TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Wednesday, March 31, 2010

Yup, memang betul orang cakap, orang nak kawin ni memang stress! (-_-)


Terasa diri ini tersangat lah sibuk dengan urusan meyiapkan diri untuk menjadi isteri orang ni. Ingat senang ke nak kawen, huh?

Berikut adalah fakta2 perkembangan diri saya yang mungkin anda ingin ambil tahu. Kalau tak nak tau pon, saya tak kesah.. =P

1. Berkurung dalam bilik sampai lewat malam selepas kakak mengambil alih mengasuh baby Ammar. Buat gubahan bunga telur sorang diri sambil terpaksa berimaginasi tinggi-tinggi untuk gubahan hantaran, bilik dan meja pengantin yang akan saya buat nanti. Taktau la ape rupa dengan gubahan tu nanti. Entah jadik ke tidak.

2. Doa sungguh-sungguh supaya cuaca baik masa majlis nikah and resepsi nanti. Kalau hujan, mati.

3. Cuba menguruskan badan atau dalam bahasa saintifiknya, diet. Harap-harap baju nikah yang berkelip bagai nak rak tuh muat untuk dipakai masa majlis nanti. Takut jadik macam balut nangka la pulok..

4. Tengah pikir pasal kuantiti doorgift yang perlu dibuat. Takut tak cukup atau terlebih. Fenin..fenin..

5. Terkial-kial menyenaraikan jemputan untuk hantar kad kawin nanti. Takut ada yang tertinggal. Source yang ada hanya lah fesbuk, friendster, officemate. Kawan2 sekolah rendah, takde satu pon yang keep in touch. Saya sendiri pon dah lupa sebab saya sangat pendiam masa kecik2 dulu so, orang taknak kawan ngan saya (T_T).

6. Duit. Terpaksa berjimat cermat dalam mengurus perbelanjaan. Hat ni yang payah skali cheq nak jaga. Tapi, setakat ni, okey lagi.. Gulp! ($_$)

7. Borang nikah. Hat ni pon cheq penin nak pikiaq. Nak kena balik KB, setelkan borang itu ini. Bila entah nak blik nye. Macam mana dengan Kakjed and anak2? Kesian nak tinggal. Susah Kakjed nak jaga sorang2 bila ketiadaan saya.

8. And last sekali.... persiapkan diri untuk menjadi isteri yang baik dan solehah kepada suami yang akan hidup bersama sehingga ke akhir hayat. Hope so... Aminnn...


Sekian..


Nak tukar?Tak nak tukar? Nak Tukar?


Ku rebah di dada malam...

Memancar dendam yang lama diam..
Ku tanggalkan baju dunia..
Dakap ku dengan selimut syurga..
Ya Tuhanku hanya padamu...
Tempat mengadu..
Segala rindu
Limpahi ku rahmat kasihmu.....
[taktau la lirik betol ke tidak, sebab saya tulis berdasarkan apa yang saya dengar..hehe!)

Best lagu ni.. =P
Cuba teka lagu apa?
Siti la... (";)



Harini saya lambat lagi.. :(
Jem yang sangat terok..
Ofismate bagitau, jalan jem dari Sungai Besi lagi..
Tapi, on my way nak pi kerja tadi, ada 2 accident.
1 kat jalan menghala PWTC and 1 lagi menghala ke seremban.
Kiri kanan accident.
Patut la jem pelik hari ni.
Sekarang ni, ditambah pula dengan construction jalan kat Jalan Bangsar,
telah menyumbangkan lagi kelewatan saya untuk sampai ke ofis dan RUMAH..
(T_T)
Bengkek betol..
Saya rasa nak tukar waktu masuk kerja lah sebab memandangkan,
bulan ni dah 5 kali lambat punch.
Saya nak tukar ke WP3, 8.30-5.30ptg.
Sebelum ni saya ambik WP2, dari 8.00 hingga 5.00 ptg.
Teman tengah memikior lagi ni..
Perlu dapatkan kebenaran dari 'my boss' saya dulu..
Beliau bagi ke tak..
'my bos' = Jay
(^^,)



Tuesday, March 30, 2010

Nak pergi jalan mana ye nanti..?? (^^,)

Hmm, papa kol semalam..
He told me that his fren nak sponsor hotel untuk honeymoon saya dan Jay..
Menarik bukan?
Yeehaa!
Saveeeee bajet kami..
Nak pergi mana?
Mana boleh bagitau...
Tak surprise la nanti..
[macam la korang nak tau sangat kan? =P]
So, Jay dah boleh beli flight ticket hari ni...

Oke, DONE for our honeymoon..

Sekian......

Monday, March 29, 2010

Mode: Dissapointed!

Kami datang dengan penuh harapan setinggi gunung..
Namun, kecewa dengan jawapan yang diberi..
Kami diperkotak-katikkan..

(-_-")

Ahhh...tak kisah lah!
Rezeki ada di mana-mana..
Go with the flow je..
I believe,di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya..
Tetibe plak.. =P

(T_T)

Sunday, March 28, 2010

Shopping-shopping (-_-")


Semalam adalah hari shopping kami. ['kami' adalah merujuk kepada saya+kakjed ye. Not me+Jay hokay!]. Kakjed memang dah lama nak pergi kedai kawan dia yang baru bukak tu. Nama dia Kak Ailin. Sebelum ni, main jual kat rumah je. Tapi sebab dah penuh sangat barang2 kat rumah dan makin ramai customer...so, Kak Ailin bukak kedai kat Sungai Buloh. Saya tak pasti spesifik nama tempat tu. First time pergi. Ouhhh, lupa plak nak cakap. Kak Ailin tu bukak kedai baju budak2. Kakjed nak kena shopping baju Meera sebab pengasuh dia cakap, kawan2 kat nursery tu, dok gelakkan Meera sebab baju nampak pusat, dah singkat. Hhaha! Sian betol kat anak buahku ni. Kena gelak ngan kawan2 dia rupanya. :p

Ni lah keadaan kedai Kak Ailin tu.. barang2 baru sampai.


