TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Tuesday, March 2, 2010

My New Ticker

Tengok ticker yang baru saya buat kat atas tu.. Weehee!..

Alamak! Lagi 3 bulan 2 hari????? Waaa..!! Banyak lagi benda tak setel nih. Hmm, takpe chepah, jangan kalut2.. Tenang je...

Sekarang ni saya tengah buat bunga pahar.. Semalam, kol 2.00 pagi baru tidur. Balik umah lepas kerja, dok terbongkok je memintal2 besi nak buat bunga. Naik lenguh pinggang nih. Tapiii, bila dah tengok banyak outputnya, lenguh pon boleh hilang :).

Hmm..kalau diikutkan, boleh aje nak beli bunga pahar yang dah siap. Berlambak2 je kat kedai. Daann, kalau nak dibandingkan harga, lagi murah kalau beli kat kedai berbanding kita buat sendiri (itupun terpulang kepada design masing2 la). Tapi, saje je saya memilih untuk buat sendiri. Ntah la, rasa puas kalau buat sendiri. Alaa, sekali ni je. Pasni dah takde peluang dah. Time ni je nak rasa letih2. Baru la rasa meriah sikit.. :).

Seronok je tengok my fren, Yanie dok buat preparation for her wedding. Heheh.. Banyak gak ilham yang boleh saya dapat daripada blog dia. Thanks yanie! :). Saya nak buat semua pon tak boleh sebab rumah saya sangat jauhh. Tak larat nak balik kampung selalu. Mama pon tak berapa sihat nak buat itu ini. Mana yang mampu saya buat sendiri, saya buat je. Mana yang tak, oder je kat kedai. Hik hik..

Ok2..nak chow dulu...bubaiiii!!

2 comments:

  1. seronoknya.. tak sabar nak pergi wedding dia :) mesti cantik kan..

    ReplyDelete
  2. Una...

    Alaa..bukan buat grand2 pon. Simple2 je.. :)

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!