TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Thursday, April 29, 2010

Kau nadiku...

Tajuk entry takde kena mengena ye. Harini saya berkursus for half day... Actually, my name is not in list to attend this course. Tapi, sebab ramai yang tak boleh nak attend kursus ni, dan nak tolong Wani, terpaksa lah saya gagahkan diri ni nak pergi. Wani ni person incharge untuk kursus2 ni. Sape2 yang belum mencukupi 7 hari berkursus dalam setahun, maka, tugas Wani la nak melengkapkan kursus setiap staff JKR bagi cawangan kami. Terima kasih Wani. Eh. Tetiba plak. Padahal, ini memang tugas Wani pon.


Meet my fren, Wani. Ramai yang cakap kami ni serupa..Macam twin..
Kadang2, kalau saya tertengok die, macam tengok diri sendiri plak. hahah!

Kursus tadi sangat mengantuk. Dah nama lagi berkursus. Memang tempat untuk tidur. Hahah! I takdelah sampai tidur hokay! Setakat merah2 mata dan menguap setiap 3 minit tu ade la.. Gatai nak dok depan skali tadi, memang tahan mata sungguh la..Tapiii...bila time tea-break and lunch, segarrrrrr je mata...Hehhe! Eh, gelakkan I ye? Ele, korang pon sama jugak kan? :D

Harini kena kua aal sikit. Awal2 pon, kol 5 jugak lah.. Cuma, biasa saya drag smpai kol 5.30 baru balik. Petang ni saya balik rumah ambik Ameera dulu. Saya nak gi kedai Kakwan. Baju nikah I baru siap. Huhu..Setelah sekian lama menunggu.. Hahah! Takpe lah, at least siap before I kahwin kan? Itu pon dah syukur.. Ameera pon dah siap baju die. So, kene bawak dia la nak kena try kan. Ameera jadi flower girl. Kakjed buat baju kurung moden untuk dia. Sweet gila saya tengok masa dia fitting baju aritu. Dari belakang nampak macam anak dara dah. Ye la, pakai pampers, macam ade shape sikit. Hahah! Tapi, kalo tengok dari depan, habis...Perut tak leh tutup daaa...




Wednesday, April 28, 2010

Checklist Jay punye..

Konon2 beliau nak wat checklist jugak la..
Nak tergelak saya dok baca beliau punya checklist ni..
Memang copy betol! Hahha!
Berikut adalah checklist beliau baru edit tadi..

Barang2 hantaran, settled!

1. Rantai Tangan – DONE
2. Hand bag – DONE
3. Telekung – DONE (Kak Long Sponsor)
4. Sejadah– DONE (Kak Long Sponsor gak)
5. Coklat – DONE (Bang Cik Sponsor)
6. Buah - DONE (MYDIN URUSKAN)
7. Set perfumes – DONE


Perkara yang perlu saya buat sebelum majlis

1. Kuruskan badan – X (Jus Mate5, Dr Rozmi, Help me pls..)
2. Gym – REGISTERED-tp jarang pergi, gym kat rumah je..huhu
3. Pasang Air Con kat Bilik – DONE (York)
4. Apply cuti kahwin - DONE

Lepas kahwin: Honeymoon (Flight n Hotel) – BOOKED

Majlis Nikah (4.6.2010)

1. Kursus kawin - DONE
2. Ambil borang nikah - DONE
3. HIV Test -DONE
4. Surat kebenaran kawen luar daerah - DONE
5. Baju Nikah - DONE (fitting this weekend)
6. Kasut Nikah (Capal nak beli kat Jln Masjid India) – X
7. Lengkap & hantar borang pd Syg - DONE

Majlis Sanding (5.6.2010)

1. Make-up – (DONE) Make Up sendiri, heheh
2. Baju songket kaler gold – BOOKED
3. Rumah family menginap – DONE (papa syg da tolong book Homestay)
4. Photographer – abg cik + professional dr PhotoAura (syg nye fotographer)

Majlis Bertandang (12.6.2010)

1. Baju sanding - BOOKED (fitting on Mei)
2. mak andam utk make up syg – BOOKED
3. Katerer – BOOKED (Katerer Pajam)
4. Khemah+kerusi+meja – BOOKED (En Baba)
5. Photographer – abg cik lagi
6. Hiburan – X (ayah tak ckp pon nak ada hiburan ke tak)
7. Bunga pahar - DONE (made in Nilai 3)
8. Bunga manggar - DIY (konon2 DIY, pdhal beli je di MYDIN)
9. Kad kahwin - DONE
10.Penanda arah - on going, tinggal print je
11. Door gift (VIP) - DONE
12. Door gift (guests) – DONE (Surah Yassin + Sampul TQ)
13. Guest list - DONE
14. Bunting – DONE (Recycle syg nye)
15. Hiasan hantaran – DIY (mak tgh DIY, hahaha)

Hiasan Bilik Pengantin

1. Cadar - DONE
2. Langsir - DONE
3. Sarung bantal kecik kaler purple 2 ketul - DONE
4. Fresh flowers (atas bed) - SOON
5. Candles (wangi) – DONE (aroma therapy diffuser + aroma therapy oil)
6. Ubat Gegat (Halau Lipas) – DONE
7. Lampu tidur 2 ketul – DONE (IKEA)
8. Frame – X (Tp frame lain ada la)
9. Print gambar - X
10. Curtain’s holder 4 ketul – DONE (Nilai Square)
11. Carpet ala Arabic – DONE

(rumah abang banyak lipas ke? Hahha!)

