TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Friday, April 2, 2010

Salam perpisahan...

Gudbye Puan Zamrah..


Sebagai info, harini saya dan ofismate [Unit GIS sahaja] buat majlis untuk Puan Zamrah yang dah bersara 31 Mac aritu.
Kitorang kutip2 duit 50 hinggit sorang untuk dibuat makan dan hadiah.
Lunch di Restoran Halia dalam bangunan SDCC, Sime Darby Convention Centre.
Buffet untuk RM40++ sekepala..
Murah kan?
Rasa berbaloi2 sebab makanannya sedappp sangat...
Sepatutnya time makan dari kol 12.00 hingga 2.30 petang.
Tapi, kami mintak extend masa sampai 3.00 petang untuk kasi peluang kat geng2 lelaki yang nak pi solat Jumaat, sambung makan pas semayang..
Maka, makan la kami sampai kenyang kebuntalan.
Uniknya, 'tank' saya besar plak harini. Hahah!
Boleh sumbat semua makanan kat situ.
Semua saya dapat try.
Nasi dengan semua lauk, carbonara [habeskan orang punya+berjenis2 kek], pumpkin soup cicah roti, bla..bla.. dan bla...
Hahha! Banyak gila..
Perut macam stokin sungguh! [ye la, lunch mahal nih, masa ni la boleh sental pon..kan?..kan?]

Eh, banyak citer pasal makan plak.
Takde lak citer pasal Puan Zamrah ye. Hhehe!
Ok, Puan Zamrah ni sebenarnya sangat2 berjasa untuk unit GIS ni.
Saya pon tak sempat nak belajar banyak dari dia sebab tak sempat.
Sebab saya pon baru masuk ke unit ni kan.
Puan ni tak banyak cakap.
Tapi, kalau bab2 agama, dia suka bagi nasihat berupa tazkirah pada kami seunit.
Malah, masa makan tadi pun, dia masih sempat mengeluarkan beberapa ayat pasal solat Jumaat.
[sebab gaya geng2 lelaki ni macam taknak bangun pi semayang ja..]
Puan pon apalagi, potpetpotpet la die..Hehhe!

Apapun, selamat tinggal Puan Zamrah bt Akan..
Walaupun kita berjauhan, kami tetap dan sentiasa mengingati puan.
Puan terlalu berjasa kepada kami especially kepada bos...
Ketiadaan puan sangat kami rasai.. (-_-)

Dessert yang saya ambik..saya makan habis ni..semua cedappp..

Buah jabit bersalut chocolate.. Tau buah jabit?
[jabit=anggur]

Sayu... :(

Hadiah untuk puan..pokok bunga kristal..hope you like it! :)

Anggota unit GIS..

Ni Kak Ozleen..bakal jadi mummy..akak sangat comel!
[dan dia la yang paling banyak makan..almaklumlah 2 orang kan.. (^^,)]

Sedang kami bersendeng2 mengambil gambar, tiba-tiba datang seorang yang sangat kami kenali...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kenal tak? Yee..Ifa Raziah..Kecik betol tuan punya badan ni rupanya..
"Maaflah, takleh nak buang spek sebab mata bengkak ni. Saya baru balik dari pengebumian arwah DIN BERAMBOI.. Arwah meninggal depan mata saya sendiri semalam.." katanya sayu..

AL-FATIHAH untuk arwah..


0 budak cumil mengomel:

Post a Comment

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!