TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Wednesday, February 17, 2010

Meeya bashahhh.....

Pagi yang lengang.. Tidak banyak kereta yang terpaksa ku harungi untuk ke ofis pagi ni. Pelik… Biasanya, kalau hari bekerja, turun lambat kol 7.30 pagi macam ni, jalan depan umah ni dah jem. Rupa-rupanya, Tipah tertipu lagi..! (T_T) Hari ni cuti sekolah la! Patut la lengang je..Hari ni, 7 minit je boleh sampai ofis. (plus drift..Heheh..)

Saya terlupa yang saya sepatutnya attend kursus hari ni (Kursus Rekabentuk Asas Jalan)..Heheh! Sebab cuti lama kann.. So, dalam satu hari ni, masa saya dipenuhi dengan kursus. Dah lama tak buat kira2 ni, lembap gak otak ni nak terima tadi.. :p

Kol 5.00 petang, saya bergerak untuk pulang ke rumah dengan girangnya. Sesampainya saya di parkir rumah, keluarnya saya dari kereta, berdentummm! Kilat daa.. Terus hujan dengan lebatnya. Alamak, macam mana nak ambik si Ameera ni? Dah la payung takde (Hmm..agak menyesal gak lah tak ambil dalam kereta tadi). Kugagahkan jua mengambil si Ameera di nursery dan menunggu hujan reda. Boleh je nak redah hujan ni, tapi, kerana kesiankan Ameera, tunggu lah sekejap. Kang tak pasal2 demam plak budak ni.





Tunggu...





Tunggu lagi...





………………..

Haihh..macam lama sangat la pulak hujan ni nak stop. Malas nak tunggu lagi dah.. Redaahhhhh ajeeer… So, kucapai kain lampin yang ada di dalam beg nya dan kuiikat di kepalanya. Haha! Hanya itu sahaja yang mampu ku buat untuk memprotect anak buahku yang comel ini. Maka, tergodek-godek lah seorang makcik sambil mendukung anak buah nya berlarian mengharungi hujan. Sorry Meeya ye, habis bashahhhh.. (“,)



Macam makcik Selamah

mmuahh..!!

Nampak tak parut di tangannya? Akibat main iron..siann Meeya, dah berparut...


2 comments:

  1. siannya kecik lagi dah berparut tangan..
    ehm.. boleh bayang pah lari2 bwk budak dalam hujan, memang nampak macam ibu tabah betul. hehe :P

    ReplyDelete
  2. Itu la, budak umor 3 tahun ni, agak berat la..naseb bek dia peluk kuat2, rasa ringan cket nak bawak lari2..heheh

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!