah sebab orang ingat kami ni Indonesian.. Ngeh3.. Dah penat shopping, jam dah menujukkan kol 5 petang.. Alamak..! Kami kena ada kat airport kol 7ptg. Ada satu lagi tempat yang Pak Wayan nak bawak. Nak pi makan ikan bakar sambil tengok sunset di Jimbaran.. Kami tak sempat nak tengok sunset...Kami lambat sikit aje.. Tapi harga kat situ, mak aiii..mahal... Ape la Pak Wayan ni, bawak tempat mahal2.. Sampai habis duit kami dikerjakannya... habis 700,000 rupiah kat situ.. Dah la makan dalam keadaan yang kelam kabut sebab nak pi airport plak..hihi..Makanya, tak habis jugak lah lauk2 kat situ... Pak Wayan dok promote suh ambik lobster.. Mahal gila lobster tu. Sekor pon dah 600,000 rupiah... Naseb baik tak ambik..Save duit kami...heheh! Jum sambung layanz gambar2 untuk saat2 terakhir kami meninggalkan Bali...


Abam dipaksa pakai bunga kat telinga...

Macam Ibu Arini tak? :P

Seafood


Selamat tinggal Bali....
Nanti kami datang lagi ye....



Maka, tamat sudah episod honeymoon kami di Bali....