Tuesday, April 27, 2010

(......)


Semalam, saya dah ambik borang kebenaran berkahwin dari Jay. Harini saya siapkan segala dokumen2 yang diperlukan dengan harapan saya dapat poskan kepada papa harini juga. Bila dah sampai di pejabat pos, kelihatan van pos laju sedang mengangkut surat2 daripada peti dan diletakkan di dalam kantung mereka. Saya kerahkan segala tenaga yang ada untuk mempercepatkan langkah untuk masuk ke dalam post ofis tersebut dan membeli sampul pos ekspress. Tapi, nampaknya, macam tiada kesempatan untuk saya mengeposnya hari ini. Dengan wajah yang sugul, saya mengisi juga dokumen2 tersebut ke dalam sampul. Tiba2..


Pakcik baju oren: Dikk...nak hantar surat ka?
Gadis sugul: A'a pakcik...(wajah mula menyinar)
Pakcik baju oren: Kalau adik nak hantar, boleh pakcik tunggu sat..
Gadis bersinar (sebelum ni sugul): Ha, nak nak pakcik..Tunggu sat ye...

Alhamdulillah, sempat jugak saya pos kan semua dokumen untuk permohonan berkahwin kepada ayahku di kampung... InsyaAllah, dijamin sampai esok! =P. Ini bukan bermakna telah setel ye kawan2.. Disebabkan rumahku jauh nunnnnnnnnn di sana, terpaksa lah papa yang setelkan semuanya.. Borang2 kawin, semua papa uruskan. Baik dari mengambil borang, mengisi borang, sampai la menghantar borang.. Hahah! Papepon, cayok ye papa! :)



Monday, April 26, 2010

Haaaachuhhh!



I'm hot!
[ehh..penyataan di atas bukan bermaksud saya perasan saya hot ye kawan-kawan]..
Memang badan saya terasa hot sekarang.
Rasa panas dalam..
Ditambah pula dengan sakit kepala.
Telinga rasa bengang dan berdengung..
Aircond dalam bilik ni pon, tidak terasa sejuk even Syakirah dah menggigil kesejukan...
Tekak pon dah mula rasa sakit.
Mata dah mula berair kemerahan..
.
.
.
.
Ini adalah simptom-simptom menunjukkan saya akan demam..
:(

Sunday, April 25, 2010

Thinking of......... =P



My new target..




I need you babe..
Oh..flash mata ketam ku...

Friday, April 23, 2010

Express Dinner..



Semalam adik lelaki saya datang rumah.
Nama dia Yudin..

Ini lah adik saya..

Asalnya, dia tinggal dengan abang saya.
Tapi, sebab family depa pi holiday kat JB,
so, dia mai dok kitorang la untuk 3,4,5 hari ni..
Takut dok umah abang sorang2 pasai depan umah ada kubur..
[tapi, taknak ngaku takut..]
Hehe...

Kakjed terlupa nak wish besday Yudin 21 April aritu..
So, konon2 nak menutup kesalahan dia,
Kakjed bawak kami pi makan kat DOME di Bangsar Shopping Complex...
Makcik memang tak pernah pergi BSC tu..
Dan tak tau pon yang kat situ sebenarnya shopping complex..
Padahal, memang selalu dok lalu kat depan tu..
BSC ni macam tempat shopping mewah..
Hanya golongan korporat je pi situ kot..
Yang kami dengan pakaian yang tak berapa senonoh ni pergi sana...
Kakjed pon tak bagitau awal2 nak pi sana..
Kalau bagitau awal2, boleh gak pakai baju yang senonoh sikit.
Dengan Ameera saya pakaikan baju tidur je..
Heheh! Lantok la kan..? Bukan pakai baju depa pon kan?

Jenuh gak nak abiskan satu burger ni..


Dan first time jugak la saya makan kat DOME..
Saya memang dah kenyang masa tu..
Daripada nak cari menu yang simple2,


Terpilih yang ni plak..
Memang kenyang giler..
Sedap?
Mmmm..biase je lah..
Tak larat gak nak habiskan..daging tebal..


Sekarang ni, time tido saya memang awal..
Menjangkau kol 9 or 10 malam, mata memang tak boleh nak bukak dah..
So, semalam, balik dari makan, terus tido..
[dah la makan daging, lambat nak cerna tu...]
Habis rosak DIET saya!!!
Waaa!!!


Thursday, April 22, 2010

E-Filing..

Fuhh!
Setelah sekian lama dok belek2 buat benda ni..
Akhirnya, saya telah siap buat e-filing..
Kena mengisi borang taksiran 2009 punya..
Terkial-kial jugak wat benda nih..
Tak paham..
Almaklumlah...first time buat..
Saya punya tak perlu bayar cukai..
Siap terlebih bayar cukai lagi..


So, sape2 yang belom buat lagi, sila berbuat demikian ye..
Sebelum 30 April 2010.
Kang tak pasal2 kena penalti nanti..

Coklat


Anda nampak ini botol coklat?
Masa jalan2 kat sekitar Jalan TAR semalam..
Ternampak Mydin..
Ingat nk beli shower gel je..
Ada pulak botol ni kat cashier..
Apalagi..

Macam best je mengunyah benda nih kat opis..
Mesti Syakirah pon suke nih..(Ceh, guna nama syak plak)

Bahaya lah ada benda mengunyah kat atas meja ni kan..?
Coklat plak tu..
Tengok tu, dah separuh dah..
Syak kata, boleh gemuk makan coklat ni..
Ishh...bahaya2...
Kena elakkan ni..
Letak jauh2 sikit..
Syuhh..syuhh...