Sampai kat kedai, kami terkejut. Baju banyak gila. Kedai besar. Bukan setakat baju, barang2 baby pon ade. Kasut crocs, sarung bantal, gifts, segala macam lah! Kitorang dok sana dari kol 1 hingga 4.30 petang. Lama kan? Itupon, rasa tak cukup je masa. Rambang je mata tengok baju2 budak kat situ. Comel2....Kak Ailin borong baju2 and barang2 tu kat China. Fresh dari kilang. Baju2 yang dijual adalah branded2 [GUESS, GAP, dll] dan kualiti kain memang superb! Tak kisah la kan? Harga? Memang sangat2 berpatutan. Tak sampai 30% dari harga butik. Kakjed dah 'ter'borong sampai RM500.. Untuk 20 lebih pasang baju [Meeya and Ammar]. Oke la kan? Memang berbaloi-baloiiii... Alaaa...setahun sekali je ni shopping macam ni [Sebulan pon tak habes rotate lagi :p]. Kalau ada baby nanti, nak borong kat sana jugak lah! (^^,)

Nampak tak selonggok kain kat Kakjed?
Tu lah hasil tangkapan dia semalam.

Macam lipat baju yang baru angkat kan? Hahah!


Saya? Nak tau jugak ke? Macam biasa, saya sekali lagi terjebak dalam ini shopping. Waaa! Saya memang seorang insan yang lemah (T_T).....

Jeng..Jeng..Jeng..

Tadaaaaaaaaaaa...[Untuk pergi ofis. Oke tak?]

Lepas setel shopping, pergi Kajang pula. Dari utara ke selatan. Sungai Buloh ke Kajang. Memang sangat jauh. Kakjed nak hantar kain untuk buat baju for my BIG DAY..dan saya juga nak fitting baju nikah saya..yey! (",) Tapi,....

Sedihnya.

Kak Wan cakap, tak sempat nak siap lagi. Hehe..tak kisah lah, malam masih muda. So, terpaksa postpone ke next week. Kakwan bagitau, boleh la fitting sekali dengan baju Kakjed tu. Wah! Cepat gile kakwan ni. Seminggu dia leh setelkan. Thumbs up! Baju saya pon, sebenarnya, belum buat ape2 lagi. Masih lagi kain yang saya hantar dulu. Saya suka hantar kain kat Kakwan ni. Dia jahit macam baju dia sendiri. Even kita rasa dah ok, tapi, masih ada kecacatan di matanya. Memang teliti habis lah. Baju masa saya tunang dulu pun, hantar kat situ jugak. Mmm, kalau nak cerita pasal harga, berpadanan la dengan gaya jahitan dia. Heheh..Quiet expensive la.. (T_T). Tapi, saya percaya dan yakin dengan Kakwan ni. Kalau kain dah beli mahal, takkan nak hantar kat sebarangan tailor kan? Kalau tak elok? Tak ke sayang kain tu?Lagipun, saya tak kenal ngan mana2 tailor pon kat sini. Kenal Kakwan tu pun, sebab Kakjed pernah jahit baju nikah dia dulu. Tapi,..Kalau nak jahit baju kurung biasa, saya tak hantar kat dia la.. [mau botak kepala den ni ha..]. Hanya untuk baju exclusive sahaja (^^,)

Ni la Kakwan. Tengah pregnant jugak. Meniti hari jugak tu. :)

Meera...tranformasi yang dibuat oleh Kak Ailin...Hahha! Dari atas, sampai ke bawah, semua baru. Asal nak try je, pastu taknak cabut sampai ke sudah.


(Kak Ija, try pergi kat kedai Kak Ailin tu, mesti rambang mata la..Gerenti, tak menyesal punya lah..Murah2 betol!)


Friday, March 26, 2010

Besday kawan2

Lunch tadi kitorang celebrate besday Maira. Kat Tasik Perdana. Kenapa kat situ? Ye la, sebab kitorang ni kan bising, so, untuk mengelakkan gangguan ketenteraman awam, kitorang wat kat situ la. Hahah! Maira is one of RonggenDotCom member. Actually, her bufday date is yesterday. So, lambat sehari la. Bukan ape, semalam saya takde kat ofis, pi kursus. So, terpaksa ditunda ke arini. Hehe.. See, betapa pentingnya saya kan? Uwekkk..terlebih sudaa. Takde lah, kalau saya takde, sape yang nak rakam detik2 yang penting tu?Of course la me kan? Haha! Cukup korum, baru la besttt. Baru lah RonggengDotCom namanya.

Dalam geng kitorang ni, Maira yang paling tua sekali. Tak tua mana pon, beza setahun je dengan kami2 ni. Opps, jangan mare:P. Beliau ni nampak aje ganas/brutal tapi dalam hati ada taman. That's why we gave her a bear. Beliau sangat suka dengan bear. Kereta beliau ni, nampak sporty je dari luar, dalam tu, ade bear tau. Hahhaa! Kan hati bertaman tu.. Heheh!

Bufday card for Maira, specially for you.. Kami ambik yang bessarrrrrrrrrrrr punya!
Baru kalut2 nak tulis. Hehe!

Chocolate banana..Yummy!


Takde sudu, takde pinggan..ni la jadinya..

We named her bear as RONGGONG. Cute isn't?Ahhh, tak kisah la suka ke tak Maira dengan nama tu, yang pasti, nama tu jugak ye.:P




Lepas celebrate bufday Maira, banyak lak kek yang lebih. Ingat nak sambut bufday En.Azwan. Sian kat beliau. Semua orang terlupa nak wish bufday kat beliau aritu. Saya sendiri pon terlupa. Patutla beliau asyik mundar mandir je, tegur dengan semua orang. Senyum meleret je aritu. Heheh! Bufday beliau sehari sebelum date bufday si Maira ni. En. Azwan ni bakal naik J44 dan bapa. Tunggu masa je. Rezeki anak la tu kan? Beliau ni dah banyak tolong kitorang. Tambah2 perihal kontrak CFS ni. Tanye la ape saja mesti beliau boleh jawab nye. Kalau die taktau pon, beliau pandai kelentong sampai kitorang ni terduduk. Hahah! Kalau nak luah masalah ke, ape ke, beliau sedia mendengar. Siap bagi advice lagi. Bagus kan?