Bernanah...

Geram tahap gaban dah kat kakwan ni..
Naseb bek dia tu ibu mengandung..
Hmm..abis rosak I punya planning..
Patutnya saya join geng ronggeng pi main2 kat Midvalley semalam..
Takpelah maybe ade hikmah di sebaliknya kot..

So, disebabkan ketidakhadiran kakwan semalam,
planning di tukar kepada pergi ke hospital..
Kakjed mahu bawak Ammar si budak kecik tu..
Sebab telinga Ammar macam bernanah je..
Setiap pagi, akan keluar cecair kuning dari telinga kirinya..
Ada bau yang kurang menyenangkan dalam telinga dia..
Pengasuh die cakap, sebab masuk air..
Tapi, sebab Ammar tak demam, tak nangis, tak sakit,
Dah seminggu macam tu, masih tak baik2 jugak lagi..
Tu yang kami tak bawak pi hospital tu..

Kami pergi ke Damansara specialist..
Doktor cucuk telinga Ammar guna kanta ape benda ntah..
Panjang je masuk dalam telinga dia..
Naik seriau gak tengok..
Alhamdulillah, doktor kata, telinga Ammar takde ape..
Maybe dah kena infections sikit je.
Doktor dah kasi antibiotik untuk titik dalam telinga..
Sian Ammar..

Wednesday, April 21, 2010

Mai..maii..mai nengok gambo..

Sabtu lepas makcik pergi rumah abang kandung..
Ceh, abang kandung tu..
Ye la, kang korang ingat I pergi rumah 'abang' I plak..
No..no..no.. hokay! =P
Ada birthday party kat rumah dia..
Besday anak sedara kakak ipar yang baru datang dari Brunei..
Secara tidak langsung, i have been appointed as a photographer untuk merakamkan detik2 manis mereka sekeluarga...
uwekk..
Malas nak cerita banyak..
Enjoy the photos okay!

Pertumpahan darah berlaku..
Pergaduhan adik beradik..

Comel bangat kek ni..
"cantiknya kek pringsheshh ni.." by Ameera..
(pringsheshh=princess)

Meera dah start sebuk menyendeng2 kat kek tu..
dengan harapan boleh tiup sekali..

Cubaan menyalakan api pada lilin2..

Cubaan masih lagi dalam peringkat percubaan.. =P

Para sang lelaki telah menunjukkan keboringan mereka..

Besday gurl asik dok tengok kamera ja..

Masing2 geram tengok kek atas meja..

Walau ribut petir melanda, Ammar tetap tenang...............dalam car seat merahnye..

Yang ni pon pantang tengok camera..

Tuesday, April 20, 2010

Berdebor la pulak!!

Japgi ada auditor datang nak audit kitorang..
Audit kualiti pejabat..
Meka nak cek 5S dan fail meja masing2..
Semalam dah bertungkus lumus dok prepare dan mencantikkan opis ni..
Huh!
Nak kena get ready dengan jawapan apa yang 5S kitorang buat..
Waa!!!

Malam nanti makcik upload gambo ye..

(updated on 9.43 p.m)

Maka berakhirlah auditan di opis makcik tadi..
Punya la cuak...
Sebab budak2 yang dah diaudit bagitau, auditor nak tanya apa 5S yang telah diaplikasikan di opis masing2..
Tanya sorang2 tauu..
Naik kecut gak perut ni..
Tunggu punya tunggu,..
Sekali,..


Mak aiiii..
Ramai betol yang datang mengaudit nyer..
Dekat2 15 orang..penuh opis..
Meka check filing la, tagging la, memang detail..
Sampai habuk atas meja dan kat pintu pon meka check tau..
Tapi, meka ni tak tanya banyak pon kami..
Dok snap2 gambo je...
Maybe tergamam opis kami cantik sangat kot..(perasaan perasan ku kini terserlah)
Layankan je lah gambar2 di bawah ye...

Bila masuk unit kami, ada yang komen, "Ehh, kat sini ada sales la.."
(T_T)

Apa itu 5S?

Biasanya, berterabur je ni... =P

Our pantry...Pehh! Tersusun kemas bukan? ada bunga siap kat tengah tu...
Ini hanya untuk harini sahaja rasanya..kalau tak caya, tengok lah..
Haha! Sesungguhnya, kami sangat berpura-pura..

Ini pulak ruang menunggu/berdiskusi..
Nampak shawl atas meja tu? Elly punya tu..
Letak shawl tu konon2 nak tutup habuk kat bawah meja..Hihihi..

My desk..kalau makcik rasa nak berangan, makcik hadap je lah ke jendela belakang kosi makcik tu..

Secara keseluruhannya, auditor berpuas hati dengan environment opis kami..
Ada yang bagi thumbs up! (itupon dari kami jugak =P)
Ada yang tersenyum..
Maybe sebab tengok opis kami macam tadika kot..
So, dah setel semuanya..

Lega.... (^^,)

masyarah_muhd

(Mek syer, sila rujuk tajuk entri di atas! Hahah!)


Tadi makcik keluar lunch awal.
Bukan sebab lapor ye..
Nak pergi bank sebenarnya..
Makcik malas nak tempuh jem kalau keluar tepat2 kol 1.oo..
Naseb baik kawan baik makcik masa UiTM dulu nak temankan makcik ni ha..
Nama dia mek syer..
Mek klate jugak..
Walaupon tempat kerja kami bumbung sebelah2 je (JKR jugak),
Dah lama tak jumpa beliau..
Dan tadi, seperti biasa, kami bergelak2, bercerita ...
Hilang stress sekejap. (-_-")
Rindunya time satu rumah dengan beliau dulu..
Beliau lah tempat saya mengadu..
Makcik suka kacau beliau kalau beliau dok berehat2 dalam bilik dia..
Lepas kacau, carik nasi..
Kan..syer kan..? Hehehhe..

Hmm...
Dah selesai satu benda yang pending tadi ni ha..

Monday, April 19, 2010

Amukan chepah!

Sangat bengang dengan itu teddy bear!!!!
Macam lah kau bagus sangat..
(Memang bagus pon)..
Walaupun kau bagus, jangan lah merendah2kan orang bawah plak..!
Bengkeq je tengok senyuman sinis dia tadi..
(-_-")



(Nasib baik habis gak nasi sebungkus tadi..=P)

Sunday, April 18, 2010

Segar bugar rasanya..wehee!


Masa Pameran Pengantin kat PWTC bulan 3 dulu, saya ada beli pakej untuk melangsingkan badan dan free spa for 1 week + facial treatment kat Slimming Sanctuary. Motif beli tu bukan untuk melangsingkan badan, tapi hanya berminat pada spa sahaja. So, pagi tadi saya buat appointment untuk buat slimming dan spa tu [terasa ingin memanjakan badan plak =P]. Kalau boleh, nak buat terus untuk facial treatment tu, but for facial is fully booked. Kecewa. Bila dah sampai sana, diorang mintak isi borang itu ini. Diorang nak tau pasal medical history saya. Alhamdulillah, setakat ni, semuanya ok. Lepas isi borang, diorang bawak saya pi scan badan.

Orang tu cakap, saya kekurangan air, BMI is underweight, protein tak cukup, muscle mass pon tak cukup (macam mana nak cukup muscle, exercise pon tak.. Naik tangga satu tingkat pon dah mengah =P).

Here is the result..

Bila dah scan dah dapat result, diorang mintak saya tunggu untuk beauty consultant datang bagitau pasal pakej yang saya ambik ni. Dalam hati ni agak berdebar2 sebab takot terpengaruh dengan promotion2 yang dibuat. Kakjed pon memang dah pesan awal2, memang biasa macam tu lah. Bila Ms Jenny tu datang, dia bagitau la serba sedikit pasal pakej yang saya ambik ni. Rupa-rupanya, spa yang free tu hanyalah steambath sahaja. Takde yang massage2 tu semua (ceh, patutlah murah je). Lagipun, pasal slimming tu, takde lah kronik sangat sampai kena buat kan. Ms Jenny tu cakap, dia boleh convertkan saya punya pakej yang dah dibeli tu, dengan promotion baru tu. Promotion baru tu including 5xfull body massage and 5x milkbath, and yang penting, takde validation date. Lastly, saya terpengaruh juga dengan promotion tersebut. Ternyata, saya memang lemah (T_T). Tapi, bila dah ambik pakej baru tu, dia kasi jugak yang 1 week steambath tu. Hehe! Kalau ada masa, boleh la saya pergi.

Me..waiting for the result..(vibrating)

Ingatkan, nak wat yang spa tu harini, tapi, tak boleh nak buat pulak. Nasib baik, untuk facial, ade space. So, harini saya hanya buat facial treatment sahaja.. Selama 2 jam setengah. Lama kan? Tapi, sangat puas hati. Best betol lah.. Segarrrr.... Lepas ambik promotion baru tu, dia dok promote2 lagi soh ambik product2 dia plak. Tapi, dengan hati yang begitu cekal, saya menolak kesemua cubaan godaan yang dilemparkan terhadap saya. Haha! Yess! Berjaya!



Friday, April 16, 2010

Zuppppp..boleh potong!!



Yess!!
Alhamdulillah..
Setelah jenuh kami adik beradik mensurvey2 kek di blog2..
(eh, ada ke word 'mensurvey'? betol2 carca-merba lorrr)
Akhirnya, kami dah selamat menempah kek..
Ye la, susah nak cari orang Kota Bharu buat fondant cake.
Dah terjumpa 1 haritu, tapi dah fully booked la pulokk!!!
Kakjed sponsor hokay!
Baik sungguh kakak ku ini..
Tenkiuuuuu Jed...
Rezeki..jangan ditolak, ye dok??
Heheh!


Kedai kek ni kat Terengganu..
Nasib baik die wat delivery ke Kota Bharu..
So, kalau sesape yang nak oder jugak,
boleh layari Blog Farin ni..
Kek dia nampaknya boleh tahan la..
Sedap ke idok, tunggu 5 Jun nanti..

(^^,)

Kepelikan berlaku di pagi hari..

Makcik baru je sampai opis ni ha..
Makcik masih dalam kepelikan lagi ni..
Cerita bermula dengan begini..

Lepas hantar budak2 pi nursery pagi tadi,
Macam biasa, Makcik pergi ke tempat kereta nak ke ofis.
Makcik agak terlupa Makcik park kereta kat mana semalam.
Haha! Bukan terlupa sangat pon, kompius sedikit..
[ceh..cover diri pulok..padahal memang pelupa pon]
Rasanya Makcik letak tempat biasa semalam.
Cuma, Makcik kan letak kereta double parking,
So, ada kemungkinan la kereta Makcik tidak berada di kedudukan asal kenn...
Sebab kereta yang double parking ni selalu ditolak2 oleh pemandu yang keretanya parking kat lot yang disediakan..
Masa dok cari2 kereta tu, dah ternampak ada sebuah proton Gen2 yang sama kaler dengan kereta Makcik.
Tapi, kereta Makcik lebih segak bergaya kot..
Yang tu nampak kotor ja.. (^^,)
Makcik nampak ade sticker logo JKR bertempek kat kat cermin belakang.
Logo tu agak besar la..