While waiting for Solat Jumaat habis, saya dan Beah bergegas2 naik kat ofis, dengan kelam-kabutnya kami buat card untuk En.Azwan. Sebahagian dari geng kami, pergi setelkan kek yang berlebih tadi untuk celebrate En. Azwan pula. Everything settled, we waited for him. A few minutes after that, Maira called me, bagitau yang En.Azwan kat pantry dah. So, kitorang turun bawak that card dan membuat kejutan dengan menyanyi2 lagu besday. Terkejut habis dia. Macam nak nangis pon ade. Terharu kot...Ye la, dia ingat, everyone has forgot his bufday. Hahha!


"HAPPY BUFDAY MAIRA & ENCIK AZWAN...!!
"

Duit duit, di manakah duit??

Baru lepas bayar hutang si Maira...RM24.50. Hutang makan2 kat Kenny Rogers aritu. Heheh..
Lupa nak bayor..sori Maira...

Semalam gaji baru masuk. Hutang2 tak bayar lagi ni. Asal masuk je kuar, asal masuk je, kuar, asal kuar je, masuk..eh?? :). Loan kereta la, insurans la, bla..bla..bla..Banyak weiii..! Pening den...Duit nak belanja kawin lagi..Huhuhu! Hmm, biase la tu..lumrah hidup kan?

Tak boleh nak kawen lagi ni..Duit tak cukup lagi..

Saya selalu dengar orang cakap macam tu.. (padahal, itu la ayat pertama yang saya kuarkan selepas papa suruh saya kawen :P). Papa cakap,

Sampai berapa kakpah nak kumpul baru boleh nak kawin?

Hmm..betul jugak apa yang papa cakap tu kan? Jangan jadikan duit tu sebagai alasan untuk taknak berkahwin.. Once kita dah buat keputusan untuk kawen, automatically, kita sendiri pon jadi committed dan jadi pandai simpan duit. Saya pon macam tu gak dulu. Masa kerja dekat consultant PTP kat KB dulu, boleh je hidup dengan bergaji RM500 selama 3 bulan. Pastu, dah dapat kerja JKR ni, even gaji dah berdouble2, jadi tak cukup plak. Berdouble2?? Mai mana plak berdouble2 tu? Haha! Abaikan..

Now, financial dah ok sikit (ok sebab bujang lagi). Cuma, tu lah, kena cari sumber lebih cket kot sebab nak topap untuk preparation kawen ni. Apalagi, loan PAMA la...Haha! Selagi tak selesai kawen-mawin ni, selagi tu hati ni tak tenang sebab dok pikir pasal duit (eh, macam la lepas kawen takde masalah duit kan?). Lepas kawen, cerita lain plak..kan? :P.

Thursday, March 25, 2010

She is counting days..

Saya masih di depan laptop. Jam di laptop menujukkan 2.50 a.m. I can't sleep. Jenguk2 my hp, nothing. Takde benda yang menarik perhatian saya. Suddenly,

"Apahh..Meeya nak daddy.." datangnya suara dari belakangku.

"Wooppattet!"torkojut eden. Tadi, Meera dah tido di sofa belakangku. Dia terjaga lagi. Maybe dia mimpikan daddy dia lagi kot.. Kesian Ameera. Lately, dia selalu sebut2 pasal daddy dia. Dia terlalu rindukan dengan daddy nya.. :(

Hmm..sabarlah sayang... Hujung bulan 5 nanti, boleh jumpa daddy ye..

Hmm...nak tido dah la..Kena wat2 tido gak nih. Kalau tak, liat lak nak bangun esok pagi. Tomorrow, I have to attend a course at Agensi Remote Sensing Negara. As usual, it is time to eat and relax. So, no need too worry about my tonnes of works in the office. Heheh! Chow!

Wednesday, March 24, 2010

Whewww!!

I'm soooo tired today! Seriously..But today, saya tak buat sebarang kerja office pon. Why? Sebab last week, I got an email from one of CFS's staff (goverment servant like me also), stated that this monday ada Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Professional JKR Malaysia (ProJKRM) and I have been appointed as form collector bagi Bahagian Senggara Fasiliti Jalan. The forms should be send TOMORROW. Arghhhh! Tiba2 my name was came up macam ni. Apa kes? So, bertubi2 la emel and phone calls yang saya dapat dari kawan2, tanya itu, tanya ini. Waaa!! Apo den nak jawab neh ha?Cubo ekau pikir? Saya sendiri pon tak tahu menahu pasal pertubuhan tu. Is it illegal or not? Kena bayar yuran ahli 60 hinggit plak tuh. Banyak tuuuu.. Boleh boh minyak keta untuk 2 minggu. Dah la gaji macam 2 bulan dah tak masuk (sebab raya cina last month, so, dapat gaji awal sikit, tu yang rasa macam 2 bulan tak dapat gaji. Heheh). Tapi takpe, saya takde lah rasa kering sangat sebab saya kan berhemah orangnya (uwekkkk! Berhemah la sangat). Cuma, itu la, kami di pihak BSFJ tidak diberi pendedahan langsung berkenaan meeting dan pertubuhan ni.

Meja penuh dengan borang2 yang di hantar. Bersepah betul.
(Tadi je bersepah, sebelum ni takkk..betull..tak tipu... :P)


So, pagi tadi, saya dah call orang yang kasik emel tu, Cik S, so, semua pertanyaan saya telah terjawab. Rupa-rupanya, diorang ni (AJK staff kontrak JKR di semua bahagian/cawangan) tengah berusaha membuat cadangan untuk menukar status kitorang yang berstatus kontrak ni kepada status pegawai tetap. Saya dimaklumkan, before this, staff CFS masa tahun 2007 dulu, pernah membuat usulan macam kitorang ni dan alhamdulillah, berjaya. Melalui saluran ini saja kitorang dapat menyuarakan rintihan kitorang selama ini. Tambahan, saya ni first batch, dan sekarang tengah menghitung bulan je untuk tamat kontrak. Dah la nak kawin ni. Hmm, namun, saya percaya, rezeki ada di mana-mana. Huhu.. Memang harini saya sangat busy gila la. Eh,' sangat' lagi,' gila' lagi. Heheh.. Mana nak tolong isikan borang kawan2 yang takde kat office lagi, kena check borang yang dah dihantar lagi, nak jawab emel2 yang masuk bertubi2 lagi, jawab phone calls lagi. Pastu pulak, saya kan kena kumpul borang2 tu semua, so, ramai jugak lah yang datang ke bilik saya hari ni. Meriah pulak unit saya harini. Ramai betol pengunjung. Hhaha! Namun, saya sangat puas hati. Saya berjaya push diorang ni untuk turut bersama2 menyokong usaha para AJK ni. Nasib baik ada penggerak. Apalah sangat kalau setakat RM60 tu kalau nak dibandingkan dengan usaha yang AJK2 dok buat ni. Isnin nanti, I hope sangat ramai yang dapat attend meeting tersebut supaya pihak atasan dapat mendengar rintihan dan suara kami. Saya pon harap, takde pape hal haritu. Nak kasi sokongan jugakk!! :)