Ni lah sticker yang Makcik gembar gemburkan tadi..


Dalam hati Makcik ni dok pikir,

Ehh, rupa-rupanya ada orang JKR yang dok apartment sama ngan aku ni ye..
Mesti empunya kereta ni kerja kat HQ sama macam aku jugak..
Entah2 aku kenal ke..

Bila dicari2 kereta Makcik, memang tak jumpa..
Pastu, makcik pergi belek kereta proton Gen2 yang makcik tengok tadi dekat2..
Tengok2, yang tu MEMANG kereta Makcik..
Tadi tu, pasai tak nampak nombor plat.
Dan, ada logo JKR kat cermin.
Macam mana pulak sticker logo JKR ni dok bertempek kat cermin Makcik ni?
Suka suki mak dia pi tempek sticker kat kereta orang.
Kalau yang jenis pelekat tu, takpe la jugak..
Boleh rosak cermin tau!
Nak buang, macam sayang plak..
Pasai elok je dok tertempek kat situ..
Cantik pon cantik..
Takpe la, bia la dok situ..
Boleh tak gitu? =P

Tapi, yang herannya, nape kereta Makcik je yang orang tu tempek?
Tanya officemate, semua takde..
Ke ada orang nak mark kereta Makcik?
Wuuu!
Ishh, takut la pulak..

Misteri betol la sticker ni...
Hmmmphhh...

(T_T)

Wednesday, April 14, 2010

Tahukah anda masa itu emas..?


Ye...
Masa itu emas! (budak darjah 1 pon tau kot) :D
Itu lah apa yang saya rasa sekarang nih.
Masa saya sangat terhad sekarang..

Hmm...
Dah lama tak kuar dengan kawan2..
Sejak saya bertunang haritu,
Lama betol tak hangout dengan geng2 ronggeng..
Mana nak luangkan masa untuk tunang tersayang la,
Nak luangkan masa untuk Kakjed dan anak2..
Nak uruskan persiapan kawin saya la..
(Ishh3..belom pape lagi dah merungut..)
Wuuu!

Tadi, Syak and Maira SEKALI LAGI mengajak saya pergi mendaki weekend ni..
Kat Bukit Nuang ke ape ntah..
Lupa nama tempat tu.
Teringin sangat nak pergi..
Tapi, tak sure leh pegi ke tak..
Takot tiba2 ada urusan yang tak dapat dielakkan.


Bila la boleh balik kampung ni..??
Nak hantar barang2 kawin sikit2 dulu kat kampung.
Dengan baju, doorgift, bantal2..banyakk lagi ye!!
By the time nak balik kawin nanti, takde la nak humban semua sekali dalam kereta.
Tak muat keta, kang ada yang terpaksa berkorban..
Naya tuuu..
Borang nikah pon belom setel lagi..
Tunggu cik abang saya setel dulu..
Maybe this week beliau dah boleh setel kot.
Sebab semalam beliau dah kalut2 ambik borang yang patut kat pejabat agama Mantin.

Tensen wehhh!
Disebabkan tensen, maka, ada 'tetamu' yang tak diundang ni timbul..
Nak tau sape tetamu tu?
Jerawat!!!
Kakjed kata, kalau makin nak dekat majlis, lagi la banyak mai tumbuh..
Grrr...!! Persetankan itu semua..

Hope everything run smoothly...

GO CHEPAH!!!
CAYUKKKK!!

Harini hari dia, maybe esok hari kita...

WAHAI KAWAN2, SILA SEBAR2KAN..

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.


Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.


Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.


Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.


Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.


Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.


2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.


Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.


Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.


Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.


Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.


Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.


Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.



Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.


Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.


Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

*************

From chepah,
Marilah sama2 kita berdoa agar baby Hana cepat sembuh ye.. (-_-")

Tuesday, April 13, 2010

Weirdo!!



Harini saya terjumpa perkara pelik..
Saya bingung..
Dah bagitau bla..bla.bla..
Tinggal macam tu je..
Tak tau ape benda beliau nak bagitau kat saya sebenarnya..
.
.
.
.
.
Hmm..layankan je la..
.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi, memang saya rasa pelik terhadap beliau..
.
.
.
Hmmmm...
Memang betol la, kalau orang yang cerdik pandai ni,
memang perangai dia pelik sikit kan?
Terlalu banyak pikir kot..
Sebab tu jadi macam tu..
(~~,)

Cheq nk ceghita kat hangpa pon susah..
Pasai cheq sendiri pon pelik..
Kalau cheq dah tau nanti,
Nanti cheq habaq kat hangpa noh..


Monday, April 12, 2010

Katakan TAK NAK pada rokok!!


Harini saya nak cakap pasal merokok. Ok, dah sedia maklum, merokok ni sangat tidak bagus untuk kesihatan kita.. Lain la kalo dia kan? (gambar atas). Sebab dalam Islam pon dah termaktub, kalau nak pilih pasangan, pilihlah la yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik sementara, rokok adalah unsur yang mencacatkan.. (Cewahhh, belagak bagus plak, tapi, apa salahnya kita share2 kan?)

Kenapa? sebab...

1) Perokok ni melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Sebab tu, majoriti para ulama zaman ni dah mengharamkan rokok.

2) Perokok ni bukan sahaja membahayakan diri sendiri bahkan juga membahayakan isteri dan anak2 akibat terhidu bau asap rokok. Orang yang hidu asap rokok ni sebenarnya adalah lebih bahaya dari yang isap rokok tau! Sepatutnya, parents perlu protect anak2 dan keluarga, bukan membahayakan mereka. Betol tak?? Saya sendiri pon tak tahan dengan bau asap rokok ni.. Nak tutup hidung depan2 mereka, kang kata kurang ajar plak. So, ape yang saya buat, saya buat2 batuk2. Hahhah! Bagi diorang terasa sikit!!!

3) Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Kita boleh tengok yang kebanyakkan dalam toilet bowl di tandas2 awam, boleh dilihat banyak puntung2 rokok yang dibuang oleh perokok ni. Saya pelik gak, best sangat ke hisap rokok dalam toilet ye? Sampai ada yang suka lepak2 dalam toilet sebab nak isap rokok dalam tu. Tak geli ke dengan bau-bauan yang lain? Hehhe..Ciri yang macam ni pun adalah kurang baik kepada ibu atau bapa yang akan mengepalai keluarga dalam rumahtangga.

4) Sangat membazir! Ye la, mana taknya, isap rokok bukan bagi pekdah pape pon. Ada penagih rokok ni sanggup lebih mengutamakan membeli rokok berbanding memenuhi permintaan keluarga atau keperluan yang lain. Kalau nak beli benda2 yang baik atau perlu, kemain lagi berkira kan..? Tapi, bila bab rokok, dah lupa diri dah. Ringan plak tangan tu bila nak bayar harga rokok even harga makin naik. Bayar sambil tutup mata je.. Ape2 pon, janji, rokok setel dulu! (-_-")

5) Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak2. Maka perokok mencacatkan ciri2 keibubapaan. Ramai anak2 perokok yang dah jadi perokok walaupun masih kanak2. Saya pernah tengok, budak sekolah rendah pon dah isap rokok.. Kesian betol ngan budak2 macam ni kan?

Alhamdulillah, keluarga saya semuanya tak merokok. Mmm, cuma terlepas plak sorang. Sayang betol... Target saya masa nak cari jodoh dulu pon, memang dah aim tak nak yang merokok. Dann, alhamdulillah, jumpa yang tak merokok juga. :)

Tapi, bagi yang dah terlanjur mempunyai pasangan yang merokok tu, mungkin korang boleh cadangkan " Katakan TAK NAK pada rokok!" kepada mereka. Slow and steady la ok?.. Banyak cara yang boleh kita buat untuk bantu mereka kurangkan merokok ni, yang penting kita support mereka okay!



Saturday, April 10, 2010

Meera bekerja???


Huhuhu.............(-_-")



Anda nampak kertas merah kat atas ni?

Anda nampak apa yang terjadi kat kertas merah tu?

Nampak kesan2 gunting kat kertas tu...?

Ini adalah result HIV Test yang saya pergi buat aritu..
Macam biasa, ini adalah kerja si Ameera yang sangat nakal itu..
Waaaaaaaaa!!!!
Ameera!!!!
What you have done?????
.
.
.
.
.

Dan nasib baik lah result yang warna pink ni untuk salinan bakal pengantin..
Sebab salinan yang warna kuning kena bagi kat pejabat agama..
Kalau la dia pi gunting yang warna kuning tu, alamatnya,
berpucat lagi la saya kena ambik darah..
Huhuhu..

Patut la senyap je masa saya tengok tv tadi..
Rupanya tengah 'bekerja'..

Hmm..
Memang bilik saya banyak barang..
Atas meja ada macam2 barang..
Alat mekap, cermin, jam, brooch, bedak dan macam2 yang boleh 'dimain' dan yang memang sangat digemari oleh budak perempuan seusia dengan nya..
Lipstik and eye liner saya memang dah habis dia kerjakan aritu.
Tiba2 ada tompok2 hitam kat kening dia la, merah2 kat baju..
cermin plak, dah 2 kali pecah..
Saya takde tempat nak letak barang2 kat tempat tinggi2..
Kalau letak tempat tinggi pon,
dia pandai cari kerusi dah sekarang...
[macam gambar di bawah]
hahha!


Sabor je aku ngan budak nih...
Tapi, takpe..
Training untuk saya gak..
Untuk menjadi seorang ibu yang tabah kepada my future kids..
Tau dah macam mana nak handle..
Hik..hikk..hik..
Gatai no...
(^^,)



Friday, April 9, 2010

Teringat zaman kecik2 lagi...

Mari mengimbau lagi...

Heheh...

Masa saya umur 6 tahun tak silap. Masa tu dok kat Sik, Kedah. Kenapa ye saya dok situ? Sebab papa keje bank, so, memang selalu la kena transfer sana sini.

Oke, di suatu petang yang hening...Saya dengan adik lelaki saya dok main2 pasir depan rumaah.. Tak lama lepas tu, saya nampak kereta mama menuju ke rumah kami.. Mama balik daripada mana entah. Lupa dah. So, excited la ni bila mak balik.. Alaa, macam korang gak dulu-dulu kan?

Yeyy, mama balik..mama balik..mama balik..