Walaupun saya sangat bzzzz harini, sempat gak dating after kerja petang tadi. Hakhak! Eh, bukan saje2 dating la.. Perlu jumpa sebab draf kad kawin saya dah siap. So, tadi kami dok discuss2 and tengok2 balik mane yang nak kena ubah or tambah. Weehee! kad dah nak siap. Lepas orang wat kad tuh dapat confirmation daripada kitorang, diorang ambik masa 20 days for printing. Alhamdulillah, nak setel dah sikit2.. :) Yabedabeduu...!

Then, pi tengok wayang, tak plan pon nak tengok. Tapi, sebab kakjed balik kerja awal harini, so, dia boleh ambik budak2 tu dulu. Kitorang carik movie yang paling awal start. Taknak la balik lambat sangat. Masa tu hanya available movie V3 Samseng Jalanan. Hampeh cerita tuh. Tak best langsung. Takde moral pon cerita tuh. Memang patut la cerita tu kena band masa nak kuar dulu. Banyak betol kata2 mencarut. Sekadar nak hilangkan boring, boleh la tengok... Kol 9.00 malam habis. Everything settled, kami pulang dengan kereta masing2.


Monday, March 22, 2010

Happy Hour! Happy Hour! Sila Masuk, Jangan Segan..

Ahad lepas, me and Kakjed with her two kids, pergi Jalan TAR. Tujuan? Sebab saya nak cari kain untuk buat baju Melayu untuk pengapit Jay a.k.a adik lelaki saya, Ajam. Kak Jed plak nak carik baju for herself and her kids too. Untuk my BIG DAY jugak :P. Ingat nak pergi Gulati's di Wangsa Maju sebab kat sana mudah nak park kereta. Tapi, Kakjed bagitau, kalau pergi Gulatis Jalan TAR, ada happy hour. So, we decided to go there. Murah sikit kan? :P

Park kereta kat sogo. So, terpaksa jalan kaki la sikit nak pergi Gulatis tu. Dah sampai tempat yang ditujui, kami mencari kain2 yang dikehendaki. Saya telah menjumpai kain untuk si pengapit, tapi terlupa plak perlu beli brape meter. Ajam ni besaq sikit. Takot ada special case , kene beli lebih sikit :). Saya memang tak pernah beli kain untuk buat baju Melayu, so, memang patut la tak tau sangat kan? (",). So, saya mengambil telefon bimbit yang bercalar-balar dari handbagku yang berat gedabak dengan camera. Kol mama tak diangkat, maybe tengah busy merotan anak2 muridnya di sekolah kot. Kol papa plak.

"Hello, pa. Kakpah kat kedai kain ni. Kakpah nak beli kain untuk baju Melayu Ajam. Brapo meter nok ek?" tanyaku pada papa.

"Oloh, nok beli kain ko? Tok payoh la Kakpah. Beli baju yang ready made sudahhh. Ni, nak beli kain. Pastu, upah jahit lagi mahal dari harga kain. Membazir jah. Baik beli baju yang dah siap. Yang harga RM 70-80 pon dah ok je" saran papaku.

"Hmm..takpo la gitu gak. Nanti Kakpah cari baju yang dah siap la pulokkkk."keluhku.

So, keptusannnya, tak perlu lah saya beli kain. Nak beli baju ready made kat mana entah. Tak terfikir lagi. Bukannya apa, memang la murah kalau nak beli yang dah ready made. Tapi, takutnya, susah nak cari kaler yang sama dengan pengapit perempuan. Baju pengapit perempuan dah setel masa saya balik kampung aritu. Lain kali la saya carik. So, saya teman kakjed mencari kain untuk baju dia plak. Memang rambang mata la pi sana. Dah la sales girl kat situ, pandai plak dok tunjuk2 kain yang cantik2. Dah jumpa baju yang beliau berkenan, nak carik kain untuk baju kurung biasa plak.

"Dah lama tak buat baju kurung. Latest, raya tahun lepas aritu. Jed dah takde baju nak pergi ofis" katanya sambil tertawa. Huh, alasan! Hahah.. Sama je perangai macam saya. Tak tahannnnn kalau tengok kain.

Saya senyum je. Dalam hati, "Ishh, geram pulak aku tengok kain2 ni.."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sudahnya,......

Nampak tak susunan kain2 tu? Saya pon terjebak sama dalam ini shopping. Waaa!!!

Smiling..



Walau ribut petir melanda, si Ammar ni tetap tido-tidoan....

"Dah banyak shopping nih. Balik ahh!!Jom Meeya.."

Saturday, March 20, 2010

Guess what??

Guess what??!! It's Jay birthday today! So, what I have to say ha? Is happy happy happy birthday my dear...On this day, I'll pray for the best of everything and for your wish to come true for you and for us till the rest of the days to come.. Love u.. :) (Lama betol peram entry ni sebagai draft. Heheh..)


Well, sabtu lepas adalah besday Jay. Jay bawak saya celebrate dengan karok di Gardens Mall (Eh, patutnya, saya yang bawak dia. Heheh!). Seawal 10.10 pagi, Jay ambik saya kat rumah dan kitorang terus pergi sana. Nasib baik Jay dah booked, kalau tak, susah gak walk-in macam tu. Ramai betol orang nak masuk. Jay ambik pakej sekali dengan lunch. Hmm, makanan dia sangatt tak best. Tak sedap. Kitorang makan sejemput je. Mahal je lebih.. Huh! Malas nak beli sebiji kek (takut tak habis), so saya beli cupcakes je. Saya pon tak pernah beli cupcakes ni. Saya try survey di internet. Cari punya cari, alhamdulillah, ada. Ternyata, cupcakes dia sangatttt sedap dan comel. Sebab biasanya, cupcakes ni, harapkan comel je, sedap tu, takde la sangat kan? Yang penting, Jay pon suka :). Anyway, thanks to Azeera kerana membantu. You know what I mean kan? :P.


Besday boy

Cantik kan kotak cupcakes ni?



Nak cucuk lilin pon sayang.. Last2, makan gitu je...:)

Eceh, nyanyi la kunun. Bajet sodap je... :p

"Aku mencintaimuuuuu...Chepohhhhh...!!" :P



Lepas karok, kami menuju ke Nilai 3. Saya nak survey harga wedding door gift kat sana. Ternyata, harga gift yang saya nak tu, jauh lebih mahal berbanding di SSF. Banyak gak kedai-kedai kat Nilai 3 tu saya survey, semua harga lebih mahal. Pelik bin hairan jugak lah saya, sepatutnya SSF lebih mahal kan? Dan juga, banyak barang-barang yang saya carik untuk buat bunga takde kat sana. (T_T)

Habis kat Nilai 3, kami menuju ke Butik Pengantin Aloha, depan Nilai Square. Masa bulan Januari aritu, untuk majlis bertandang, saya dah sewa baju dan mekap kat situ. Tengok dalam gambar, mekap kak Liza tu cantik. Orangnya pon cantik. Macam pelakon Lisdawati :). Saya pergi sana, nak tambah 1 lagi baju. Saya nak cari gaun putih kat butik tu. Banyak jugak gaun2 putih yang ada di butik tu. Pilih punya pilih, berkenan dekat 1 gaun tu. RM200. Mak aiii, mahal jugak. Tengok dalam brochure, untuk baju persalinan RM80. Tapi, yang RM80 ada 1 baju je. Hampeh! Mintak kurang dapat RM190 je. Huhu..Tapi, takpe lah, sebab dah berkenan kan. Ambikkkk je la.. Baju songket yang saya dah booked aritu pun, tak try2 lagi. Main booked je. Ntah sesuai ke tidak dengan saya. Ok kot kan?:)

Lepas maghrib, kami pergi ke Shah Alam. Ada jemputan makan2 dari kawan Jay. Kebetulan adik lelaki saya, Ajam, duk kat situ, so, kami hangkut dia pergi makan sekali. Kalau bab2 makan, memang berbaloi2 bawak dia. Sudahnya, 3 pinggan. Hambik kau! Kan saya dah kata, memang berbaloi2 kan?! Hehe!

p/s: Selamat Pengantin Baru kepada Faizal+Hajar. Sori tak dapat pergi wedding korang. Ada hal yang tak dapat nak dielakkan. Kepada geng ronggeng, sori tak dapat nak ikut pergi tengok kunang2. Lain kali kita pergi yep! :).

Wednesday, March 17, 2010

Tag by Una

1. Adakah anda rasa HOT???

A'a, sebab lupa nak bukak aircond dari pagi tadi..

2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!

3. Cerita pasal gambar?

Banyak file2 yang urgent and penting saya letak kat desktop ni (rujuk gamba di atas ye). Sebab tu saya suka gambaq ni, kaler plain je, senang nak cari file. Tul tak?

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?

Kat The Mall. Bersama geng RonggengDotCom

5. Lagu terakhir anda dengar?

Albi Nadak..Sedang mendengar jugak.. Saya dok ulang2 je lagu ni. Kat opis, kat umah saya dengar je. Saya suka sangat lagu ni. Rasa sedihh dan bahagia je walaupun lagu ni saya tak faham pon lirik die.

6. Selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?

  • Apah (Meera & Darwisy)
  • Kakpah (family+adik beradik)
  • Syg (Jay)
  • Chepah (kawan2)
  • Ifah (exboipren..oppsss! :D)

7. Tag lagi 6 org

No. 1 - Azeera
No.2 - Kak Ija
No. 3 - Kak Nurul
No.4 - Syakirah
No.5 - Yanie
No. 6 - RonggengDotCom

8. Siapakah org no.1 kepada anda?

Bekas ofismate saya masa kat unit pavemen dulu. Selalu bercerita dengan dia. Seorang yang suka gelak. Dulu, kalau boring2, tempat die la jadi mangsa lepakan saya. Daannn, dia sangat cantik+cun.. Heheh!

9. Katakan sesuatu mengenai org no.5

"Bila nak edar kad kawen?" :D

10. No.3 ada hubungan dengan siapa?

Abdul Aziz a.k.a ayahnya.

11. Bagaimana pula dengan no.4

Azura. Kawan satu rumah dia.

12. Pesanan kepada orang no.6

Kepada geng ronggeng, rindu sama kamu semua. Dah lama tak makan sama2. Mulut saya dah kematu sebab lama betol tak bergelak ketawa dengan korang. Boringnye dok dalam bilik ni sorang2. Syak plak takde... :(

13. Kata2 cinta untuk orang no.2

Jaga baik2 baby dalam peyut tu. Tak sabor mokpah ni nak tengok..Saya sayang kak ija...

14. Berikan 5 perkara yg anda tau tentang org yg mentag anda

Comel dan makin kurus (auwwww!!!), hot student masa UiTM :P, kapel dengan En. Hanis, ada adik bernama Oyah dan seorang yang mudah menangis :D

15. Persamaan antara KAMBING dan LEMBU

Dua2 boleh dimakan. (tapi saya tak suka makan kambing!)

16. Perasaan anda wat tag ni?

Gembira (",)


(Una, tak dapat nak tag 8 orang.. Dah edit siap2.. Boley kot nohhhh.. :P)

Tuesday, March 16, 2010

Me and my two kids..

Since last week, tiap2 petang, after kerja, bukan setakat Meera saya ambik kat nursery, tapi, sekarang, dah bertambah lagi sorang. Yup, baby Ammar. Baru sekarang dah rasa confident kot boleh jaga baby Ammar ni tanpa mummynya di sisi. Hehe.. Senang je nak jaga Ammar ni. Prinsipnya, kalau nangis, sumbat je susu stock mummynya. Bila dah kenyang, senyap la tu. Goyang2, tepuk2 belakang sikit, tidur la dia. Simple and easy kan? Haha!

Lena betol Ammar tido

Petang tadi, macam biasa, saya ambik the kids kat nursery. Ammar saya dukung, Ameera jalan sendiri. Masa saya berjalan balik menuju ke blok rumah saya, ada dua orang wanita yang juga menuju ke blok rumah saya duduki sambil memerhati kami sekeluarga. Dah sampai kat lif,

"Eh, anak ke ni?" tanya salah seorang daripada wanita tersebut sambil menunggu lif.

"Ishh, tak lah. Anak2 buah ni" Jawabku dengan selamba (cepat je jawab bukan anak sendiri. hehe..)

"Owhhh, ye ke? Baru je cakap2 ngan kawan tadi, slimnya mak dia" katanya sambil ketawa.

"Eyhh, tapi muka sama la dengan mak sedara dia" sambungnya sambil melihat gelagat Ameera yang terkinja-kinja menarik-narik kaki Ammar yang tengah saya dukung.

Nak tau keadaan saya ketika tu? Tersengih-sengih la sampai nampak gigi bongsu ni ha.. Tapiii, apa sebenarnya motif cerita ni ek? Lalala.. :D (cik abg saya je yang tau kot)

Mama saya pernah cakap, "Nasib baiklah kakpah ni dah bertunang. Kalau tak, kalau hari2 macam ni, tak laku la kakpah sebab orang dok nampak kakpah dah ada anak dua"

Thank God :)

Teringat zaman sekolah dolu-dolu..

Pagi ni, dalam radio hotfm, FBI ngan Fafau ada bincangkan topik pasal kenangan zaman sekolah.. Oke, saya ada tak kenangan..? Kenangan, memang toksah cakap la kan.. Semua orang pasti ada banyak kenangan kan. Ada pahit, ada manis. Hmm, saya pon ada satu peristiwa yang memang tak dapat saya lupakan sampai sekarang. Sampai sekarang saya masih ingat. :D

Kisahnya macam ni. Masa form 1 sampai form 5, saya sekolah di Sek.Men. Tengku Mahmud 1, Besut. Macam mana saya boleh dok Besut? Sebab dulu, mak saya bukak stockist AVON kat betul-betul pekan Jerteh. Agak dekat la sekolah dari rumah. Lebih kurang 10 minit naik kereta. Kitorang dok rumah kedai macam tu je la. Tak dinafikan, tinggal di rumah kedai ni memang kurang selesa sebab dok tepi jalan besar, suasana bising dengan lori2 yang lalu-lalang depan kedai kitorang, siap berdebu lagi. So, sebab tu, every weekend, kitorang satu family akan ulang-alik ke rumah kat KB. Macam balik kampung jugak la :). Masa form 1 sampai form 3, saya pergi sekolah dengan van sekolah. Van sekolah wa cakap lu..(manja gila naik van :p). So, ada la van sekolah dok mai amik cheq tiap2 hari.. Time balik, saya balik dengan teksi atau bas. Saya prefer naik bas, sebab 50 sen je. Hehe.. Kalau naik teksi ,mahal tau, seringgit tu... Lagipun, takut gak naik teksi. Sebab pernah satu hari, saya ada la naik sebuah teksi. Kebetulan plak, 2 hari berturut-turut jugak la saya naik teksi tu. Pastu, hari seterusnya, teksi tu dok tunggu je saya kat depan sekolah. Tunggu saya balik sekolah. Dah nampak saya kat pagar, hon2 lagi tu. Naik takut gak masa tu. Geli pon ade. Sebab pakcik tua. Dah la memang saya selalu balik sorang2. Then, saya buat bodo je pi tahan bas. Tinggal je teksi tu. Nasib baik tak kacau dah lepas hari tu. Huh! Gatai betoi! (-_-")

Eh, nak sambung cerita tadi la. Lupa plak. haha! Ok, satu pagi yang hening, macam biasa, driver van tu ambik la saya kan. Nama dia Chua. Melayu tau, bukan cina. Budak tu masih muda, sekitar 20-an.. Waktu tu masih gelap lagi. Belum kol 7.oo pagi pun. Memang saya pergi sekolah awal pagi sebab van tu banyak trip sebelah pagi untuk hantar budak2 sekolah. Dalam van tu, saya la orang yang last sekali dia ambik dan disebabkan dah penuh, saya terpaksa duduk di tempat belakang driver, menghadap student2 yang lain (korang boleh agak kot macam mana tempatnya kan?). Ada je 2, 3 orang lagi yang duduk sebelah dengan saya.

Macam biasa, saya terlena sekejap dalam van tu sementara nak sampai kat sekolah. Alaa, ade je budak lain yang tido gak dalam van tu. Lagipun, masa tu kan masih gelap. Tak nampak sangat muka2 yang lain. Samar2 je. Apalagi, tido je la kan. Alaa, saya tido2 ayam je pon, bukan tido mati. Tak lama lepas tu, saya rasa van dah stop. Dalam van tu, saya dok kat pintu, so memang menjadi tugas saya la untuk buka pintu kalau dah sampai sekolah. So, dengan keadaan separuh sedar, saya membuka pintu van tersebut. Mesti la saya orang first yang turun kan? Masa saya nak turun, saya perasan, ada beberapa kereta, dan motor di sebelah van tersebut. Saya tengok diorang, diorang tengok saya. Baru saya tersedar, rupa-rupanya, van stop kat traffic light la.!! Waaa!!! Malunya akuuuu!! Saya ingat dah sampai kat sekolah. Saya pun cepat2 naik balik van tu dan tutup balik pintu van tu. Saya tak tau muka saya macam mana masa tu. Hijau biru semua ada kot. Saya tengok je muka2 penumpang2 yang lain, saya nampak, semua orang nak tergelak tengok saya. Dah la dalam van tu, ada sorang mamat saya memang dok usha lama dah. Habis hilang kemachoanku.. Uhuk.. Oppss, sori bang, terkantoi plak. Jangan risau, cerita lama ni. Hehe!

"Gelak je la! tak yah la nak senyum2 kambing busuk macam tu! Huh!" jerit hatiku yang bercampur-baur menahan malu dan marah (Lebih kepada malu kot) :D

Nasib baik traffic light tu memang dah dekat betul dengan sekolah saya. Dah sampai sekolah, saya buat bodo je dan blah cepat2 dari situ. Heheh.. Bila teringat kisah ni, boleh tergelak sorang2... :)

Monday, March 15, 2010

Entry yang agak panjang...

Saya baru sampai ofis ni.. Arini sampai sedang-sedang je.. Kol 7.57 pagi. Sempat lagi la nak punch sebab saya masuk kol 8.00 kan. Kadang-kadang terlambat gak, dan nasib baik ada Syakirah tolong punchkan. Tenkiu my dear, jasamu akan kukenang sepanjang hayatttttttt..

Tapi, start from today, takde orang nak tulun dah. Syak kena jaga site selama sebulan :( So, saya kena berdikari la ni.. :D Eh, saya bukan sengaja datang lambat la. Kan saya ada dua orang anak kecik kat umah tu, si ammar and meera. Kakjed tak daya nak bawak both of them ke nursery by herself. Ye la, mana nak bawak si Meera yang semakin berisi tu, plus baby Ammar lagi. So, tugas daddy nya kini diambil alih oleh saya la kan. :p Kebiasaannya, pagi2, Meera masih tidur, so, saya angkut dia dengan stroller. Tulang empat kerat saya ni dah tak mampu dah nak dukung dia pagi2. Kadang-kadang, ade jugak time dia terbangun pagi. Ingatkan, boleh la dia berjalan, tak payah nak tolak stroller tu. Bila nak kuar rumah, tengok2 dia dah bertenggek dalam stroller tu. Ingatkan, boleh la nak ringankan tulang Apah dia ni. Arghh..sabar je la ngan budak tu (T_T). Hahha!

Bila dah sampai kat tangga bawah blok nursery tu, takde ramp plak yang nak bawak stroller, so, saya dan kakjed kena mengangkat plak stroller yang berisi si puteri Meera tu. Bayangkan, dengan kakjed yang pegang baby, dan pada masa yang sama, terpaksa mengangkat stroller Meera. Kalau nak harapkan saya sorang2 mengangkat stroller+Meera, memang tak pergi kerja la saya. Hehe..Fuhh! orang tengok macam ibu2 tabah betul kitorang berdua ni..Ahaks!

Arini sekali lagi jalan lengang je.. Cuti sekolah lagi. So, sesuka hati la saya drive dengan tenang plus merempit. Pagi tadi, mama dan papa dah balik ke kampung. Sebagai info, mereka datang hari Khamis lepas. Adik-beradik saya yang lain semua bertapak kat umah kakjed. Memang meriah+penuh+gamat.. So, weekend ni penuh dengan jadual bersama family. Makan2, jalan2, shopping2, gelak2 dan macam2 lah. Sejak papa dah pencen ni, agak kerap la diorang datang KL. Rindu dengan cucu2 nya kot (tapi taknak ngaku :p)

Haaa..semalam saya pergi PWTC. Sorang2 je :(. Jay ada kerja, tak leh nak ikut. Saya nak pi tengok Pameran Pengantin, tapi, kat situ ada Matta Fair. Nasib baik rumah dekat je nak pergi sana dan saya tahu jalan shortcut dari JKR untuk ke PWTC. Parking kat Stesen bas Putra. Seawal 9.40 pagi saya dah terpacak kat sana. Masa tu pon, orang ramai dah berpusu-pusu memenuhi tempat pameran. Almost of them nak pergi kat Matta Fair. Kebanyakkannya orang berbangsa cina. Saya punya aim, nak pergi tempat pameran pengantin, bukan Matta Fair pon. Tapi, bila tengok dekat Pameran pengantin, takde orang pon yang masuk. I'm the first person yang sampai kat situ. So, saya tak jadi lah nak masuk. Segan la pulak. Sebab sorang2, kalau ade peneman, boleh gak nak masuk tengok2. So, saya terpaksa membayar RM3.00 untuk tiket masuk ke Matta Fair (masuk jugak la akhirnya :) ) Dalam tu, ramai gila.. Nampak hitam je (kepala orang). Pakej2 yang ditawarkan memang murah2. Yang honeymoon, toksah cakap la kan. Nak pergi mana?Bali?Phuket?Star Cruise? Bandung? Macam2 ada.. Round punya round, hasilnya, saya dapat free apartment untuk 3 hari 2 malam kat mana-mana apartment kat Langkawi. Yey! Voucher tu valid till the end of this june. Weekdays only. Huh! Bila nak pergi tuh?? Entah la~~..

Dah puas jalan2 dalam tu, saya naik balik kat tempat pameran pengantin. Dah ramai yang berpusu-pusu masuk dalam dewan tu. Saya pun, apalagi, masuk la jugak. Saya punya motif, nak cari wedding door gift je plus nak cari idea jugak. Tapi, ada beberapa gerai je yang jual door gift. Gerai yang paling banyak, photography dan kad kahwin. Memang murah betol la kad kahwin. kat situ. Macam menyesal plak tempah awal2. Serendah 20 sen sekeping pon ade. Tapi, tak tahu lah rupa macam mana yang 20 sen tu kan. Hikhik.. Jalan2, saya terambil satu pakej spa dan facial treatment. Spa tu free for one week plus ape ntah lagi, lupa plak. Spa tu ada kat midvalley. Taktau la macam mana benda tu.. Try je la ek.:) Itu je yang saya beli kat sana. Memang tujuan tak kesampaian la semalam. Lain yang nak, lain plak yang dapat. :(

Oppss, panjang plak cerita makcik ni. Makcik chow dulu ya! :D

Sunday, March 14, 2010

Award dari Yanie...


Wahhh...first time dapat award ni..Tenkiu my dear Yanie sebab kasik ini award..

Inilah awardnya...


Here are the rules to accept the award:

1) Thank & link the person that gave you the award.
2) Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic
3) Contact said Blogs and let them know they’ve won the award.
4) State 7 things about yourself.

Well, here are the 7 things myself:

1) Engaged
2) Addicted to my future hubby..Ahaks!
3) Government servant..shhh..
4) Soft-spoken..cewahhhhh...uwekss
5) Spontenous
6) Easy going
7) Love to travel

Now I'm passing to the other bloggers that I think the most wonderful bloggers..


Sudi-sudilah terima yee....

Hmm..sory la..tak cukup bloggers la..sebab i'm still new in this field..

Friday, March 12, 2010

Takde kerja, cari la kerja..

Yey! Cik abg saya dah balik! Pastu, dapat present from him.. Yippei! Dapat spek hitam yang baru.. Beria nak kasik sebab saya dok pakai Meera punya kot. Hahah! Anyway, tenkiu my dear.. Tu je kot nak citer.. Heheh..

Gambar yang tidak ada kene mengena dengan ini cerita.. Sebab nampak cam comel je, saje nak publish.. boley kot nohh..

With my officemate, Syak.. Nampak cam kusyuk je kan?Boley caya ke? heheh..

Wednesday, March 10, 2010

Grateful with what I have... :)

Semalam saya tengok THE BIGGEST LOSER ASIA. Congrats King David! Tapi, macam kurang semangat je 4 finalis semalam. Especially, David and Carlo. Maybe sebab kurus sangat kot. Jalan pon dah terumbang-ambing. Tak nak la saya kurus sampai jadi macam tu. Diorang bercakap pon dah bunyi lain macam je. Kesian gak tengok, lemah je... Hahaha! Tapi kesian Carlo, dia berharap nak menang sebab nak beli rumah, tapi David plak yang menang, dah la dia dah kaya raya... Aishh, nape pulak saya nak risau2kan die eh? Bukan kenal pon. Hahah! Biaq pi la..

Arghhh.. Sakit gila pinggang ni. Rasa macam nak putus urat. Semalam saya menonton sambil buat bunga. Sekarang saya baru siap wat daun je.. Je? Ehhh, bukan je, dah banyak ye.. Bukti adalah seperti di bawah.. :)

Ni lah daun2 yang dah siap digunting2.. sekarang proses untuk buat kelopak bunga plak..


(Dah lama tak contact2 dengan Jay.. senyap betul hp saya sekarang.. :( Beliau takde kat Malaysia buat masa sekarang.. Awal2 dah pergi honeymoon sorang2 ye.. Patut ke macam tu? Ish3... :p)

Sunday, March 7, 2010

What will you do if you stuck in traffic jams for 1 1/2 hours?

Hari ni, saya pergi melawat kawan kakak, Kak Nik yang baru bersalin 3 minggu yang lepas. Saya pergi dengan kakjed dengan anak-anaknya. Dalam perjalanan saya ke sana, Kak Jed berkata, kononnya, "Kita ikut jalan yang kurang tol la..".

Nak dijadikan cerita, dah nak sampai junction dekat Damansara Damai tu, tiba2 jalan jem plak kat situ. Berderet2 je kereta tersusun atas jalan. Macam2 la kitorang dok assume.

"Tengok tu, macam ramai je orang atas jalan dok berkeliaran kat junction depan tu" kata saya sambil sayup2 melihat orang ramai di junction tersebut.

"Maybe accident la ni. Mesti teruk accident ni sampai tak bergerak macam ni" tambah saya.

"Menyesal plak ikut jalan ni. Nak elak tol, kene plak jem macam ni" keluh kak jed.

Hmm..tunggu la kitorang dalam kereta tu. Tiba-tiba kereta di belakang saya dok hon2. Ishh, saya memang cukup panas kalau ade orang dok hon2 bila jalan jem macam ni. Saya pon dengan hati yang membara, pergi sound dia.

"Oit! Ape hal ko dok hon2 ni? Buta ka? Ko hon macam mana pon, kereta takkan gerak jugak la woi! Akai ada ka?" jerit saya. (ok2, ye la..ye la..acah je tu..takkan la saya berani cakap macam tu kat orang..mati hidup semula pon saya takkan berani macam tu kot..saya kan berhati lembut..uwekkkk!! :p)

Ok, berbalik pada cerita tadi. Dah 15 minit, kereta pon masih tak gerak2. Dengan cuaca panas terik kat luar tu. Saya lihat, beberapa orang dah mula keluar dari kereta masing2 maybe sebab dah boring tahap gaban dok tunggu kereta gerak kot. Meera dah ke sana ke mari dalam kereta tu. Kejap dok depan la, kejap pergi belakang la. Yang tak tahan tu, suka kacau adik die. Cubit2 pipi la. Bukan tahap cubit dah, dah tahap penyet2 kot. Sabar je la ngan budak tu. Huhu.. (T_T)

Nasib baiklah saya bawak kamera kesayangan saya tu. Maka, ambik la segala macam gambar dalam kereta tu. Ambik gambar gelagat Meera bersama mummynya dalam kereta. Boleh la saya mengisi masa lapang..ngee :p. Selang beberapa minit, kak jed dapat panggilan daripada kawannya yang sepatutnya kitorang jumpa sekali di rumah Kak Nik. Baru lah kami dapat tahu alkisahnya. Rupa-rupanya, jalan ditutup sebab ada Le Tour De Langkawi. Aduhhh! Mesti lama lagi la ni nak kena tunggu. Wuu!

Tak lama selepas tu, saya kedengaran sorakan orang ramai dari luar. Ada perarakan kereta proton dan diselangi dengan motor polis. Saya bagitau la Meera,

"Meeya dok diam2 la, nanti Meeya boleh tengok basikal banyakkk lalu kat sini" pujuk saya supaya dia dok diam2. Tiba2,

"Apahhhh, tengok tu, ada basikal lalu tu..." jerit Meera. Saya dan Kak Jed tergelak besar bila tengok basikal yang dicakapkan tu. Rupa-rupanya, seorang pakcik tua sedang mengayuh basikal tuanya melintasi kereta kitorang.. :)

Lebih kurang sejam jugak lah baru kitorang dapat tengok pelumba-pelumba basikal. Banyak betol basikal yang lalu. Bunyi macam belalang datang menyerang je.. Bukan main seronok Meera...

Moh kite layankan....



p/s: Hmm..semua kejadian, ada hikmahnya kan. Even sangkut dalam jem ni, tak sangka plak dapat tengok Le Tour De Langkawi secara live! Bila lagi kan.. ('',)