Jeritku dengan penuh kegembiraan sambil terlompat2..Kereta mama mula memasuki garaj..Dann saya masih dok terlompat2 sambil mendekati dan mengetuk2 cermin kereta mama... Tanpa disedari, tiba-tiba...

Prakkk...!!!

Waaa!!! Kedua kaki ku dipijak oleh tayar kereta mama. Haru sungguh. Saya menunduk melihat kedua-dua kaki saya. Kelihatan kemerah-merahan.. Saya hanya mendiamkan diri, walaupun mata dah sedikit berkaca ketika itu.. Ye la, dah happy terloncat2 bagai nak rak tadi. Takkan tiba2 nak nangis kan? Cuba mengawal keadaan. Kecik2 dah pandai ego ni.. (-_-"). Saya terus masuk bilik dan waaaaaaa!!!! Sampai kesudah tak bagitau mama. Heheh! Owhhh, lupa nak bagitau, kaki saya ok. Takde patah ape pon. Wahh, kecik2 dah kental nih.. (^^,)

Banyak peristiwa yang berlaku masa saya dok kat Sik dulu. Saya dok rumah teres 1 tingkat. Belakang dapor kitorang ada hutan. Waktu tu, jiran sebelah rumah saya budak2 bujang yang tinggal. Kenal gitu2 je la. Pastu, ada satu hari tu, mama bagitau, budak laki yang jiran kitorang tu excident. Motor. Sampai patah gak tangan dia. Saya pernah nampak, tangan dia berbalut putih macam tu. Ala, yang balut ngan simen tu.

Pastu, nak dijadikan cerita, ada satu hari saya main kat hutan belakang rumah tu. Sebab mama nak larang saya main kat situ, mama cakap,

Kakpah jangan main kat situ. Budak sebelah yang excident patah tangan tu buang tangan dia kat belakang rumah kita.. Pergi la, nanti tangan tu cari kakpah malam2..

Buang tangan??? Mak aihh, memang saya takot habis la. Tapi, saya memang nampak bungkusan putih kat belakang rumah saya tu. Memang saya percaya kata2 mama. Nak pi toilet pon saya takot. Memang saya sangaaatt takut. Bila dah besar, baru saya ingat balik cerita ni. Sebenarnya, budak tu pi buang simen tangan dia kat belakang rumah. Ada ke patot? Saya masa tu kan kecik lagi. Mana tau simen ke ape ke. Memang betol2 percaya budak tu buang tangan dia. Hahha!

Ada satu kisah lagi. Rentetan berlaku bermula di suatu petang jugak. Mama tengah belek2 barang kemas dia dalam biliknya. Cincin kahwin, rantai kahwin, semua ada dalam beg tu. Beg tu mama letak bawah katil biasanya. Masa tu jugak, saya pon menyendeng2 kat mama dengan harapan saya boleh pakai rantai syiling saya tu. Sebab saya hanya pakai masa raya je. Masa lain, mama tak kasik. Takut hilang or jatuh. Mama tanya,

Kakpah nak pakai ke?

Tak nak la ma...

Hmm, taknak pulak. Heheh.. Ntah, tetiba plak cakap taknak pakai. Keesokkan paginya, saya terjaga dari tidur sebab dikejutkan oleh mama.

Kakpah ada main2 beg mama semalam?

Tak. Nape ma?

Barang2 mas mama habis semua hilang..

Mama terjelupuk menangis. First time saya tengok mama sedih sampai macam tu.. Alkisahnya, mama nak jemur kain pagi tu kat luar rumah. Pastu, dia ternampak beg yang dia isi barang kemas tu, ada kat dinding garaj. Tengok2 semua barang kemas habis hilang, lesap. Mama terasa kehilangan. Baru je petang semalam mama dok tengok2 barang2 dia. Selama beberapa hari mama tak makan, tak tidur. Asik sembahyang tak henti2. Panggil polis buat siasatan. Takde maklumat. Mama pergi jumpa bomoh. Bomoh tu cakap, ada orang jolok ngan galah ambik beg mama dari tingkap. Ntah betol ke tidak la bomoh tu.. Disebabkan kejadian itu, papa ambik keputusan untuk balik tinggal di Kota Bharu. Tak sanggup tengok mama bersedih terkenangkan kejadian tu.

Selang beberapa tahun.. Kawan papa ngan mama datang dari Sik. Tiba-tiba datang mintak maaf la, junjung Al-Quran la.. Dok menangis2 mintak maafkan dia. Tak tahu sebab apa. Papa cakap, maybe dia la yang ambik barang2 tu. Hmm, see.. Allah Maha Besar..

Eh..terpanjang plak cerita makcik ni.. Dahh..dah..

Hati-hati penduduk Tanjung Malim dan sekitarnya...

Baru habis baca blog Puan Zel..
Ini kisahnya...

****************

Kes ni jadi petang semlm dalam kul 3.00 ptg..

Adik aku bawak mak aku g Maybank Tg Malim..
Sambil tunggu mak aku tu..
Dia g kat ATM nak kuar RM800 nak bayar duit kereta..

Tiba-tiba yang dia igt...
Ada satu org berpakaian seperti sami..
Hulur kat dia satu gelang kristal..
Sambil sami tu dok pusing gentel tasbih besar kat leher dia..

Adik aku ni sbnrnya bukan jenis suka melawa..
Minat gelang2 aksesori apa sumer ni..
Lansung tak suker..

Tiba-tiba ntah camne, dia minat sangat kat gelang tu..
Elok pegang je.. terus dia tak ingat apa-apa..

Bila dah tersedar..
Tgk kat tangan ada kad ATM dgn resit keluar duit..
Tapi duit RM800 itu takde..

Nasib baik jumlah duit yang dia tekan...
Sama spt yg dia niat nak keluar..

Buatnya dia niat nak tinggalkan singgit dalam tu..
Tak ke naya abih gaji sebulan..

Apa-apa pun..
Lebih2 kepada yg berada di Tg Malim dan sekitarnya..
Sila berhati-hati.."

******************

MasyaAllah..takutnye kalau terjadi benda macam ni kat kita kan..
Apepon, beware ye kamu semua...
Mintak jauh la dari kena pukau sedemikian rupa..

Thursday, April 8, 2010

HIV Test..

Today half day kerja sebab ada appointment dengan doctor.. Jangan risau, saya bukan sakit. Saya, buat HIV test kat Klinik Kesihatan Pantai, Bangsar. Nasib baik lah tak ramai harini. Lagipun, memang pihak hospital ambik 10 orang je dalam masa 2 jam for every day.

Masa tengah isi borang tu, saya taktau la kenapa, asyik ade mistakes je.. Sampai nombor ic pon boleh lupa sekejap. Blank. Tulis alamat pun salah, nombor henpon plak tulis kat kotak lain. Jay pon senyum je melihat kecuaian saya ketika itu. Maybe sebab takut kot. Takut? Ye, saya takut. Sebab ada kawan2 yang cerita, untuk test tu, ada sesetengah tempat ambik darah sampai 1 tabung uji dan ada jugak yang setakat ketip kat jari tengah tu. Dah siap2 isi borang dan kasik kat nurse tu, kami diminta untuk menunggu untuk dipanggil nama.


Arifah bt Ahamad Dusuki...sila masuk..


Saya melangkah dengan penuh parkinson memasuki bilik meeting tersebut. Diorang buat test tu kat bilik meeting aje.. Heheh! Nurse tu meneliti borang yang telah saya isi.

Awak ni berkahwin untuk perkahwinan yang ke berapa ye? Pertama?Kedua?Ketiga?

Saya kebingungan.. Nurse tersebut menunjukkan saya kekotak dalam borang tersebut yang belum saya isi untuk soalan itu. Cis! Dia memerliku rupa-rupanya.. Takpe lah, nasib baik nurse tu comel, kalau tak... =P. Lega bila saya nampak dia bukak pack yang berisi jarum ketap tuh. (ketap pon ketap lah.. saya taktau penama jarum tu..Hehhe).


Minta tangan dik..


Saya menghulur tanganku dengan penuh lemah..


Amboiii...sejuk nya tangan adik ni..


Saya rasa, nurse tu sindir saya la pasai dia dok tersengih2 sampai nampak gigi2 bongsu dia..

Ketappp!
Dah siap dik..

Hmm, sakit jugak.. (-_-"). Then, nurse tu memerah jari hantuku untuk mengeluarkan darah.


Adik datang dengan tunang ke?


A'a..


Panggil dia masuk ..


Oke, thanks kak..


Bila kami dah siap ditest, tunggu plak selama setengah jam untuk dapatkan result. Andd, alhamdulillah, our result is NEGETIP hokay! (^_^)

Okey, done for HIV TEST!! Yeeeeyy!


Awal la pulak habis test. Tak kuasa dah saya nak balik office. Dah la bos takde.. So, kami ambik keputusan untuk tengok wayang. Cerita Clash of The Titans.. Best gak la citer tuh.. Penuh dengan 18PL.. :)

Sangat tidak best!


Saya sangat bengang!
Kenapa?
Sebab ada orang suka mengambil kesempatan ke atas kelemahan saya..
Padahal, niat saya baik..
Nak tolong orang..(kang tak kawin plak..)
Tapi, macam ni plak dia buat!

Gaji nanti ye..

Hampeh!
Dah brape kali gaji dah ni..
Siap buat tak tahu lagi..
Saya ni pun satu hal..
Takleh nak bertegas sikit dengan orang,
sebab tu lah orang ambik kesempatan...
Sedih dengan nasib diri ni..

(T_T)

Wednesday, April 7, 2010

Asia Water 2010



Baru sampai ofis..
Tadi pergi KLCC, ada exhibition ASIAWATER 2010..
Bukan main pergi suka hati ye adik adik..
Saya pergi untuk program mentor mantee..
Ada 3 buah fortuner yang bawak kami ke sana.


Agak excited la nak pergi..
Sebab ada geng satu hal, pastu sebab boleh berjalan2..
Dah la bos takde, pergi meeting kat Indon..

Punya lah strict nak masuk sana.
Bukan sembarangan la..
Naseb baik kami warga JKR..
So, ada sedikit kelonggaran di situ..
Tapi, nak masuk kena bawak bussiness card ye adik2,
Kalau takde, tak boleh masuk..

Tapii....
Jangkaanku meleset..
Pameran tu tak kena dengan jiwa saya la...
Banyak booth untuk penapis air..
Sori la bai, memang saya tak minat..
Nak tanye ape2 pon tak tau..sebab tak minat kenn..
So, kami round2 dalam tu untuk kutip2 beg, pen or ape2 saguhati dari setiap booth.
Hahha!

Ni pas yang kami dapat..
Buleh la cheq wat kenang-kenangan..


Hasil collection saya..sikit je dapat.. :(

Tuesday, April 6, 2010

Wajah Suci


Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina

Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati



Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu

Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan

Mengapa tiada simpati dan kasihan
Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai


Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina..